November 27, 2013

PostHeaderIcon hampir sebulan tak ber"siaran"

hehehe tah kenapa.. mood melayang2 nak update blog..
maybe pasal...

1. nak cuti sekolah .. mmg serabut kepala.. memacam nak settle.. nak kena g sekolah ambik result anak2... nak g sekolah asrama... nak hantar kereta g servis dan tukar windscreen... dan ditambah pulak tyre kereta saya kena paku.. hehehehehe panjang gak la pakunya.. siap en suami letak pink sepit baju untuk ingatkan saya ada paku.. dia nak saya belajar hantar kereta ke bengkel..(dekat je pun) ..

2. bila mula cuti sekolah... segala routine harian mmg "lari".. no more cleaning segala mcm sebelum kul 8am.. dan mengadap pc after that.

3. saya ada buat listing untuk "CUTI SEKOLAH PROJEK" untuk anak2 yang bercuti.. projek kecil-kecilan aje... sebelum dorang mengadap gadgets n games seharian, mereka kena buat projek ni dulu... diantaranya

- kemas bilik ( vacum, susun buku, susun baju, tukar cadar), 
- balut buku teks, 
- kira dan cuba semua baju sekolah yang boleh di recycle untuk ke tahun depan
- kemas almari kasut ( yang lama or koyak ) antara di buang atau di "turun" kan kepada adik2
- kumpulkan semua bag2 sekolah... sama gak.. kumpul.. yang lama n koyak buang / direcycle
- mengecat living hall ( ni sesaje je... sedangkan en suami mmg very fussy .. maybe da tak larat.. kali ni dia 'lepas'kan anak2 buat..

projek ni selalunya dalam 2 jam (paling lama) sehari.. so kalau dorang bangun awal... awal la siapnya. Dan sebelum projek dimulakan, semuanya telah bangun dari tidur dan meja makan siap dikemas ( siap letak bunga atas meja ) lepas breakfast...  baru la adil...

4. anak sulung mula SPM.. so hati tu mmg berdebar2 la hai... mak mana la tak berdebar... terutama kalau nampak effort yang di letakkan.. uhuhuh takpe2... sebagai ibu.. kita doakan yang terbaik ya..

Saya ni takde lah ilmu agama tinggi sangat... kira alhamdulilah adalah asas agama jugak la... so kita amalkan apa yang tahu, kita tambahlah ilmu tu sikit2.. almaklum kita dok rumah.. kita gunakan teknology yang ada.. so saya banyakkan tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus dalam youtube.  tapi pasal da biasa tangan ni tak leh dok diam2.. kalau tak buat apa.. mula la mencari makanan nak disumbatkan dalam mulut. Untuk mengelak "perkara yang tak diingini" ( hehehe takut terover weight) sambil menonton tu.. saya mengait Sarung Telur. ..saje2... mengisi masa yang terluang... memandangkan banyak sangat kiraan 1, 2, 3, 4 dalam masa meng'crochet' tu... so saya jadikan habit instead of kira 1.2.3.4... saya jadikan zikir.. subhanallah, walhamdulilah, walaillahhaillallah, allahuakhbar.... memang terasa tenang jiwa bila banyakkan zikir ni..

hehehe ni la hasilnya..

satu bungkus tu ada 50pcs... 

alhamdulilah..
sebenarnya hati ni tengah gundah gulana bila memikirkan anak SPM..
campur pulak "pening" kepala dengan anak2 yang bercuti dalam rumah ni..
sambil tu .. malas pun ada.. 
malas mental nak memikirkan projek atau cubaan baru menjahit atau mengait
malas juga nak memikirkan projek lain selain menolong and memantau anak2 buat projek yang telah di"listing"kan
tapi alhamdulilah.. dalam malas2 tu.. ada juga.. "hasil" diatas.... kan..

(sambil zikir tu.. saya tak lupa berdoa ... moga tenang hati anak saya menjawab kertas soalan dengan betul dan tepat.. periksa akhir persekolahan tu .. bukan sebarangan.. harap dapat la result yang bagus.. moga dapat la dia menlanjutkan pelajarannya ke menara gading... bukan senang sekarang ni.. competition among pelajar mmg senget.. ramai yang pandai2.. peluang tu amatlah ketat.. moga dia dimurahkan rezeki yang halal.. amin )

ooo iyelah... nak juga share cerita saya semasa perjalanan pulang  ambil anak saya dari asrama tempohari..
( ni saya copy paste dari fb persoanl saya pada November 15, 2013)

Alhamdulilah...syukur...

Lewat petang tadi,on d way balik ambik anak pulang dari asrama, sampi di tol booth,jarak kereta jauh utk flash touch n go, so sy buka pintu-flash-tutup pintu immediately, few sec lps dr tol, baru teringat handbag tadi diselitkan sebelah pintu driver (konon takut kena kes pecah ragut bag) dan selalunya bag tu disangkut tali ke bahu tp kali ni tidak (konon fikir,smpi rumah baru buka pintu). Nasib hp mmg letak sebelah sy,call suami to inform then terus buat u-turn,niat hati nak trace balik lorong tu n minta bantuan pekerja tol. mmg tiada la handbag tu kat situ. Tak sempat pekerja tol ambik tindakan apa2, dpt call dr en suami suruh balik.ada seorg lelaki india da jumpa bag tu dan da call en suami. Kebetulan, kunci rumah ada dlm bag tu, dan kat kunci tu siap letak nama suami n ofis address n hp no dia (nasib juga bukan address rumah). So org tu terus dpt contact.alhamdulilah semua barang masih ada n intact. Tak sangka masih ada org berhati mulia dlm negara kita.syukur sesgt.. Selamat. X perlu buat segala mcm report seperti 9 yrs ago masa handbag kena ragut..Allahuakhbar!! Alhamdulilah..


memang sangat bersyukur... sepanjang masa "u turn" tu.. mulut dan hati saya sememangnya meminta tolong pada Allah untuk permudahkan urusan carian bag saya tu... duit tak la banyak sangat.. yang saya fikirkan.. kad pengenalan, driving lesen, kredit card, atm card, segala macam kad ahli.. semua tu kena dibuat report dan di buat semula... pening jugak la memikirkan urusan segala macam...

Yang bagusnya anak2 dalam kereta semuanya diam membisu.. tak buat perangai pun. syukur.

Lucunya selepas peristiwa itu, anak dara saya setiap kali jumpa tol booth, dia pasti akan tolong pegangkan handle handbag saya... dia takut ter"golek" lagi.. sampai saya kena ingatkan.. ok semuanya da selamat untuk dilepaskan... kesian dia...

p/s:  da siap belikan anak2 punya kasut sekolah + kasut sukan + sandal... ada 7 pasang semuanya... dan berjumlah hampir rm300.... ( amboi.. lum lagi baju sekolah, bag dan stationeries....botak2... heheheh bukan mengeluh... alhamdulilah.... walaupun tah mana lah nak dapat duit nak beli semua tu... tapi insyallah... rezeki dari Allah... moga ada lah jalannya nanti kan... amin...)

2 comments:

Mila@Rimbun said...

produktif betul sarung telur tuh....banyak

kita ni mmg selalu lupa dan leka kan.. sebab tuh kena sentiasa menambah ilmu, now dah senang, sebab boleh dengar kat utube, boleh tgk TV alHijrah, boleh dengar ikim.fm
ujian Allah tuh sentiasa ada... bagaimana kita handle ujian tuh yg pentingkan..

Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5) said...

betul mila.. makin banyak gadgets untuk timba ilmu dan dekat dengan Allah... namun kita makin lalai dan makin jauh kan...
mmg takut...moga kita semua mendpat hidayah dan perlindunganNya sentiasa.

Post a Comment

Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.