May 4, 2014

PostHeaderIcon Cikgu tak mengait lagi???

Hamboi.. ada yang tanya camtu yeh?? dah kalau da kata hobi.. mana leh dipisahkan..
tapi tak berani nak buat projek besar-besaran.. kecik kecik cukup la.. buat mengubat ketagih..

sempat la buat mini dress crochet .. tapi pasal buat sesuka takde makna kan.. so saya sangkutkan pada key chain.. anak2 pulak sudi nak menjual...

Mini dress key chain
then, saya cuba buat ..

sheep key chain

Buat masa ni masih tercungap2 nak membuatnya.. kerana demand tinggi ( ceeeh demand tu..). memandangkan key chain ni tengah hangat saya membuatnya.. sampai terleka hari guru menjelang tiba.. so stok yg ada telah diberikan pada anak balik ke asrama... buat hadiah pada gurunya...

tak dilupa juga.. sempat la memujuk en suami membeli kain baju melayu anak2 untuk baju raya tahun ni.. tak sangka selalunya dia keberatan.. tapi kali ni alhamdulilah.. memandangkan sgt terharu dengan kerjasama beliau.. maka saya memberi peluang untuk en suami memilih jenis kain dan warna buat anak2nya..  so kami ke Jakel.. dan akhirnya pilihan kalbu beliau ialah kain cotton ( sememangnya dari dulu dia suka)..warna? diantara kuning cair dan hijau cair.. ( kata beliau.. kali ni kasi warna cerah sikit) dan harga semeter RM16!! adoidoi doi.. kalau saya  .. mmg saya tak jadi lah... tapi pasal guna duit dia kan.. ikutkan aje...so ambik 15 meter buat 4 beradik lelaki.. dan sepasang cotton bunga untuk anak pompuan... saya pun sempat rembat 2 pasang kain... heheh en suami ?? emm dia takmo.. katanya nak 'rotate' baju lama.. suka hatilah.. tak kan nak desak kan..

so pada 1hb mei 2014, cuti hari buruh.. ku gagahi jugak memotong baju2 bebudak ni.. da siap potong.. kain banyak lebih. saya simpan.. nak hantar tempah baju melayu en suami .. nak kasi surprise pagi raya.. ( emmm saya belum confident lagi nak jahit baju org dewasa.. baju saya pun saya tempah) heheheh

next day, terus buat appointment jumpa k ida.. ( tailor yg da jadi kawan pangkat kakak) nasib la dia sanggup terima tempahan baju saya.. sedangkan dia da sebulan tak terima tempahan raya.. alhamdulilah..
so total saya hantar aritu
1. 4 pasang baju melayu ( jahit tepi)
2. sepasang baju kurung budak pompuan ( jahit tepi)
3. sepasang baju tidur budak pompuan ( jahit tepi)
4. sepasang baju melayu dewasa ( tempah)
5. sepasang baju kurung dewasa ( tempah)
6. 2 baju kurung moden ( baju sahaja - tempah)

saje nak listkan.. takut terlupa..
then the next daynya.. ke angsana.. sambil beli barang2 anak.. saya beli benang, kain keras ( buat kolar) dan butang baju melayu..

Bila nak mula jahit?? walallahualam... maybe end of may kot.. cuti sekolah ... but at least da mula kan??




2 comments:

Mila@Rimbun said...

wahh dah start buat baju raya yer... saya baru plan2 nak g shopping weekend ni, arituh dah ajak en.suami, tapi katanya jauh sgt lagi nak raya hahaha...

Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5) said...

Mila.... suami awak tahu.. beli kain malam raya pun leh siap esoknya..heheheh
kami ni ramai.. ditambah pulak umi mereka ni macam mak andir.. kejap ingat kejap lupa.. so kenalah start awal... ni pun masa buat kolar baju melayu, boleh 'blur' kejap... nasib la ada nota... uhuhuh

Post a Comment

Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.