August 31, 2012

PostHeaderIcon BUBBLE DAY...







August 30, 2012

PostHeaderIcon MERDEKA "HAMPER" RAYA

ala dari semalam si Aqil (10 tahun) kata kawannya masuk hospital.. jatuh longkang masa beraya.. bila cek tengok2.. ada pendarahan dalaman.. mengenangkan kami ni yang terdekat dengan hispital.. so kekawan dia ada la suruh  dia jadi wakil g melawat...

memula malas la pulak.. ujan2 nie.. tapi kenangkan.. kalaula anak kita yang masuk hospital.. kekawan tak datang lawat.. sedih jugak la kan.. so ok la.. tapi tak kan nak G tangan kosong jer.. kesian pulak.. so kami g Tesco.. beli barang sikit balik rumah sat... bungkus2..

taraaaaaaaaa....



ni la barang "kera-atif" saya..  ( mana taknya jadi kera.. masa bungkus kena tutup pintu.. menyorok2.. kalau tak si kecik tu semua dia nak...)


ada 6 items :
1. mamee perisa bbq ( rm3.29)
2. 100 plus ( rm3.19)
3. Cereal ( rm7.49)
4. Biskut lexus ( rm3.89)
5. Mini game stackable ( rm7.90)
6. Mini game lagi ( rm6.90)
Total RM35.95

harap la budak tu suka.. bukan apa.. sekurang2nya orang yang meneman dia dapat meng"kudap" sambil meneman orang sakit dan.. orang sakit leh main game..

tapi sayang.. seribu kali sayang.. sampai hospital.. lepas nurse tu godek2 data komputer.. orang sakit da balik rumah la...

aduh.. minta simpati dorang dapatkan no hanphone.. kami sms minta alamat.. at least nak kasi hamper tu jer.. so end up kami g hantar hamper kat rumah sambil beraya di hari Merdeka..

so jadilah hamper tu bertema Merdeka Hamper Raya..

p/s: iye lah kan.. tahun ni satu hamper pun tak dapat sempena raya.. selalunya 5 or 6 hampers.. tapi iyelah.. dpat pun bukan leh makan.. semua candy made in china.. so en suami suruh buang semua.. pastu hamper tu dia letak mangkuk or cawan kaca.. yang tak tahu nak buat apa...yang bestnya part time bukak tu jer.. satu dua leh la aim.. kalau dapat yang famous amos nye hamper paling best.. semua kasi sapu habis.. heheh
August 28, 2012

PostHeaderIcon mari PUSING RAYA

bukan ajak g beraya.. tapi saya ni tengah kemain beraya sakan tengok movie melayu.. heheheh macam la kat perantauan, kan...

arini lepas perabiskan episod SyurgaMu Ramadan.. yang begitu menyayat hati.. bercucuran airmata.. walaupun sambil ngangis2 tu.. sambil la mengangkut baju kat ampaian ke luar ke dalam.. ke luar ke dalam.. almaklum la cuaca tak tentu.. pastu 3 hari baju jemuran tak kering2...

tak lupa jua berhenti seketika untuk memasak lunch, k..

emm tu yang bestnya tengok movie dalam youtube. leh stop2 sesuka hati.. yang tak best kalau line xde je la...

pas lunch.. xmo da tengok heavy movie.. so dengar citer kawan kat facebook citer PUSING RAYA best..

Sinopsis
Pusing Raya Mengisahkan gelagat dua keluarga yang mahu menyambut Hari Raya. Pak Kassim dan Pak Ateh kedua-duanya tebal dengan jiwa kekampungan dan sentimental. Kedua-duanya aktif dalam bermasyarakatan dan turut memegang jawatan penting di dalam kampung. Anak kesayangan Pak Kassim, Mariana, baru sahaja menamatkan pengajian dengan ijazah kelas pertama di universiti tempatan manakala Fendi, anak Pak Ateh, merupakan lulusan luar negeri. Namun jika dibandingkan gaji antara Mariana dan Fendi selepas setahun bekerja, gaji Mariana lebih tinggi. Ia membuatkan Pak Ateh berasa tidak puas hati apabila Pak Kassim sering saja membandingkan antara kedua-dua mereka. Che Sena dan Wan Maryam berhasrat mahu menyatukan Fendi dan Mariana, ini juga mungkin dapat memulihkan hubungan Pak Kassim dengan Pak Ateh. Apakah yang berlaku seterusnya?


memang kelakar.. bila tengok Dato Jalaludin Hassan dan Dato Rahim Razali berlakon lain dari biasa yang kita tengok.. dan perangai dorang yang selalunya kaum pompuan yang buat perangai gitu.. kali ni dorang pulak.. heheh
kelako la.. very lite drama.. 

August 27, 2012

PostHeaderIcon KEMARUK..

semenjak ramadhan.. saya start tengok movie melayu.. dan sekarang syawal.. saya da kemaruk..
balik dari kampung boleh online... takde toleh kiri kanan google cerita..

pada mulanya saya terconggok kat depan tv3 tu .. tengok TERBAIK RAYA.. tengah layan cerita SABAR tak SABAR.. heheh remy ishak jadi bangla... memang kelas la... kalau lah mamat tu tak fames.. memang sah sah orang ingat dia bangla... tapi yang tak bestnya.. lagi 1/2 jam show nak habis.. black out pulak... uhuhuh frust frust frust...

end up esok harinya.. hari Sabtu ( ala yang order McD tu la..heheh) saya google You tube

sesape tak tengok lagi leh click kat sini SABAR TAK SABAR


pastu malam tu tak leh lelap tidur.. tengok lak PENGAWAL HATIKU..



esoknya.. g tengok Samarinda pulak... dengar ceritanya hebat .. siri berepisod.. 7 Ramadhan...
oklah... cerita ala-ala tanggang moden..

masa melayan dan menunggu kedatangan kawan anak2 semalam.. saya tengok cerita LEPAS RAYA BALAS.. kelakar.. sampai tersenyum senyum sendiri.. heheh

ni tengah tengok SyurgaMuRamadhan.. rasanya lagi best dari 7Ramadhan la...

lagi best tengok kat youtube ni.. no iklan.. dan boleh ulang tayang dan stop and pause bila perlu...

sila jawab.. kemaruk ket tak?? heheheh jangan marah yaaaa....


August 26, 2012

PostHeaderIcon 8 syawal 1433h

Dari 7 syawal lagi anak teruna no1 kata kawan2 nak datang raya.. tapi pasal abahnya kerja di tangguhkan ke hari esoknya.. almaklum la.. abahnya in-charge masak main dish.. so no cook no guest la..
lagipun rumah ni takde kuih raya..

saya try untuk kali pertama buat red velvet cupcakes
( ala beli tepung yang da siap.. cuma ikut syarat2 jer)
memang senang.. beli tepung premix tu  RM8.. so bahan lain telur dan cuka sikit..
pastu topping dari cream cheese + gula ising + butter..
dapat dalam 22 cups..
ni main dish.. fettucini ikan dory
memang faberet anak2..
di hidangkan dengan air zapple
dan potongan buah tembakai..

senang jer.. simple.. tak yah masak banyak2.. bukan larat pun nak makan.. lagipun tak ramai yang nak datang..

kami memang tak pernah buat open house. 
bukan tak mahu buat.. cuma takut tak terlarat.. 
nak masak lagi nak mengemas lagi nak melayan kerenah anak2 lagi..
so kami terima tetamu bila tetamu nak datang..
tapi kena bagi tahu awal2 la nak datang..
takut2 kami tiada di rumah.. atau makanannya takde..
heheh


bayangkan la.. raya ke2 kami beraya ke rumah mak sedara belah suami ( Mak Chu)di Pahang.. then terus pulang ke rumah mak saya di KL..

Raya ke3 pula abang saya mengajak ke rumah mak sedara belah saya pula (Chu) di Muar, then terus pulang ke Johor..

Dan rombongan abang yang dari shah alam tadi turut serta datang ke rumah.. bayangkan kan lah dengan beg baju sendiri yang belum bercuci dan rumah yang di tinggalkan 5 hari.. nasiblah masa tinggalkan rumah aritu rumah sempat di kemas dan di mop.. walaupun berdebu .. tapi taklah sehebat debunya jika di tinggalkan begitu saja..

beg penuh baju kotor kena di ketepikan.. kuih raya yang dibekalkan oleh mak pun tak sempat di letak dalam balang cantik2.. letak dan kumpulkan dalam satu sudut.. hehe nasiblah keluarga belah saya yang datang.. so tak lah rasa bersalah sangat..

dan kesnya.. freezer saya kan di kosongkan sebelum balik kampung.. so back up ayam dan ikan memang takde.. jadinya kena makan malam di luar.. tapi... banyak warung di tutup.. ended up kami makan di Johnny's ...

esoknya raya ke4 kami beraya di Johor Premium Outlet (JPO) , memandangkan kakak ipar berhajat sangat nak ke sana.. so saya escort kan saje... Lunch kami ke gelang patah.. ingatkan nak makan nasi campur.. tapi semuanya masih tutup.. akhirnya makan di KFC... sebelum pulang kami menjenguk ke Legoland.. tapi belum dibuka lagi.. singgah sebentar ke Mydin untuk beli barang dapur ala kadar..petangnya  menguli Karipap telur dan my boys dan geng orang lelaki sempat bersukan di luar.. riuh la sekejap kat luar tu.. jiran2 bangsa cina ramai juga la menjenguk keluar.. almaklum la selama ni tak lah seriuh begitu... dan akhirnya makan malam terpaksa berserah masak dengan apa yang ada.. iaitu nasi putih, ikan goreng , telur dadar dan sardin asam pedas.. walaupun simple tapi berselera semuanya... dan memandangkan abang saya takut terperangkap dalam traffic jam hala ke KL.. so  lepas solat jemaah Maghrib berkemas untuk pulang...

raya ke5 baru lah sempat mendobi 2 beg besar laundry yang terperap... alhamdulialh sempat kering... mood masak takde pasal bahan masak pun da kering.. so kami order Pizza sahaja..

raya ke 6 tak kemana.. en suami sempat bersihkan pokok2 yang merimbun depan rumah.. saya masakan rendang ayam, kuah lodeh dan nasi impit.. memandangkan hari jumaat, so activity terbatas till kul 12pm.

raya ke7 en suami da kerja.. so kami duk rumah malas nak keluar.. lagipun kereta digunakan oleh en suami.. fikir punya fikir.. buntu nak masak apa.. tanya anak2.. nak makan burger kata mereka.. so order McD..

petang en suami pergi membeli stok dapur.. makanya lepas ni tiada lagi "kesepian" dapur.. semua fast food kami da  makan selama beraya.. bukan main ya... ishhh.. duit raya anak2 pun belum di-bank-in lagi...
August 24, 2012

PostHeaderIcon 1 SYAWAL 1433H

kalau dulu.. bila 15 hari puasa.. dengar lagu raya.. pasti ada rasa sayu + gembira.. hati akan melonjak2 nak buat kuih raya.. da siap packing baju siap2 takut ada yang tertinggal..

tapi tahun ni da cuba segala macam nak naikkan mood.. takat dengar telinga kiri.. telinga kanan tak semestinya dengar pun... nak buat kuih raya apatah lagi.. packing kali ni pun last minit.. takat sumbat2 jer.. lagipun kereta besar kan.. so space unlimited...

nape ya?? even da 7 hari raya hari ni pun rasa masih tiada mood raya... maybe petanda da tua kot...
ishh lum lagi 40..( heheh 40 tu da tua ke??? )

ada mood ke takde mood ke.. raya tetap raya..
raya kali ni terasa teruja sedikit bila saat kami sampai je ke kampung.. selang setengah jam sampai keluarga dari Jitra.. then gap 10 min sampai pula family Shah Alam..
so unpredictable and un'sangka"able la dapat berkumpul 4 beradik belah my hubby 
usually ada yang tak balik on time..
 masak2, keluarga  abang long da siapkan.. 
so malam raya kami tak yah sibuk2 nak memasak..
so dapat la berjemaah bersama2 dan membaca surah yassin untuk di sedekahkan pada arwah mak mertua
alhamdulilah..
ni la juadah berbuka last day puasa dan first day raya yang mendapat sambutan hangat..
tak dapat jamu tetamu pun.. 



baju raya yang 100% buatan sendiri.. bangga sendiri..
perasan tak si Abid tu .. mata menjeling ke arah PSP la tu..

sopan jer bersimpuh pagi raya ...

ni bergambar beramai2 bersama sepupu2 mereka...

then bergambar family per family.. cuma terkilan sikit tak dapat bergambar beramai2 dan bersama pak mertua kerana pak mertua sibuk nak keluar cepat pasal ada kematian seseorang dalam kampung tu..
takpe la.. insyallah next time..

walaupun kali ni xde bawak kuih raya.. namun hati puas dapat hadiahkan kakak ipar dan adik ipar sorang satu apron buatan sendiri dan crochet pencil box pada anak sedara dua orang pompuan tu..

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
1433H
(Aug 2012)
August 22, 2012

PostHeaderIcon CATATAN RAMADHAN : DAY 26 - DAY 29 = perabih kemas

heheh lama bebenor tak update blog..
tapi nothing much.. the last few days before raya tu .. sambil packing baju.. sambil kemas rumah.. even berbuka pun recycle apa yang ada dalam fridge pasal nekad nak kosongkan freezer.. 

so, makanan sekenyang perut jer.. no fancy2 food.. 

balik kampung puasa ke 28.. rancang nak bertolak pagi dari JB ( takut jam) tapi my hubby nak lepaskan solat Jumaat..so bertolak ke KL about 3pm..
hahah inilah kenderaan yang "bukan idaman kalbu" tapi memang spacious..
anak2 suka.. macam bas..


alhamdulilah jalan memang clear.. sampai kl satu jam before berbuka.. so sempat berbuka sehari kat rumah my mom.. esok pulak dapat berbuka kat my father in law's house..

next day bertolak pula ke Pahang... jam oooo.. memang penat dan sengal badan dibuatnya..

anak2 siap boleh berdendang bertukar lagu dengkuran..

nilah kenderaan penyelamat kami raya ni.. walaupun tak se "fancy" ala-ala raya orang lain..
tapi ianya memang berbaloi.. packing pun tak yah pening nak fikir muat ke tak..
end up Kia Pregio ni kami gelar Limousine.. pasal memang puas hati la..

masa jammed.. boleh ubat ngantuk tengok kereta sebelah2 pasal van ni tinggi..
seronok pun ada.. cuma too big for our family..
good experience menyewa kereta untuk beraya.. first time in my life..
tak sangka kan,. Allah maha kaya..
kali ni bulan puasa kami banyak dapat jimat duit dari hal makan berbuka dan persiapan raya..
rupanya budget saving tu dapat menyelamatkan kos tambahan menyewa "Limo" kami nie..

Alhamdulilah.. syukur... 




August 14, 2012

PostHeaderIcon CATATAN RAMADHAN : DAY 25 = mengemas part 2

MASTER BEDROOM
semalam membuang segala sawang2 ( ala kadar jer).. vacuum dan tukar cadar.. langsir later la.. letih nak memanjat.. lagipun proses kena dipercepatkan memandangkan si kecik takut bunyi vacuum... so sebelum en suami g kerja kul 8.. kena siapkan mana yang patut jer..

pastu masa keluarkan bag balik kampung.. terjumpa sarung kusyen yang dibeli 6 tahun lepas.. reason tak pakai pasal kusyen kat rumah ni semua nye yang kecik... so ada masa..jahit 4 bantal.. lagipun poly ada lebih tu... sambil layan cerita "PONDOK BURUK 2 " dan " AKU BIN ABDULLAH" kat Oasis astro

MENU IFTAR
1. Nai Tomato ( first time in my life mencuba masak nasi nie )
2. Ayam Masak Merah
3. goreng Nugget
4. Cupcake Cheese Oreo
5. Air Oren Sunquick
6. Kurma

Arni masa berbuka korang sorang ( anak teruna no 1) pasal dia g berbuka dan berterawih di sekolah

SEBELUM DI BAKAR
 resipi saya jumpa di blog LIFE IS COLOURFUL

Bahan-bahan

250gm cream cheese
30gm mentega
100gm gula castor
2 biji telur
1 sudu kecil essen vanila
1 paket oreo saiz besar - buang bahagian krim
cupliner secukupnya
1 sudu makan tepung gandum 
SELEPAS DI BAKAR
resipi yang senang dan sedap...


Nasi tomato ingat da nak snap.. tapi da letih sangat da.. so tak ter"grab" handphone...
August 13, 2012

PostHeaderIcon CATATAN RAMADHAN : DAY 24 = mengemas part 1

maka bermula la minggu terakhir bulan ramadhan sebelum beraya.. makanya kenalah mengemas rumah ( as usual kalau nak balik kampung ) dan packing baju untuk 7 ahli keluarga..

pepagi mula dengan cuci kipas dapur.. bukan kipas dinding.. bukan kipas atas meja.. bukan kipas atas siling.. tapi kipas yang sedut semua bau masakan.. aduh.. berkepul2 abuknya.. last time cuci sebelum bulan puasa...

kendian update blog sambil tunggu cadar bebudak siap basuh...baru beli kat Tesco aritu ada less.. da lama tak beli.. ada 2 pasang sorang yang silih berganti.. kenapa x mo beli banyak.. pasal x tahu nak letak mana?? heheh

persiapan raya untuk rumah.. takde.. pasal kami membeli bila perlu aje.. bila hubby tanya "nak tukar tak?" selalu jawapan saya.. "yang lama nak letak mana?" .. kalau dia boleh jawab.. go ahead.. kalau tak.. elok jangan.. buat menyemak.. so maintain apa yang ada .. asal bersih da cukup.. jiran sebelah da mula mengecat whole house ari sabtu lepas..anak2 da tanya kenapa kita tak cat rumah?? sedangkan tahun lepas nak suruh dorang cat gate and grill rumah pun punya lah payah.. pastu en suami memang suka buat kerja ikut protocol.. no short cut.. no nak upah orang.. semua nak buat sendiri.. 4 tahun lepas dia ambik cuti nak mengecat.. bila hari raya da kena migrane.. kepala pusing2.. maybe penat sgt or terbanyak hidu bau cat.. semenjak tu la cat kat rumah ni tak berganti... nope.. i m not complaining.. just.... oo by the way.. jiran cat rumah dia.. kami yang sebelah rumah yang nampak ceria.. pasal kami yang nampak.. tapi jiran kena tengok dinding rumah kami yang  "berkarat" cian dorang.. tapikan.. dorang cat warna soft oren la.. sy personally tak suka.. pasal rumah ni ramai budak tengah membesar.. tak sesuai.. nanti aktif semacam... so probably kami kena beli blind yang boleh menutup tingkap2 untuk meng"cool"kan suasana...

bila da sidai cadar.. teringat kad raya tak buat lagi.. so siapkan sign dan letak gambar keluarga kami di setiap kad.. tak banyak pun.. orang2 terpilih sahaja.. yang penting atok kat kampung dapat.. pasalnya dia excited giler everytime dapat kad...

pastu.. update personal data dalam buku diary yang terjumpa.. punya la lama tak meng"update"kan data2.. sambil tu buat filing.. hutang2.. sijil2 ( punya la banyak sijil bebudak nie.. kena tolong kumpulkan..dorng masih x tahu nak hargai..).. buku2 bank letak satu tempat.. sama dengan sijil beranak.. sebelum ni memang in-tact cuma banyak sangat file.. so satu kan.. senang nak cari bila emergency..tak banyak.. tapi ambik saparuh hari gak la..

tengahari angkat kain ampaian dan cadar baru tu... ishhh mana?? mana?? (masa sidai da sedar.. tapi diamkan aje).. saya beli 3 set comforter single.. tapi missing 2 sarung pillowcase dan 1 sarung bolster... aduhh..rasanya memang masa beli takde.. ada la mika-mika yang mengsonglap.. sampai ati...

ishhh abis segala mood.. lagipun da tahap penat .. sambil tengok movie " bedtime stories" dapat la rehat jap..

MENU IFTAR
1. Mee sop
2. Puding dadih
3. Keropok lekor
4. Air Bandung soda
5. teh Jarang
6. Kurma

kali ni memang tak ingat langsung nak snap picture makanan.. lagipun banyak menu da berulang.. so x yah la ...

August 12, 2012

PostHeaderIcon CATATAN RAMADHAN : DAY 23 = tudung raya da siap..

takde la buat sendiri.. tempah.. memang ada jual da siap.. da beli pun 2 helai.. tapi tak seperti yang di impikan.. akhirnya tempah.. memang menepati citarasa la.. warna pun boleh pilih..
harga?? errr Chiffon 2 tingkat RM60, ok tak agaknya harga tu ya??
picture?? ala nanti raya la .. pakai terus posing..

konon nak pergi bawak anak2 shopping raya.. tapi si kecik sibuk nak main mainan.. pastu bila suruh gerak.. dia ngangis.. melalak.. aduh abis semua mood.. lelama slow talk dgn abang2 yang lain... kita beli mana yang patut jer... untuk raya..

so pergi kejap jer.. pastu balik.. kesian abang2..

MENU IFTAR
1. Spaghetti ( hubby masak)
2. hotdog + crabmeat balut roti.. kali ni tak goreng tapi grill
3. Ais Lemon Tea Lipton
4. Lassi Strawberry
5. Kurma

patutnya ada Puding sago.. da tunggu lama dia jadi jernih.. bila tapis.. semua larut sekali dengan air.. heheh en suami kata da terlebih masak la tu..





oo pastu saya beli "kuih raya".... kenapa kuih raya dalam "quote unquote" ?

pasal kuih raya ni .. macam nak buat party .. beli jajan.. selalu yg datang rumah pak mertua bebudak.. dorang grab sorang segenggam.. ambik duit raya.. settle..
diam tak diam.. beli jajan tu je pun da RM60..
pastu kena sorok.. terus letak dalam beg.. pasal nanti budak dalam rumah ni pulak beraya sakan..
kuih raya betul.. errr tak tahu lagi nak beli ke tak.. selalu kalau beli.. kena "marah" dgn pak mertua pasal takde sape nak perabih kan..
maybe kali ni buat kek aje la.. sehari dua .. abis..


August 11, 2012

PostHeaderIcon CATATAN RAMADHAN : DAY 22 = Ripple PATTERN BAG siap!!

memang xde mood nak buat kuih raya tahun ni.. tapi tetiba bangun dari tidur.. rasa nak buat pulak.. so buat yg simpla jer la...
pembantu ... 

pastu siapkan ripple pattern ni.. dan buat bag.. ikut style Starling Handbag
pattern pakai hentam jer

MENU IFTAR
1. Nasi lemak ( kali ni guna santan pure.. selalunya guna santan kotak)
2. Sambal ikan bilis with and without petai
3. Roti John ( campur minced beef dgn oblong semalam)
4. Air Zapple
5. Horlick Panas
6. Kaya Ball ( hubby beli)
7. Kurma



August 10, 2012

PostHeaderIcon CATATAN RAMADHAN : DAY 21 = KERETA SEWA

memandangkan kereta harapan keluarga rosak.. dan kereta yang baru dibeli tak kunjung tiba..dan kereta yang berkhidmat sekarang x mampu nak ke KL dan ke Pahang.. so kami hendak ke tak nak kena la cari kereta sewa.. kalau tak kami beraya di JB je la.. ( no no no.. nak mo.. nak mo... uhuhuhuh )

so en suami ambik cuti separuh hari.. dan kami jejalan... memula nama kami dalam waiting list.. petang tup tup x dapat... memang redha la pasal last minute kan.. so fefaham je la.. takpe sabo sabo.. ada lah hikmahnya...

end up dapat jugak la... tapi not my taste.. ( ishhh banyak songeh la pulak.. nak raya tak??? )
nanti la saya upload pic kereta yang bukan idaman kalbu tu.. pasal masih lagi berdoa moga kereta baru sempat keluar b4 raya...

MENU IFTAR
1. Nasi ayam digoreng dengan mushroom ( hubby masak)
2, Oblong Chicken dan Beef
3. Puding berkuah ( lagi...)
4. Air 100 plus
5. Milo Panas
6. Kurma

kali ni saya letak jagung + kismis.. kuah dia leh makan dengan leftover puding bread semalam

jakun masa jumpa kedai borong kat Bandar Uda tadi.. teruja sesgt.. macam dapat tahu lubuk rahsia
roti john yang panjang2 yang org jual pun ada.. yang ni size sedang.. ada lagi lebih panjang

yang ni oblong.. selalunya org buat sandwich ala ala Prosperity Burger McD tu

baunya memang enak...
tapi bila berbuka.. rasa.. aduh.. keras gedegung..
pasal xmo membazir.. ku telan jua..
tu la da biasa makan burger homemade bila makan yang readymade dapat rasa kelainannya

this will be the first and last la beli oblong nie..

anyway alhamdulilah... kenyang juga...

masa lepak2.. ada terbaca keluhan rasa sebak seseorang dalam blognya..
katanya sebak bila tengok iklan nie
dalam hati saya berkata2.. biasa la bulan puasa ni memang hati kita lembut sikit.. sensitive..

tapi memang lentuk la..
lum habis tengok pun da melilih air mata..
sebak you..

PostHeaderIcon BERNAS | Hari Raya 2012 (The Journey) TV Commercial Director's Cut (Engl...

August 9, 2012

PostHeaderIcon CATATAN RAMADHAN : DAY 20 .. ada tetamu

Arini my friend actually my neighbor la datang rumah.. nak pinjam guna mesin jahit.. memula dia nak suruh saya tolong jahitkan.. tapi ampun.. x berani.. so dia datang rumah sendiri jahit..

Sementara dia jahit, x nak dia hilang konsentrasi.. saya layan cerita CIKGU TIMAH TUKAR SEKOLAH.. cerita Scha Al-Yahya dengan Remy Ishak.. dua dua saya suka.. tapi cerita tak semantap PA CINTA la...

Sambil tu saya perabihkan ( ish da habis ke?/) ripple pattern crochet tu..

MENU IFTAR
1. bIHUN GORENG ( kali ni saya masak)
2. Nugget
3. Puding Roti bercheeeeeeeeeeese
4. Air sirap limau
5. Air milo panas
6. Kurma

macam biasa.. bila masak ada gambarnya..
saya guna roti TESCO.. RM1 jer
kalau gardenia tu berganda harganya

setelah di rendam dan ditabur-taburan
saya ikut resipi kat blog sini.. tapi saya tambah cinnamon powder dan choc chip..


selepas dibakar memang kembang... bau pun wangi
tapi bila sejuk dia melepek balik..
anyway rasanya ok la
tak manis sangat
cuma roti lebih dan cheese kurang
next time ingat ya...
maybe instead susu segar.. kalau guna susu cair sedap jugak
atau buat kuah kustard.. yum yumm..


Menu lain lupa nak snap pic.. almaklum masak sorang2.. bila kaki da lenguh... pastu si kecik asyik ke hulu ke hilir ke dapur ( maybe pasal tarikan bau puding roti dan nugget) so kena percepatkan pergerakan berada di dapur..



August 8, 2012

PostHeaderIcon CATATAN RAMADHAN : DAY 19 = movie day

aduhh memang tau .. orang banyakkan ibadat dalam bulan puasa nie.. tapi saya banyak tengok movie pulak, kan.. ish ish

tapi dari saya tidur aje.. eloklah kiranya saya mengait pencil case ni sambil layan citer DONUT dan PA CINTA

sambil fikir apa la nak masak untuk berbuka nanti.. buntu da jadiknya..ended up

MENU IFTAR
1. Nasi putih ( akhirnya...)
2. Kari Kepala Ikan ( hubby masak)
3. Karipap Telur
4. Air Jambu Pink
5. Teh O
6. Kurma

punyalah semangat en suami.. arini g beli kepala ikan.. balik ambik budak sekolah.. terus masak kari kepala ikan.. ish bukan saya yang suruh.. dia teringin.. maybe dia takut kalau saya masak tak masyuk dengan selera dia.. so kita biarkan aje..

takut2 tak sempat nak berbuka nanti.. saya siapkan karipap ni untuk bebudak..
nampak tak garing sangat, kan?? tulah.. kalau suruh si anak teruna yang tolong
belum sempat garing orang tu dia angkatnya daa..
yang karipap pangkat sarjan ( 3 calit merah) tu..
as usual  buat tanda..ada cili padi didalamnya

as usual, rumah ni kena buat dua versi.. satu pedas.. satu tak pedas..

kari kepala ikan tak sempat snap pic
even masa solat jemaah maghrib pun kepala ikan masih berendam dalam kuali lagi
lepas solat maghrib baru makan panas2..
tapi tak terasa sangat karinya pasal belum sebati

walaupun satu jer lauk dan kuih.. tapi semua ngadu kenyang sangat
heheh alhamdulilah.. lagi sikit juadah.. lagi berkat..


Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Blog Archive

Powered by Blogger.