October 29, 2013

PostHeaderIcon crochet rainbow purse


alkisah... anak sedara kata kawannya nak order mini purse rainbow...
dan dia nak rainbow
dan warna rainbow
dan nak kecik aje letak coins... nak kaler rainbow...

sape tak kenal rainbow kan... cantik..
tapi bukan saya buta warna... saya malas nak keluar beli benang.. heheh
so kalau "kalerful" pun cantik gak kan
tapi tak.... dia dengan lembutnya berkata.. kalau boleh nak kaler rainbow...
pasal dia pun macam tak decisive bila kata tolong kasi contoh warna "leeen bow" so that mak uda leh ikut je warna tu... dia tak jawab... so saya buatkan "lenbow" karipap ni... terus dia suka...

bukan saja dia suka.. mak udanya pun suka la.. pasal stok benang ada da kat rumah.. so tak yah la g ke kedai beli... iyelah.. kang terkejut pulak harga benang naik pasal harga gula da naik kan..
( aikk ada kena mengena ke gula ngan benang?? emmm kalau nak naik semua boleh dikena mengenakan..)


bila da siap.. kita wassap kasi dia.. dia pulak teruja n jealess.. diapun naik jugak...

so siap la dua


nasib dorang tak nak lining.. so senang dan cepat la jadiknya



psss... aritu awal bulan 9 ,ada yang tanya boleh tak buat sarung kait bekas telur tu 800 pcs.. tapi saya tolak kan.. pasal saya takut tak menang tangan... 
kendian minggu lepas, ada sorang lagi tanya.. dia nak 1000 - 1200pcs.. nak guna bulan 2 tahun depan..memula takut juga nak terima.. boleh patah tangan nak membuatnya.. tapi bila kenangkan.. congak punya congak.. ni nak cuti sekolah.. so saya mmg ada banyak ample time.. pasal kerja jadi "driver' mmg kurang la kan... so lepas minta kebenaran en hubby.. saya setuju.. ( walaupun sikit ketaq) la..
tapi si dia kata dia nak tanya keluarganya dulu... so ok la..
tapi senyap je till now.. emmm takpelah.. consider takde rezeki la tu..
saya tak marah dan sedih pun, rasa gembira adalah.. pasal da 3 org da tanya.. 
(satu saya da buatkan pasal dia nak 50 pcs je.. yang nak 800 pcs saya tolak pasal tak confident..
 yang 1k ni pulak pending approval family)
maksudnya.. ada jugak la yg "menghargai" kerja tangan saya..dan yang pasti ada gak la nak menjenguk blog ni... ingat saya sorang je dok syok sendiri.. hehehe
anyway tq tq tq.. sudi singgah untuk semua k..


PostHeaderIcon My little princess mermaid...

ni idea dia sendiri...
rasanya pengaruh youtube kot...

comel pulak tu...
tapi lepas tu dia ngadu.. sakit bontot.. hehehe
sape la yang suruh dia ber"kepak-kepak" dalam plastik bag tu pun tak tahu la


cuma saya risau dia jatuh bila dia cuba berjalan.. licin..



PostHeaderIcon Crochet Paper Clip Bookmarks and crochet brooches

saja sesuka nak mencuba...
ceri beri brooch




masa ni tengah mendung.. dan mood nak snap pic pun takde... tapi still kena simpan bukti kan
masa snap en hubby balik dari solat jumaat
dia komen.. takde scale ke??
a'ah la... ok la letak 50sen jadi scale ukuran brooch ni



ni paper clips crochet bookmark
kali ni guna paperclips medium size








saya buat paperclips bow jugak


brooch pun ada 

flower brooch pun ada




October 22, 2013

PostHeaderIcon batu seremban lagi... ni buat tambahan

ni saje saje buat buat pengisi masa lapang

heheh takde la lapang sangat...
tapi benda ni.. saje buat lebih2...
mana tahu ada yang nak order nanti da ada stok
lagi pun kan nak cuti sekolah ni
dan benda nya pun tak basi kalau di simpan lelama

niat hati pun kalau sesak2 boleh juga la di buat buah tangan pada sesapa kan

p/s: oooo iyelah batu seremban ni ada juga seorang cikgu beli buat anaknya nak ke Korea this weekend.. buat sourvenir utk org korea... 
amboi tak sangka batu seremban ni da melangkau ke Korea...
emmm even ke United State pun tau.. 
pasal aritu kasi pada kawan lama yang dok kat sana... buat pengubat rindu kat Malaysia..

PostHeaderIcon Pertama kali buat drawstring backpack buat budak-budak

bila "hutang" da berbayar...
opss bukan hutang duit k.. bukan juga ngan along.. ni hutang barang utk kawan nak jual...
so tercuba la buat backpack drawstring ni

best gak... bila menjadi

just nice untuk budak 3-4 tahun ni

seronok dia... macam nak sangat nak g sekolah




pastu tingat ada simpan denim fabric... jeans lama yang nak recycle

buatlah patchwork sikit
buat bag yang sama
ni anak no 1 umur 17 tahun mencuba

pasal anak dara tak nak bergambar pasal bukan pink!!




bila pujuk2.. nak juga.. tapi muka monyok


lelama dia pilih yang smurf punya...


ok la...

ni nak jugak yang pink

yang ni simple nye drawstring bag... 

baru ada senyum kat taman..
eeeeehhh bunga kat muka..
heheheh bunga kat taman
senyum kat muka daaaa

di sumbatnya si 'safiina' dia jugak dalam bag tu



ni cara2 nak guna bag ni ya bloggers... hehehe

haaa bukan budak 4 tahun je boleh guna...

budak 11 tahun pun boleh gak


ni versi suka la sangat nak buat lagi dan lagi

bag ni sangat berguna.. terutama kalau nak g swimming ke
nak g tuition ke
kalau nak letak kasut pun boleh

pasal mudah sangat buatnya



Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.