October 8, 2013

PostHeaderIcon Surat dari sekolah maka bermula projek saya...

macam dapat surat cinta.. seluruh dunia nak bagi tahu kan??
heheeh biasalah.. ni surat yang ke2 dapat dari sekolah tahun ni.. 
pandai guru besar men"dalikasi" kan tugasan.

Surat kali ni nak minta sumbangan untuk acara sukan tahunan sekolah tahun 2013!!
Tarikh hari sukan : 12 Oktober 2013

Bukan nak mengeluh, bukan juga nak mengelak dan bukan juga nak berlagak, 
bagus juga cikgu buat camni, kan?? 
bukan apa... kekdg ada gak ibubapa kata kenapa tak minta pada kami, kami boleh bantu. 
So secara halus dan berhemah dorang kasi surat 
( walaupun hanya yang terpilih..heheh) 
so ikut la.. kalau nak beri sumbangan boleh.. tak nak pun boleh.. no paksaaan...

Saya pulak... 
bila part surat dari sekolah ni... saya baca..
then saya suruh anak2 kasi pada abahnya.. 
biar saya tahu.. tapi abah nya yang buat keputusan..
So... setelah abahnya membaca...
(saya hanya diam aje satu sudut sambil meng'crochet') 
takmo mempengaruhi any keputusan dia kan.. 
ala duit dia suka hati dia la kan.. tetiba tup tup suami kata..

 " Hon, buatkan pencil case bebanyak.. kasi kat sekolah.. boleh cikgu kasi bebudak masa sukan."

oh M GEEE...
(ngada nyeee saje la tu nak ikut trend sekarang sebut OMG tu .. heheh)

apa saya jawab???

"ok"
"style apa nak??"
"berapa budget satu pencil case??"

masa ni saya suka.. pasalnya saya rasa macam dihargai terutama oleh suami sendiri
walaupun dia jarang nak comment hasil kerja saya, rupanya dia in a way approved jugak la kan
bukan tak pernah la.. dulu pun ada gak dia minta saya buatkan pencil case buat offis mate dia..
time tu tahun 2011

setelah berbincang.. akhirnya terhasillah pencil case ni
pencil case pyramid
ada gak yang panggil triangle

nak kasi lain dari biasa la kan
dan yang best partnya.. bila saya keluarkan sample pencil case ni tunjuk kat suami
terus saya teringat comment dia satu ketika dulu..

pastu dapat pulak idea buat pemegang dia ala-ala getah rambut
scrunchie kata omputih

bebudak gegirl mesti suka kan
sambil bergaya dengan membawa pencil case
pakai tudung pun boleh bergaya dengan scrunchie.. kan

yang ni one of my perebet.. "ko ko dot " tu...

untuk boy saya maintainkan pemegang biasa
abis la macho kalau pakai getah rambut

kasi tagging sikit

letak nama anak2.. pasal nama kami mana laku kat sekolah
yang bebudak kenal.. budak dua orang tu la

memula da siap la 2 dozen.. tetiba rasa mcm syok pulak
nak tambah la 
lagipun ada masa lagi

tu dia...

semua saya suka.. pasal colorful
so bila kita suka... harap la yang menerima nya pun suka kan

harap semua dapat menafaatkan sumbangan kami ini

menurut suami saya..
dia bukan tak nak kasi sumbangan berbentuk duit..
tapi dia tak mahu jadikan duit sebagai segalanya
contoh kalau kita kasi duit.. so that's it.. selesai semua.. surat minta sumbangan kita kasi duit..

tapi dengan sumbangan barangan
terutama barang handmade ni
kita kasi dengan penuh "caring" pastu masa yang di peruntukkan
dengan "thought" yang kita letak semasa penyediannya 
amat bernilai..

itulah yang kami harapkan.. bukan ucapan terima kasih
tapi ingatan dari semua pihak

alhamdulilah..projek kecil saya selesai...


opps.. belum lagi.. 
semalam semasa tengah jahit last batch..
 cikgu tadika (abid) datang singgah ke rumah... 
dia datang membawa hajat dan duit bag crochet yang dia tempah hari tu..
dan hajatnya.. ??
alhamdulilah.. another small project coming up
suka..
tapi terasa jugak la "tercungap-cungap" 
 alhamdulilah moga di permudahkan..
no tension tension OK..


0 comments:

Post a Comment

Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.