November 29, 2012

PostHeaderIcon BANTAL BUCUK si DURIAN CREPE

"bising" kat dalam facebook orang sana sini cerita tentang bantal busuk si Durian Crepe ni..
sedap sangat ke?
da la... saya ni hantu durian.. yang dah lama tak makan durian...

so adalah satu blog jual kek yang duduk dekat2 ngan rumah saya ni... dia pun jual DC ni... so pasal nak tahu sedap ke tak... saya belilah... satu pack ada 6 ketul harga RM10.. saya beli 3 pack... siap conggak da... sorang leh makan 3 ketul...cukup la tu...

balik rumah.. simpan dulu.. katanya kalau lagi sejuk lagi sedap... 

esoknya baru la keluarkan...

rupanya... memang sedap... 
even en suami yang tak berapa suka durian pun suka...

dan tak disangka2 petang tu jugak la en suami g memborong durian... siap beli whipping cream lagi...

ALAMAK!!! kita lum pun sempat goggle2 resipi...

so... nak ke tak nak ke kita cari lah....resipinya... jumpa 3 resipi yang berlainan untukl buat crepe... yang mana satu yang sedap ni??? fikir punya fikir.. akhirnya tertidur sampai mengigau2 buat durian crepe nie..

esoknya.. saya kemaruk... lepas breakfast.. saya mulakan operasi...

warna yang berlainan untuk resipi crepe yang berlainan..

semuanya hancus... koyak... camne nak jadikan bantal??

nasiblah ada resipi warna :kuning: ni yang penyelamat jiwa dan tekak dan mood
tapi tertebal  la pulak..
inilah serombongan yang dapat dihasilkan...

disini dinyatakan.. bukan salah resipi.. maybe salah saya.. pasal kalau takde mood tapi terpaksa nak buat.. so inilah akibatnya...
tapi cubaan pertama ni.. walaupun kurang rupa.. rasa tetap ada.. cuma ada kureeeng manis..
--------------------------------------------------------------------------------------------------
so hari ni saya nak buat surprise untuk semua.. saya plan nak suruh dorang makan lepas solat jumaat.. kan best panas2.. balik makan benda sejuk2...

so alhamdulilah... saya guna resipi warna kuning tu... saya nipiskan adunan... guna non stick pan yang kecik untuk konsistent kan size...
saya campur gula sikit bila say pukul whip cream... 

so 
wallla....


rasa da ada.... cuma rupa kurang comel... tapi takpe... kali ni mmg best... en suami makan 4 ketul... anak teruna no 1 makan 7 ketul!!!

alhamdulilah...

tapi da malas da nak buat da lepas ni.... heheheh muak da pulak rasanya... tapi tak lah sepenat hari pertama buat... tu lah jangan tamak sangat.. siap nak cuba sampai 3 resipi dalam sehari...


PostHeaderIcon terlajak kereta boleh di undur...

tapi kalau terlajak potong seluar????

errrrkkk...

begini alkisahnya...

memandangkan kami da jarang2 balik kampung err balik kl.. so kami decided nak kosongkan almari baju kami di rumah mak kami tu.. moga tak de la tetamu yang gunakan bilik tu.. selak2 nampak ler baju 2 kami kan...

so serombongan lah baju dan seluar di hoyong balik dari kl ke jb masa cuti raya haji aritu...

dan se"bag" tu la my hubby "sort out" semua baju yang boleh di buat kain lap... seluar yang dia leh pakai buat kerja... dan seluar yang panjang hendak dipendek kan jadi 3/4 pants...

soooooo... dia siap ikat memasing... dan dia letakkan sekeping nota "to transform to 3/4 pants" pada longgokan yang dimaksudkan..

memandangkan lepas raya aji saya kemaruk meng"crochet" bookmarks.. saya lengahkan sikit proses potong-jahit potong jahit...

tapi sejak kebelakangan ini... saya dah terpaksa me"sorting out" baju2 sekolah anak2.. yang mana boleh di "rotate" pakai dari abang kepada adik.. dan keluarkan baju sekolah lama yang boleh di cuci pakai.. maka termaktublah mood menjahit datang..

saya pun cuci- potong-jahit... nak dijadikan cerita.. saya dah keluarkan semua longgokan baju2 dan seluar2 itu dari bag satu persatu... bila jumpa satu ikatan seluar.. saya perhatikan bahagian pinggang semua da tak sesuai buat ke kerja... so dalam otak da kata "reject"... dan saya ke longgokan kedua seluar.. kali ni terlerailah nota "transform..." tadi... terus saya anggap nota ini adalah untuk longgokan seluar yng ke2... tanpa fikir panjang.. satu potong ....satu pasang.... dua pasang ( dalam hati terdetik.. cantik seluar ni kenapa laki aku nak jadikan seluar 3/4 pulak.... ooo maybe pasal ada kocek cargo ni agaknya....) .. masuk ke3 pasang.. saya da cuak.. apasal pulak seluar ni takde cargo pockets pun dia nak suruh potong... emmmm bila masuk ke4 adalah seluar jeans ( aiiikk????) seluar ke5 adalah seluar pants hitam formal... ( lagi sekali aikkk???) terus toleh ke longgokan pertama tadi...

ALAMAK!!!!!!

salah bundle la..... uhuhuhuh  camne nak buat...????

da potong ... nak buat apa lagi.. kita teruskan aje la menjahit...

sampai je hubby masuk rumah... sebelum cerita... minta maaf sesangat2... dia pun kata " rasa dah memang berkata2 dalam hati bila sy sms dia confirmkan ukuran nak potong tadi... tapi dia kata takpelah dah letak note...

bila pandang jer seluar2 tu mmg rasa kesal sesgt...

bila nak tidur cuba nak lupakan.. betapa betapa betapa careless nya daku...

tapi at the same time terfikir... takpe lah boleh pakai lagi... lagipun seluar tu da lama kat rumah mak... dah hampir dilupakan pun...

bila nak tidurkan si princess ni.. en hubby masuk bilik... dia tak sebut apa2.. tapi saya tak habis habis says SORRRRRYY... tapi selang beberapa minit... saya boleh gelak besar... gelak gelak sampai meleleh air mata.. suami pun da tersenyum kambing...

bukan apa..punyalah confident saya boleh  potong  sampai 3 pasang!!!... suami pun kata dia pun pelik kenapa masa dia takde saya buat semua tu...sedangkan punyalah seksa dan lembab nye kalau bab nak menyentengkan seluar dia.. pasal suami saya ni jenis orang yang pandai jahit seluar sendiri.. even kekdg jahitan tangan dia lebih halus dari jahitan tangan saya...

saya gelak lagi... sampailah suami kata.. " ooo ingat gelak boleh sambung balik ke seluar yang awak da potong tadi??? " uuuuhhhhhheheheheh dia tahu lah jawapannya...

November 18, 2012

PostHeaderIcon DUP DAP DUP DAP... RESULT UPSR 2012

Alhamdulilah... lepas di tangguhkan 2 minggu keputusan UPSR 2012 akhirnya diumumkan hari ini... dan hari ini juga putera kedua ku ini menduduki peperiksaan sekolah darjah khas ( sekolah agama)... so result di tangguhkan sampai mereka selesai kertas periksa tadi.

Dan yang men"suspen" kan keadaan bila cikgunya memanggil dua orang yang terakhir untuk ambil result .. adalah anak ku dan seorang lagi.. dan kedua2nya adalah top students...yang lagi melembahkan jiwaku bila seorang student lagi tu iaitu perempuan.. mmg terkenal dengan kehebatanya.. semenjak dia bertukar ke sekolah itu, dia lah yang selalu seiring dan selalunya dia dapat menandingi anak aku tu.. aduh.. rasa luruh jantung.. bila cikgu announce cuma ada seorang saja lagi dapat 5A dan seorang dapat 4A...

tak tahu nak letak mana muka.
( pasal masa ni kedua2 parents ada disisi anak masing2)...
airmata da mula nak mengalir...
( tah kenapa mmg dari dulu mmg soft hearted.. even tengok anak buat performance di concert sekolah tadika, menari .. airmata mesti nak menangis..kerana terharu melihat my baby da membesar..even kalau ambulance selisih masa driving pun boleh meleleh airmata kerana terfikir jika kita di situasi itu..)

En hubby ngelat.. dia banyak sangat "Butterflies in his stomach".. so dia takmo turut serta... tentera askar yang lain ditinggalkan di rumah kerana tak mahu menganggu suasana.. yang menemani tadi hanyalah anak daraku yang da mula "cranky" pasal da tunggu lama sangat...

nak ke tak nak ke.. aku kena tempuh jua... akhirnya di umumkan...
 ( masa ni cikgu mula menyakat anakku  ini dengan segala AKA... AKA.. )
 alhamdulilah dia dapat 5A!!.
.( persoalan siapa mendapat 4A antara mereka berdua.. hanyalah gimic suspen sahaja...) 
syukur.. moga terus berjaya dan berjaya anak ku...


PostHeaderIcon Elly Bookmark



PostHeaderIcon Sheeeeeeeeeeeeep Bookmark





PostHeaderIcon Spider Bookmark




PostHeaderIcon Cat Bookmark



PostHeaderIcon Gecko (cicak Kobing) bookmark



November 15, 2012

PostHeaderIcon Cupcakes




PostHeaderIcon Cupcake Bookmark





PostHeaderIcon Corner Dress Bookmark




PostHeaderIcon Simple Bow Bookmark




November 13, 2012

PostHeaderIcon Rosebud bookmark











PostHeaderIcon Daisy Bookmark





PostHeaderIcon Butterfly Bookmark




PostHeaderIcon Fan Bookmarks






Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.