March 22, 2014

PostHeaderIcon Cerita budak lepasan SPM 2013 dan budak nak ambik UPSR 2014

Cerita bulan dua lepas yang tercicir nak rekodkan dalam blog...

kisah anak teruna no 1 yang mula belajar memandu
 ( eager sangat dia.. sebelum abis SPM lagi da sibuk nak ambik lesen)

Pada 8 Feb 2014

alhamdulilah.. 
masa post ni ditulis(23 Mac).. dia  sedang menduduki periksa memandu yang terakhir 
moga lulus dan mendapat lesen P

(ooo for the record.. result SPM2013 telah pun diumumkan pada 20hb Mac 2014 yang lepas
alhamdulilah result dia memuaskan hati kami
lebih dari yang kami expected.. esp bila nampak daya kudrat yang ditunjukkan
dan insyallah moga dapat masuk U
dan moga maju jaya dalam hidupnya)

kebetulan pulak la kan..pada hari yang sama masa 1st day abangnya belajar memandu 
heheh ni kes terlupa date la..
lepas hantar si abang.. tetiba si adiknya no3 call
( actually si adiknya ni bermalam di sekolah pasal ada kem motivasi UPSR)
dia reminded us pasal hari ikrar

uhuhuh nasib la lum sampai rumah.. terus aje ke sana

ni la board yang ibubapa kena tulis untuk beri perangsang pada anak2 menduduki UPSR 2014



ni la kami as a ibubapa pun kena ikrar tau!!...

moga dia juga memperolehi keputusan yang cemerlang 
dan dapat masuk ke sekolah asrama penuh or MRSM..

PostHeaderIcon Gian menjahit...

takde la gian sangat.. cuma kekadg tu .. rasa cam rindu kan... lagipun hati dan mata sakit setiap kali nampak ironing borad yang da mula koyak tu.. lama da tertunggak kerja nak ubah suai tu..

bukanlah rabak sangat.. cuma asyik tersadung aje bila mengosok..
so apa lagi.. kita google la..
kebetulan pulak jumpa tutorial yang sebijik sebijon ironning board cam buatan IKEA ni..
so operasi bermula la..

malas nak cari cotton yang bermutu .. saya guna je kain lebih buat baju raya anakdara tahun lepas..
harap bertahan la yee...
jika ada yang rasa macam nak cuba.. leh la gi link blog U-Handbag ni

ni pulak try buat drawstring bag tapi round bottom
almaklum.. saya tak pernah lulus nak jahit kain yang bentuk bulat dan cantum ke kain bentuk panjang..
selalunya terlebih kain.. atau terkurang kain masa jahit lilit bulatan tu
kira ni experiment nak guna formula yang saya jumpa..kat
(aaaalll hilang pulak nama blog tu...nanti saya cari da jumpa say apaste kat sini k..)

first time pun guna eyelet .. tapi tekecik la pulak.. sampai tali tu mcm tersemput2 nak go thru

actually bag ni takde pun maksud tersirat nak buat untuk bekal ni..
kebetulan pulak muat..
dan tak la jugak disalahkan en hasben jika dia  tak sanggup nak guna bag tu..
heheh kebetulan pulak guna kain bunge-bungeeeee..
takpe... bekal tu bukan sentiasa pun en husben guna.. 
kita stand by kan aje..

tengah kita syok 2 menjahit.. en husben kita masak semalam.. nak try resipi masak nasi arab...
buat dua versi.. ayam dan kambing

dan the boys 4 beradik tu biasalah asyik merengek nak main game.. tapi takdibenarkan pasal kena basuh kasut dulu.. siapkan homework dulu.. kemas bilik dulu

yang si anak dara pulak sibuk nak kan kertas.. katanya nak buat carpet..
malas nak gaduh.. kasi aje..
dan dia mula la mewarna

ooo agaknya dia nampak abang dia buat anyaman tikar..
so maybe inilah pandangan mata dia...
carpet = tikar


bila da penat agaknya dia warnakan portion tu besar..
carpet ni actually nak buat apa ya???

ooo buat tempat duduk toys nye

mcm nak mesyuarat je


siap ada ketua sorang duduk kat depan..



sambil pegang tu.. sambil buat bunyi orang bercakap
cakapnya bunyi omputih
biji butir.. emmmm hanya dia je yang faham

tak kisah la anak oiii
asal suka..






PostHeaderIcon Baby elephant in the house

selepas saya mencuba membuat gajah sicomel ni dulu ( link ke cerita kisah lalu)
ada kawan lama yang berkenan dengan si gajah comel ni..
dorang tengok kat fb saya..




kebetulan pulak la dorang ni baru lepas bersalin.. nak order..
so saya siapkan la..
4 terus.. walaupun yang mengorder hanya 2 je..

saje nak kasi banyak pilihan sikit.


PostHeaderIcon Cikgu sekolah tadika pun sibuk tau!!

hahaha sape kata jadi cikgu tadika senang.. n tak sibuk??
sememangnya sibuk.. almaklum.. kul
5.30am             =  da bangun.. masak breakfast n lunch.. + solat subuh...(en hubby bawak bekal lunch ..katanya nak makan makanan yang tak semestinya sedap tapi pasti ada kasih sayang)
7.00 - 7.30am   = mengemas rumah, menyapu dan menyidai baju ( kerja extra like mengemop atau menyidai baju versi putih diserahkan pada anak no 1)
7.30- 8.00 am   = siap2kan anak dara n diri sendiri untuk pergi sekolah
8.00 - 1.00pm  = ada disekolah yang tak henti2 menjerit dan berdiri dan berjalan ke sana ke mari
1.00 - 2.00 pm = bergegas balik rumah n packing bekal lunch n baju sekolah agama untuk 2 org anak (kekdg sempat gak mengait sekejap dalam kereta dan kekdg lunch sekali dalm kereta)
2.00 - 3.00 pm   = pulang dan membasuh bekal-bekal tadi + bekal pagi tadi + mengosok baju (jika perlu) dalam otak da ligat nak fikir menu untuk tomorrow pulak. kalau letih sangat baru "nap" kejap + solat zohor
3.00 - 4.00 pm =  sambil lipat kain sambil menonton drama filipine "Becareful with my Heart" atau berita terkini MH370
4.00 - 6.00 pm  = bergegas ke sekolah untuk menolong seorang lagi cikgu menguruskan budak2 mandi ( ni untuk budak yang stay for day care)
6.00 - 7.00 pm =  pulang dan kemas-kemas dapur sikit2.. keluarkan apa yang perlu untuk masak menu esok ( defrost) + solat asar.. dan kena dlm mode stand-by.. jika en husben tak dapat ambik anak no3 dari sekolah
7.00 - 8.00 pm =  da duduk2 sambil menunggu waktu maghrib masuk + mengait serba sedikit
8.00 - 8.30pm   =  sambil tunggu isyak...tengok berita terkini
9.00 pm             = zzzzzz tapi actually sempat gak bukak handphone tengok tonton.my cerita drama melayu kekdg tu drama korea

( seminggu lepas mmg busy .. kena hantar anak no 4 setiap hari ke sek agama dari kul 2-3.30pm pasal ada ujian..manakala anak no1 ke kelas driving pada pukul 5-6.30pm .. dan en hasben ke kl seharian pada rabu lepas.. so kena handle 100% hal anak2 n rumah)

memang pack tapi saya suka.. pasal masa saya penuh.. dan badan tak manja sangat..

sesibuk2 cikgu.. sepenat2 cikgu.. sempat gak la siapkan sebalang...
hasil mengait kecil kecilan
iaitu
sepit rambut berbunga manis


dan pengikat rambut berkuntum wangi

ni yang da siap packing..
sempat lagi posing dalam kereta masa ke sekolah pada pukul 4pm tiap hari

actually sekolahnya dekat aje
( saya pernah kira.. tak sampai 300 langkah pun)
.. cuma lately ni hujan belah petang.. so kenalah drive

jika ada yang berkenan, boleh aje nak tempah... ikut suka hati la warna apa nak.. insyallah
harga .. nanti kita runding

saya tak kisah nak beli satu aje boleh.. nak beli sepasang pun boleh



Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.