May 4, 2014

PostHeaderIcon Cikgu tak mengait lagi???

Hamboi.. ada yang tanya camtu yeh?? dah kalau da kata hobi.. mana leh dipisahkan..
tapi tak berani nak buat projek besar-besaran.. kecik kecik cukup la.. buat mengubat ketagih..

sempat la buat mini dress crochet .. tapi pasal buat sesuka takde makna kan.. so saya sangkutkan pada key chain.. anak2 pulak sudi nak menjual...

Mini dress key chain
then, saya cuba buat ..

sheep key chain

Buat masa ni masih tercungap2 nak membuatnya.. kerana demand tinggi ( ceeeh demand tu..). memandangkan key chain ni tengah hangat saya membuatnya.. sampai terleka hari guru menjelang tiba.. so stok yg ada telah diberikan pada anak balik ke asrama... buat hadiah pada gurunya...

tak dilupa juga.. sempat la memujuk en suami membeli kain baju melayu anak2 untuk baju raya tahun ni.. tak sangka selalunya dia keberatan.. tapi kali ni alhamdulilah.. memandangkan sgt terharu dengan kerjasama beliau.. maka saya memberi peluang untuk en suami memilih jenis kain dan warna buat anak2nya..  so kami ke Jakel.. dan akhirnya pilihan kalbu beliau ialah kain cotton ( sememangnya dari dulu dia suka)..warna? diantara kuning cair dan hijau cair.. ( kata beliau.. kali ni kasi warna cerah sikit) dan harga semeter RM16!! adoidoi doi.. kalau saya  .. mmg saya tak jadi lah... tapi pasal guna duit dia kan.. ikutkan aje...so ambik 15 meter buat 4 beradik lelaki.. dan sepasang cotton bunga untuk anak pompuan... saya pun sempat rembat 2 pasang kain... heheh en suami ?? emm dia takmo.. katanya nak 'rotate' baju lama.. suka hatilah.. tak kan nak desak kan..

so pada 1hb mei 2014, cuti hari buruh.. ku gagahi jugak memotong baju2 bebudak ni.. da siap potong.. kain banyak lebih. saya simpan.. nak hantar tempah baju melayu en suami .. nak kasi surprise pagi raya.. ( emmm saya belum confident lagi nak jahit baju org dewasa.. baju saya pun saya tempah) heheheh

next day, terus buat appointment jumpa k ida.. ( tailor yg da jadi kawan pangkat kakak) nasib la dia sanggup terima tempahan baju saya.. sedangkan dia da sebulan tak terima tempahan raya.. alhamdulilah..
so total saya hantar aritu
1. 4 pasang baju melayu ( jahit tepi)
2. sepasang baju kurung budak pompuan ( jahit tepi)
3. sepasang baju tidur budak pompuan ( jahit tepi)
4. sepasang baju melayu dewasa ( tempah)
5. sepasang baju kurung dewasa ( tempah)
6. 2 baju kurung moden ( baju sahaja - tempah)

saje nak listkan.. takut terlupa..
then the next daynya.. ke angsana.. sambil beli barang2 anak.. saya beli benang, kain keras ( buat kolar) dan butang baju melayu..

Bila nak mula jahit?? walallahualam... maybe end of may kot.. cuti sekolah ... but at least da mula kan??




PostHeaderIcon Buat apa bulan April yg lalu...?

lamanya tak mencatat memori dlm blog nie... dalam 'kepayahan' ku gagahi kan jua.. ceeeehhh apa payahnya tak tahulah... kes "m' yg payah ni gamaknya..

so dalam sepintas lalu.. catatan buat diriku (terutamanya.. ehem.. sape lagi nak baca blog sendiri kalau bukan.. diri sendiri kan..)

pada 12hb April 2014.. 
ada coloring contest di angsana untuk budak 3-4 tahun.. memandangkan kita da jadi cikgu tadika dan anak pun ada yg dlm golongan tersebut.. maka kena la menghadirkan diri...


16hb pulak.. kami sibuk membuat "chef Hat " untuk anak2 didik kami..
my class.. themenya.. free style..
suka hatilah camne nak deco hat sendiri

kerana esoknya.. kami mengajar membuat 'roti sosej bergulung"
bebudak suka.. pasal lepas buat terus boleh ngap...

ari sabtunya pada 19hb pulak.. cikgu cikgi lak kena diajarkan..
first time g training 
tugasakan kami kena buat sarang burung dan burungnya sekali dari hasil 'nature walk'.. so of course la kena guna nature resources

pada 20hb pulak ada berita tergempar...
tergempar dan melucukan..
sebaik sehari selepas abahnya letak sign peringatan untuk anak2 tutup UNIFI..
ada pulak "penterjemah" mak cik jemah yg sudi menterjermah notis abahnya sekiranya ada yg mash tak faham..
just incase ada yg berkenan nak tengok detail..
abah's notice

translation

Pada 21hb..
tadika da mula ajar anak didik solat.. alhamdulilah .. yg jadi  imamnya hari itulah anak no 4 ku...si Abid..

Pada 24hb.. ada buat banana shake..


ni pula ialah hasil craft anak didik ku yg terus di lekatkan atas dinding buat deco kelas


dan yg best nya pada 28hb kami buat lawatan ke Pizaa Domino
memula beratur, masuk kasi tour satu outlet.. then dorang kasi semua menguli buat garlic bread
sementara tunggu masak pizanya.. dorang suruh bebudak menwarna..
then, leh makan...
dan balik pun siap dia kasi tapau sorang satu regular pizza dan voucher...


nape banyak sangat aktiviti makan2 ni?
pasal bulan ni tema belajar kami ialah
1. food
2. fruits
3. vegetables











Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.