November 27, 2013
hampir sebulan tak ber"siaran"
5:16 PM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
hehehe tah kenapa.. mood melayang2 nak update blog..
maybe pasal...
1. nak cuti sekolah .. mmg serabut kepala.. memacam nak settle.. nak kena g sekolah ambik result anak2... nak g sekolah asrama... nak hantar kereta g servis dan tukar windscreen... dan ditambah pulak tyre kereta saya kena paku.. hehehehehe panjang gak la pakunya.. siap en suami letak pink sepit baju untuk ingatkan saya ada paku.. dia nak saya belajar hantar kereta ke bengkel..(dekat je pun) ..
2. bila mula cuti sekolah... segala routine harian mmg "lari".. no more cleaning segala mcm sebelum kul 8am.. dan mengadap pc after that.
3. saya ada buat listing untuk "CUTI SEKOLAH PROJEK" untuk anak2 yang bercuti.. projek kecil-kecilan aje... sebelum dorang mengadap gadgets n games seharian, mereka kena buat projek ni dulu... diantaranya
- kemas bilik ( vacum, susun buku, susun baju, tukar cadar),
- balut buku teks,
- kira dan cuba semua baju sekolah yang boleh di recycle untuk ke tahun depan
- kemas almari kasut ( yang lama or koyak ) antara di buang atau di "turun" kan kepada adik2
- kumpulkan semua bag2 sekolah... sama gak.. kumpul.. yang lama n koyak buang / direcycle
- mengecat living hall ( ni sesaje je... sedangkan en suami mmg very fussy .. maybe da tak larat.. kali ni dia 'lepas'kan anak2 buat..
projek ni selalunya dalam 2 jam (paling lama) sehari.. so kalau dorang bangun awal... awal la siapnya. Dan sebelum projek dimulakan, semuanya telah bangun dari tidur dan meja makan siap dikemas ( siap letak bunga atas meja ) lepas breakfast... baru la adil...
4. anak sulung mula SPM.. so hati tu mmg berdebar2 la hai... mak mana la tak berdebar... terutama kalau nampak effort yang di letakkan.. uhuhuh takpe2... sebagai ibu.. kita doakan yang terbaik ya..
Saya ni takde lah ilmu agama tinggi sangat... kira alhamdulilah adalah asas agama jugak la... so kita amalkan apa yang tahu, kita tambahlah ilmu tu sikit2.. almaklum kita dok rumah.. kita gunakan teknology yang ada.. so saya banyakkan tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus dalam youtube. tapi pasal da biasa tangan ni tak leh dok diam2.. kalau tak buat apa.. mula la mencari makanan nak disumbatkan dalam mulut. Untuk mengelak "perkara yang tak diingini" ( hehehe takut terover weight) sambil menonton tu.. saya mengait Sarung Telur. ..saje2... mengisi masa yang terluang... memandangkan banyak sangat kiraan 1, 2, 3, 4 dalam masa meng'crochet' tu... so saya jadikan habit instead of kira 1.2.3.4... saya jadikan zikir.. subhanallah, walhamdulilah, walaillahhaillallah, allahuakhbar.... memang terasa tenang jiwa bila banyakkan zikir ni..
hehehe ni la hasilnya..
satu bungkus tu ada 50pcs...
alhamdulilah..
sebenarnya hati ni tengah gundah gulana bila memikirkan anak SPM..
campur pulak "pening" kepala dengan anak2 yang bercuti dalam rumah ni..
sambil tu .. malas pun ada..
malas mental nak memikirkan projek atau cubaan baru menjahit atau mengait
malas juga nak memikirkan projek lain selain menolong and memantau anak2 buat projek yang telah di"listing"kan
tapi alhamdulilah.. dalam malas2 tu.. ada juga.. "hasil" diatas.... kan..
(sambil zikir tu.. saya tak lupa berdoa ... moga tenang hati anak saya menjawab kertas soalan dengan betul dan tepat.. periksa akhir persekolahan tu .. bukan sebarangan.. harap dapat la result yang bagus.. moga dapat la dia menlanjutkan pelajarannya ke menara gading... bukan senang sekarang ni.. competition among pelajar mmg senget.. ramai yang pandai2.. peluang tu amatlah ketat.. moga dia dimurahkan rezeki yang halal.. amin )
ooo iyelah... nak juga share cerita saya semasa perjalanan pulang ambil anak saya dari asrama tempohari..
( ni saya copy paste dari fb persoanl saya pada November 15, 2013)
Alhamdulilah...syukur...
Lewat petang tadi,on d way balik ambik anak pulang dari asrama, sampi di tol booth,jarak kereta jauh utk flash touch n go, so sy buka pintu-flash-tutup pintu immediately, few sec lps dr tol, baru teringat handbag tadi diselitkan sebelah pintu driver (konon takut kena kes pecah ragut bag) dan selalunya bag tu disangkut tali ke bahu tp kali ni tidak (konon fikir,smpi rumah baru buka pintu). Nasib hp mmg letak sebelah sy,call suami to inform then terus buat u-turn,niat hati nak trace balik lorong tu n minta bantuan pekerja tol. mmg tiada la handbag tu kat situ. Tak sempat pekerja tol ambik tindakan apa2, dpt call dr en suami suruh balik.ada seorg lelaki india da jumpa bag tu dan da call en suami. Kebetulan, kunci rumah ada dlm bag tu, dan kat kunci tu siap letak nama suami n ofis address n hp no dia (nasib juga bukan address rumah). So org tu terus dpt contact.alhamdulilah semua barang masih ada n intact. Tak sangka masih ada org berhati mulia dlm negara kita.syukur sesgt.. Selamat. X perlu buat segala mcm report seperti 9 yrs ago masa handbag kena ragut..Allahuakhbar!! Alhamdulilah..
memang sangat bersyukur... sepanjang masa "u turn" tu.. mulut dan hati saya sememangnya meminta tolong pada Allah untuk permudahkan urusan carian bag saya tu... duit tak la banyak sangat.. yang saya fikirkan.. kad pengenalan, driving lesen, kredit card, atm card, segala macam kad ahli.. semua tu kena dibuat report dan di buat semula... pening jugak la memikirkan urusan segala macam...
Yang bagusnya anak2 dalam kereta semuanya diam membisu.. tak buat perangai pun. syukur.
Lucunya selepas peristiwa itu, anak dara saya setiap kali jumpa tol booth, dia pasti akan tolong pegangkan handle handbag saya... dia takut ter"golek" lagi.. sampai saya kena ingatkan.. ok semuanya da selamat untuk dilepaskan... kesian dia...
p/s: da siap belikan anak2 punya kasut sekolah + kasut sukan + sandal... ada 7 pasang semuanya... dan berjumlah hampir rm300.... ( amboi.. lum lagi baju sekolah, bag dan stationeries....botak2... heheheh bukan mengeluh... alhamdulilah.... walaupun tah mana lah nak dapat duit nak beli semua tu... tapi insyallah... rezeki dari Allah... moga ada lah jalannya nanti kan... amin...)
November 2, 2013
Lollipop Bouquet
11:55 PM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
Hari khamis yang lalu, tak semena-mena terdetik hati nak buatkan some goody surprise
untuk kawan anak2 saya before ambik SPM next week..
takmo yang grand sangat pasal anak teruna saya tu kekdg pemalu tak bertempat..
so yang mmg teringin nak buat lollipop ala2 macam org kawin nye bouquet kan...
so saya g la tempat pemborong makanan ringan
dekat2 je dengan kedai borong alatan jahit yang saya selalu pegi
saya belikan balang besar yang katanya ada 100 batang..
tapi bila bilang balik ada 120
dengan harga rm50
kira dalam 42 sen satu batang lollipop
konon nak kasi yang comel2 tu. pada cikgu cikgi.. sambil minta berkat nak SPM kan
nak minta doakan moga fikiran lapang dan dapat jawab soalan dengan tenang, tepat dan betul
moga cemerlang dalam keputusan SPM 2013
yang togel2 tu.. kasi la pada kekawannya untuk wish good luck
suka la budak dalam rumah ni...
senangkan bebudak.. simple pleasure..
nampak sweets je da suka..
ni lum lagi dalam zon Halloween..
pasti kalau la kita ikut adat tu.. da penuh da rumah dengan jajan.. heheh
tapi tak de nye dorang ni semua dapat makan banyak lollipop ni
en suami mmg anti tul dengan sweets
so kasi sorang satu je..
tapi seribu kali sayang.. segala plan yang kat atas tu.. surprise konon
lelama saya yang surprise..
mati matian saya ingat hari Jumaat hari terakhir persekolahan
( sebelum cuti deepavali)
pasalnya anak no 3 masih ada exam cuti sekolah agama dan anak no 2 balik dari asrama hari jumaat..
rupanya
hari khamis ialah hari terakhir untuk budak nak duduki SPM 2013..
uhuhuhuh
sedihnya.. hajat tak kesampaian...
tapi takpe... kita ada contigency plan hehehe
kebetulan mmg sebahagian lollipop ni mmg ada niat nak kasi pada kekawan anak no 3 ni ha..
birthday dia jatuh pada 20hb DEC
so selalunya dia tak dapat nak celebrate birthday dgn kekawan
so boleh aje kasi pada kekawan dia sempena birthday dia
kira celebrate awal la..
haaa senyum kembang setaman dia
boleh kasi kawan sekolah pagi
kawan sekolah petang
ni kira akan diberi selepas aje cuti deepavali n awal muharam nanti..
------------------------------------------------------------------------
untuk rujukan kendian hari.. macam ni lah saya buatnya
modal saya guna apa yang ada kat rumah aje
semua lebihan masa dulu-dulu
saya guna wrapping plastik yang leftover masa buat 'diaper cake"
pastu paper cupcake beli masa buat kuih raya dulu
saya ada beli doilies untuk alas kuih raya tu..
caranya
tebus lubang kecil.. kira muat la untuk cucuk batang lollipop kat tengah2...
ingat cupcake kena lah di telangkupkan.. so corak dia terserlah
susun ikut turutan,,,.. cupcake kecik kuning, paper cupcake merah, dollies, plastic wrapping
kudupan semua lapisan..
guna cellotape untuk lekatkan kat batang lollipop
takde le iye2 nak gam tu
asal terletak kedudukannya.. da ok..
kang kena "sumpah" pulak dengan org bila susah nak bukak.. heheh
suka la bila kita kenangkan reaksi bebudak dapat lollipop berhias..
maybe budak pompuan pandai la appreciate..
budak lelaki tak kot..
--------------------------------------------------------
dalam suka ada dukanya..
tak sempat pun lagi hantar service kereta ku ini..
windscreen da crack...
uhuhuhuh
bila dikenang2..rasanya kena pada hari rabu masa pulang ambik anak no3 dari sekolah agama..
masa tu mengikut satu lori.. lori tu tak la laju sangat,.. dan saya tak jugak laju
tengah slowly ikut lori tu.. sementara nak tengok lane kanan clear nak potong dia..
tup!!!
satu ketul batu kecik.. bunyi memang kuat la
tapi masa tu mmg takde crack ke apa pun
hari khamis tak perasan..maybe pasal masa tu hujan..
hari jumaat yang perasannya..
takpe la.. dugaan.. lagi pun duniawi jer
alhamdulilah.. kalau takat benda camni.. ada insurance
ni pula pandangan dari dalam...semasa saya ter'perasan"
suspen jugak la masa nak bagitahu en suami.. mana tak nye kan.. baru je bayar sebulan installemnet
nasib la en suami tak melenting.. cuma dia kata kena g repair cepat.. takut dia spread..dan crack seribu bahasa.. uhuhuh.. plan buat lepas cuti deepavali n awal muharam nanti.. insyallah..
terus teringat pada satu ketika dulu
kes tak puashati saya
tapi tergantung tanpa part 3 or kesudahan
pasalnya selepas aje en suami buat "siasatan" dan telah pun melaporkan siasatannya
maka terus senyap sunyi tiada apa2 respon
so kami sendiri tak tahu nak buat part3 atau penutup..
tapi jauh di sudut hati saya.. moga tiada la dendam kesumat ke apa kan
dah nak dekat setahun da pun
moga2 biarlah senyap buat selamanya..
amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Why 2nd blog?
Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*
Friends
Labels
- COOKING/FOOD (61)
- CROCHET/KAIT (137)
- MISCELLANEOUS (164)
- SEWING/JAHIT (203)
Labels by Items
- Air Soya (2)
- alas meja (1)
- Apam dot dot (1)
- Apron (4)
- art (2)
- baju anak dara (10)
- baju kurung (11)
- baju melayu (25)
- Basket pincushions (1)
- Batu Seremban (9)
- Bib (2)
- Birthday (10)
- Books (1)
- booties (11)
- bow (3)
- Boxy bag (4)
- cake (6)
- Cargo Pants (5)
- casing/bag (10)
- cendol (1)
- Checklist (4)
- Cinnamon Roll (1)
- Circle Zip Pouch (1)
- clear toy storage bag (2)
- coasters (4)
- Corset (1)
- Cream Cheese Puff Pastry (1)
- Diaper Cake (4)
- Dining Chairs cover (1)
- dishtowel (1)
- Do your Own label (2)
- Egg Tarts (1)
- Embroidery (4)
- Emotion (3)
- Fabric Basket (3)
- fabric book cover (1)
- Fabric Box (5)
- fabric Flower (8)
- Fabric folder (1)
- Fabric Liner (6)
- Fancy Cookies (4)
- felt (1)
- Flair Custom Chair (3)
- flower (14)
- Gifts (19)
- Giveaway entry (10)
- Giveaway gift (10)
- granny square (20)
- Grocery Tote Bag (7)
- hat (3)
- Headband (2)
- Holiday (14)
- Ikan Sungai Salai (1)
- info (2)
- Juki (4)
- kopiah (2)
- Kuih Sago (1)
- leaf (1)
- Legoland (2)
- Long Skirt (10)
- Messanger Bag (8)
- movie (3)
- Muffins (1)
- Multipurpose bag (9)
- Murtabak (1)
- Onesie dress (1)
- Oreo Lollipop (4)
- others (12)
- pai tee (2)
- Paper Flower (2)
- patchworks (5)
- Peasant Blouse (7)
- Pencil Box (32)
- Pillowcase (1)
- Pincushions (6)
- pockets (1)
- Pop cakes (3)
- Pouch Bag (26)
- Pyjamas (1)
- pyramid coin purse (3)
- Ramadhan 2012 (25)
- raya 2011 (10)
- raya 2012 (7)
- Refashion t-shirt (7)
- Ribbons (3)
- ripple pattern (3)
- rossete fabric (1)
- Roti Mamat (1)
- Ruffles (3)
- sewing notion (5)
- Sewing tip (4)
- Shinkawa (1)
- Singer (1)
- sling Bag (5)
- Special Coaster (1)
- Straight Sided Triangular Cosmetic Bag (1)
- Stroller Bag (1)
- Tau Fu Fa (2)
- Teacher's Day (7)
- Tier Skirt (2)
- tissue box cover (2)
- Trifle (1)
- Tutorials (1)
- Wallet (7)
- Water Bottled Sling Bag (4)
- Wish lists (1)
- zipper (3)
- zippered pouch (8)
Powered by Blogger.