January 3, 2014

PostHeaderIcon 1st Day of school 2014


Tahun ni mmg mcm tak bersemangat nak bersekolah..
bukan anak2nya.. mak nya..
apa tak nye.. memcm nak kena settle 
tahun ni bermula Jumaat n sabtu bercuti di Johor
surat yang di terima dari sekolah asrama pada awal cuti Dec2013.. 
katanya mula sekolah pada 2hb Jan 2014
nasiblah anak ber fb.. terus call ofis sekolah.. baru la confirm masuk daftar tingkatan 2 pada 31 Dis 2013

kali ni dorm arif di tingkat atas sekali ( tingkat 3)
so ini pemandangan di "puncak" tingkat..
sambil tarik nafas semput.. sambil snap pic

macm musim luruh la pulak kan

sila tolong angkut barang k.. umi da 'pencen' angkat barang berat2 ni

di pemandangan dorm

ada dinding mcm dalam filem p ramlee




ni pula pemandangan dari tingkap dorm arif..
saje je ambik pic ni.. kalau nanti kami datang, boleh la dia jenguk ke luar dulu
bumbung biru adalah dewan makan
bangunan depan tu ialah asrama pompuan
( ooo by the way ni Sek Men Sains KotaTinggi, Johor. dikenali sbg SAKTI)

Persiapan masuk ke sekolah kali ni...
1. beli kasut untuk 3 beradik ni.. 2 pasang sorang  campur stokin dalam RM300+++
2. baju sekolah.. uniform tahun lepas masih boleh dipakai lagi so save disitu
(plan ..kalau teruk sgt nanti boleh la beli tengah tahun.. tapi alhamdulilah.. tukang sendiri..semua boleh di recycle. Cuma beli baju dalaman.. like spender n singlet)
3. Buku tulis Tahun 6 n Tahun 2 = RM80++
4. Buku sekolah agama Tahun 2 = RM20 ( pasal cuma ada 3 buku je.. lagi 4 buku lum ada stok)
5. Buku sekolah agama Tahun 6 = free ( pasal swap ngan jiran.. dia ambik Tahun 5 saya ambik Tahun 6)
6. yuran sekolah asrama SAKTI = RM1179
( Buku =RM134 + PIBG=RM280 + Makan (rm3/hari =RM750 + Majalah=RM15)
7. bag sekolah ( untuk sekolah kebangsaan) setiap sorang dalam RM150++ ( bag sekolah petang guna tahun lepas punya bag)
8. Peralatan stationeries pun beli selonggok dari Mydin.. cuma top up apa yang perlu aje.. so far takde kot beli apa2.. takat beli pen untuk budak sekolah menengah dan note pad + buku rujukan.. tak sampai RM50

Total.. roughly dalam RM2000



Alhamdulilah.. anak2 pun takde la nak memaksa beli semua baru. Bebudak ni kalau kita terangkan sebab munasabab.. insyallah dorang memahami..

Bukan la takde duit nak belikan yang baru, cuma sekarang semua benda da naik, mana yang boleh berjimat, kita jimatkan.. saya cuma risaukan masa akan datang. Takut2 harga makin naik .. gaji suami remain the same... tak ke naya
 ( btw, da masuk 3 tahun, gaji tak naik2...)
takpe.. rezeki tu cukup je.. cuma lebih takde la..

Tahun ni ada 1 orang sekolah menengah, 2 orang sekolah rendah.
tinggal yang sulung tunggu SPM.. sibuk nak berkerja..
( kami suruh dia try kerja sebulan, then sign up memana kursus kemahiran.. untuk menambah ilmu)
yang bongsu pulak sibuk nak ke school gak.. so plan nak masukkan tgh tahun ni..
takut2 bila awal sangat ke sekolah, nanti boring pulak...
lagipun tahun ni baru nak masuk 4 tahun umurnya..


0 comments:

Post a Comment

Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.