February 23, 2014
Berkelah di Tg Balau, Johor
10:59 PM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
Jumaat lepas, kami secara sepontan merancang nak melawat Arif di SAKTI dan nak ber'picnic'. berbekalkan sarapan yang sengaja masak banyak,
iaitu bee hoon goreng.. versi pedas + sayur ..dan x pedas tanpa sayur..
diiringi dengan ayam goreng, nuggets dan lebihan kek birthday aliesya + bahulu.
Kami singgah kat Tesco Extra Tebrau
((untuk pass my 1000pcs sarung kait ( actually plan nak pos.. tak tak berbaloi.. mahal sangat.. lepas discuss, pass aje pada adiknya yang baru aje berpindah ke JB).. ))
oo berbalik pada cerita utama.. kat dalam Tesco.. beli air gas.. air mineral dan jajan serba sedikit...
maka kami pun bertolak la ke sana.. ngam ngam sampai da boleh 'outing' ...dalam pukul 11.15am
so terus kami menghala ke Tg Balau.. (kat pantai desaru kena bayar parking kat tepi pantainya.. )
kat Tg Balau pun best kami bernasib baik dapat port kat Gazebo yang telah disediakan...
tapi angin masa tu menderu2.. seriously menderu2.. kuat dan kencang
tapi pasal kami takde plan nak kemana.. so kami lepak je la..angin je pun.. bukan ribut..
maka dijadikan meja lipat kami sebagai penghadang makanan dari terbang...
siap pesan lepas makan terus kemas..
ada la 'pelayan' kami yang seekor ni
lepas makan bagai baru je 12 tghari,
so sempat la melelapkan mata kejap
dalam pukul 12.45.. en suami bawa anak2 besar g ke masjid untuk solat jumaat
yang tinggal boleh dok lepak lagi
tapi takde maknanya mereka ni melepak...
memekak adalah..
cantik sangat pemandangan...
dan tak ramai sangat pengunjung, maybe pasal 'red flag' da naik.. + angin yang kencang
dengar khabarnya masa raya cina lepas.. ada yang mati lemas disini..
sepulangnya mereka dari masjid, abang sulung sanggup layan adik yang teruja nak main2 air di gigi air...
so mereka pun dapat lah melepas gian
alhamdulilah.. syukur dan rasa bahagia sngat bila dapat berkumpul dan
seronok berkesempatan merasa nikmat anak2 membesar di depan mata...
(yang ni kurang sorang.. si aqil kerna menghadiri Seminar UPSR
tajaan UEM Land.)
dalam pukul 4 kami bertolak pulang tapi sebelum pulang kena dulu singgah di pasaraya.. budak asrama nak tambah ;stok' makanan dan beli pesanan kawan2nya..
lagipun kami kena pulang untuk ambik Aqil dari sekolah pukul 6 petang
February 19, 2014
4 years a princess
10:49 PM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
alhamdullilah.. genap sudah 4 tahun my one and only girl ni..
rezeki dia nak celebrate ngan kekawan baru kat tadika.. kita makan kek + bahulu aje... dan saya tak sediakan jajan untuk bebudak ni.. pasal selalu sangat bila birthday mesti dorang dapat jajan.. pastu nanti melekit sana sini.. esp kalau coklat.. pasal tak masukkan dalam peti sejuk, kekdg sampai melekat2.. pastu dorang nak juga makan.. sampai comot semua satu badan.. belum lagi cerita sampahnya.. pastu dengan hypernya bila sugar masuk dalam badan dorang kan..
tapi untuk tidak menghampakan bebudak.. saya bagi dorang satu sorang DIY kit buat crown..
yang budak 4 tahun, belikan mask aje..
yang ni takde la teacher susah2 nak tolong deco kan
yang 5 tahun, saya belikan yang crown simple je
teacher kena tolong la..
crown yg warna biru and pink tu
yang kelas saya pulak (budak 6 tahun).. crown nya advance sikit
pasal ada batu lip lap nak kena tampal..
sambil masa men'deco' tadi.. cuba lah buat survey dengan bebudak ni.. suka jajan ke atau suka crown, semua kata suka crown pasal jajan selalu dapat..
heheheh pandai bebudak ni ambik hati .. kan??
lagi satu saya suka sangat 'door gift' berupa bukan snack or junk food ni..
pasal dia berupa craft juga.. dapat jadikan aktiviti creativi
cuma tecaher sekolah sendiri risau.. dia takmo la parents ingat school yg belikan..
so susah payahlah teacher menulis kat semua belakang crown,
"birthday door gift from birthday aliesya"
February 18, 2014
Dia dan dunianya...
10:21 PM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
saya suka sangat perangai anak dara saya ni ( bukan nak berlagak.. cuma nak berkongsi..)
.. pasal orang lain.. yakni abang2nya sibuk la dengan gadget elektronik bagai.. tapi dia aman dengan dunianya sendiri..
yang lain saya suka pasal dia gunakan apa mainan yg ada..
ni aje mainan yg ada di rumah atok nya di Pahang, tapi jadi aje cerita ceriti nya...
alhamdulilah...
Labels:
MISCELLANEOUS
|
0
comments
February 15, 2014
Allah Maha Kaya
1:58 AM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
Dulu-dulu.. masa saya masih di sekolah rendah... saya selalu doakan biarlah cepat saya naik sekolah menengah.. pasalnya.. saya selalu dapat respon dari ramai orang ( tak ramai la sangat) tapi bila jumpa orang yang jarang jumpa.. selalu dorang kata "eh.. ingat da sekolah menengah".. maybe pasal saya bertubuh besar dari rakan sebaya. .. or maybe saya nampak mature kot... tak tahu la kan..
Pastu bila da sekolah menegah, da kira selamat da la kan.. takde la orang nak komen apa2...
Kendian bila tengah tunggu result SPM saya pernah kerja sementara di sebuah kedai buku di Brickfield.. yang dulu namanya Antonion ( kalau tak silap).. masa tu ramai la jugak mengatakan saya ada gaya macam seorang cikgu.. which is xdelah sangat nak jadi.. kalau boleh memang takmo la.. tapi kalau diingat balik masa kena bagi 3 pilihan cita-cita kat cikgu kelas sekolah rendah.. rasanya memang adalah pilihan terakhir jadi "guru"...
Berbalik pada tajuk kali ni ... Allah Maha Kaya..
Selepas umur da masuk 4 series ni.. ditambah ngan angka 1 pulak selepas 4 series tu.. kerap pulak dapat respon.. 'laaa..ingat baru nak masuk 30an"... yang lagi best bila anak teruna saya nak g ambik periksa bertulis lesen memandu (adalah 2 kali saya masa saya temankan).. siap adik kat kaunetr sempat lagi interview anak saya bertanyakan umur saya.. yang best part tu... anak saya boleh cakap .."35!!" cehhhh.. perahsan la mokcik kan...
tapi takde la nak menebeng berbangga diri konon awet muda.. heheh sedar diri gak la... cuma kekdg terfikir sendiri.. teringat kisah lama.. yang muda nak jadi dewasa sesangat.. bila da berusia taknak pulak sedar diri.
pasal cita2 pula, semasa bekerja swasta dulu, memang la 'tak hingin" ( ceh bahasa bongkak da keluar da...nauzubillah....) xdelah.. rasa macam jauh je hati tu nak jadi cikgu kan.. pastu sejak berhenti kerja dan dok kat jb ni. mmg kerap la bila bertembung ngan makcik2 ke.. nenek2 ke.. kat pasaraya.. memang selalu lah dapat respon kata saya ni gaya cikgu.. so da tangkap lali la kira.. respon biasa saya ...
"takkk makcik.... saya suri rumah je..."
bila si anak dara da meningkat besar ni, da terfikir2 la nak masukkan tadika.. pastu adalah terdetik dan telah pun hint hint pada en suami ... nak jadi cikgu taska..
tapi en suami jawab..'abis kami kat rumah nak makan apa?'
bukan la maksud rumah takde makanan.. cuma maksudnya sempat ke saya nak masak... uhuhuh so saya diamkan aje.. memang saje je.. bukan nak pun kan jadi cikgu.. lagipun saya da comfortable dgn rutin sedia ada ni ha...
tetapi... cihhhh.. ada suspen sikit
tanpa di duga.. cikgu taska (dulu pernah mengajar anak no4=abid) dan saya pun da mula rapat dengan dia... pada satu hari.. (to be exact on 10/2/2014) adalah menelepon saya... dia offer.. offer... atau boleh juga dikatakan meminta favor.. tolong jadi cikgu sementara di taska nya memandangkan cikgu dia baru saja bagi 24 hours notis .. tak mampu dorang nak handle 36 students... entah kenapa.. terus ceria saya dibuatnya. setelah saya meminta en suami 'ponder' tentang offer/favor tu.. maka dapatlah kebenaran mengajar...hheheheh
tu la.. kira "kata-kata" sememangnya doa.. kan
saya teruja pasal mana nak cari opportunity yg camni kan? terharu juga la cikgu tu beri kepercayaan pada saya...plus anak dara saya boleh juga berjinak2 mula masuk tadika ( plan pada mulanya nak masukkan pada tengah tahun nanti.. khuatir juga dia bosan ke sekolah kan)
so ...
inilah sekolahnya..
telefon dihitamkan sebab bukan nak iklan sekolah kan
dan
inilah anak murid saya..
umur 6 tahun
jumlah 9 orang semuanya
alhamdulilah semua bijak2.. dan mendengar kata
yang ni pula group 4 tahun
aliesya masuk group ni la.. tu dia
yang ni pula group 5 tahun
dan group paling ramai dan paling banyak cekadak
so far alhamdulilah my friend memula nak suruh ngajar budak 5 tahun, tapi last minit dia tukar fikiran
alhamdulilah
saya bukanlah jenis orang yang penyabar..
tapi so far alhamdulilah 2 hari mengajar bebudak ni da mula jatuh cinta dengan mereka
yg ni adalah craft yang kami buat last thursday
assignment dapat kul 8 pagi.. my friend lupa nak bgtahu..
uhuh temanya "my friend"
aduhai mengagau nak cari idea
(pasal biasa surf internet ..dan cik google pulak susah nak access)
tapi alhamdulilah.. dapat gak idea bila bincang secara spontan dengan cikgu lama kat situ..
tara...
seronok bebudak ni..
simple pleasure
moga hari yang mendatang pun akan lebih bermanafaat..
bukan duit yang dicari tetapi ketenangan jiwa...
kan?
February 14, 2014
Gajah lembut / elephant softie / Elephant softoys
11:12 PM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
hehehe kelakar pulak gelar gajah lembut
comel pulak kan??
actually ni first attempt nak buat softie bentuk elephant ni..
biasalah dapat tutorial dari cik google kita..
cuma tak kenan tang belalai.. da mcm iras2 tanduk badak sumbu pulak
so kita buat la version lain
dengan bantuan en hubby kita.. kita improvised tang belalai
kendian cuba jugak la pattern lain yang ada dalam pilihan cik google
actually nak buat hadiah untuk cucu jiran sebalah yang menyambut harijadi setahun malam tadi..
so fikir2.. rasa mcm sesuai je nak bagi ni
kita bagi yang 2nd n 3rd..
yang first .. biasalah buat pujaan hatiku kat rumah ni
da siap bungkus.. masuk dalam paperbag kebetulan jumpa kat Mr DIY RM2.50
kita selitkan sekali sepasang baju persalinan
ok la kan... alhamdulilah..
kalau ada masa nanti kita nak buat yang besar sikit..
dan juga sama.. en suami gak tolong besarkan pattern..
so sebelum kita potong keping by keping .. kita snap pic dulu..
emm comel pulak la cik molek si gajah ni kan..
February 8, 2014
Free Photo book album
4:20 PM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
Sesiapa yang tak pernah mencuba photo book ??
Ingin mencuba ?
takut mahal?
apa kata kita try yang free ni dulu.. bayar postage aje.. rm8
Minat??
Click kat link sini : Free pixajoy photo book
Ingin mencuba ?
takut mahal?
apa kata kita try yang free ni dulu.. bayar postage aje.. rm8
Minat??
Click kat link sini : Free pixajoy photo book
February 6, 2014
kerenah anak2
11:34 PM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
Perbualan diantara ibu dan anak semasa menyidai baju di pagi hari.
Umi: "tu tengok tu ..ada beberapa ekor anjing kat luar tu.."
Aliesya: "dog eh??...ada berapa ekor?"
Umi : "ada 3 ekor"
Aliesya :"mana...? nak tengok..." (sambil tertinjau-tinjau...)
Aliesya: " mana ada.. tu kan 3 dog.. semua ada SATU ekor je..."
Umi : !@#$ (malas aku nak layan budak 4 tahun.. ko tunggu la naik sekolah belajar penjodoh bilangan... )
Umi: "tu tengok tu ..ada beberapa ekor anjing kat luar tu.."
Aliesya: "dog eh??...ada berapa ekor?"
Umi : "ada 3 ekor"
Aliesya :"mana...? nak tengok..." (sambil tertinjau-tinjau...)
Aliesya: " mana ada.. tu kan 3 dog.. semua ada SATU ekor je..."
Umi : !@#$ (malas aku nak layan budak 4 tahun.. ko tunggu la naik sekolah belajar penjodoh bilangan... )
Perbualan anak ngan mak dalam kereta.
Aliesya : Gigi Susu ...
Umi : Betul! Aca ada banyak gigi susu
Aliesya : Tak lah... gigi Aca ..gigi milo
Umi : Huh?!
Aliesya : Gigi abah.. gigi kopi, gigi umi.. gigi nescafe..
Umi : (emmmmm sabarlah anak.. nanti belajar Sains kat sekolah k.. )
Aliesya : Gigi Susu ...
Umi : Betul! Aca ada banyak gigi susu
Aliesya : Tak lah... gigi Aca ..gigi milo
Umi : Huh?!
Aliesya : Gigi abah.. gigi kopi, gigi umi.. gigi nescafe..
Umi : (emmmmm sabarlah anak.. nanti belajar Sains kat sekolah k.. )
Kepada sesiapa yang berminat atau belum hafal lagu "Let it Go" dari kartun Frozen, boleh la rujuk pada pic ni...
Tulisan Abid ( 8 tahun)...
siap ada signature tau!! heheh jgn kena saman da la.. pasal ngaku konon penulis..—
Tulisan Abid ( 8 tahun)...
siap ada signature tau!! heheh jgn kena saman da la.. pasal ngaku konon penulis..—
Labels:
MISCELLANEOUS
|
1 comments
Crochet Hair Scrunchie
11:26 PM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
First trial buat kait keliling getah rambut ni..
memula satu.. pastu dua.. lelama
terlajak... banyak
ni da rimbun sangat da macam span mandi pulak
ni saya try kait sambil kait dengan manik
ni pun ada manik ni
yang ni guna benang yaqng mahal sikit... pasal dia ada banyak kaler
anak dara kata.. ni "pop corn"
haaaa atur macam kebab ...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Why 2nd blog?
Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*
Friends
Labels
- COOKING/FOOD (61)
- CROCHET/KAIT (137)
- MISCELLANEOUS (164)
- SEWING/JAHIT (203)
Labels by Items
- Air Soya (2)
- alas meja (1)
- Apam dot dot (1)
- Apron (4)
- art (2)
- baju anak dara (10)
- baju kurung (11)
- baju melayu (25)
- Basket pincushions (1)
- Batu Seremban (9)
- Bib (2)
- Birthday (10)
- Books (1)
- booties (11)
- bow (3)
- Boxy bag (4)
- cake (6)
- Cargo Pants (5)
- casing/bag (10)
- cendol (1)
- Checklist (4)
- Cinnamon Roll (1)
- Circle Zip Pouch (1)
- clear toy storage bag (2)
- coasters (4)
- Corset (1)
- Cream Cheese Puff Pastry (1)
- Diaper Cake (4)
- Dining Chairs cover (1)
- dishtowel (1)
- Do your Own label (2)
- Egg Tarts (1)
- Embroidery (4)
- Emotion (3)
- Fabric Basket (3)
- fabric book cover (1)
- Fabric Box (5)
- fabric Flower (8)
- Fabric folder (1)
- Fabric Liner (6)
- Fancy Cookies (4)
- felt (1)
- Flair Custom Chair (3)
- flower (14)
- Gifts (19)
- Giveaway entry (10)
- Giveaway gift (10)
- granny square (20)
- Grocery Tote Bag (7)
- hat (3)
- Headband (2)
- Holiday (14)
- Ikan Sungai Salai (1)
- info (2)
- Juki (4)
- kopiah (2)
- Kuih Sago (1)
- leaf (1)
- Legoland (2)
- Long Skirt (10)
- Messanger Bag (8)
- movie (3)
- Muffins (1)
- Multipurpose bag (9)
- Murtabak (1)
- Onesie dress (1)
- Oreo Lollipop (4)
- others (12)
- pai tee (2)
- Paper Flower (2)
- patchworks (5)
- Peasant Blouse (7)
- Pencil Box (32)
- Pillowcase (1)
- Pincushions (6)
- pockets (1)
- Pop cakes (3)
- Pouch Bag (26)
- Pyjamas (1)
- pyramid coin purse (3)
- Ramadhan 2012 (25)
- raya 2011 (10)
- raya 2012 (7)
- Refashion t-shirt (7)
- Ribbons (3)
- ripple pattern (3)
- rossete fabric (1)
- Roti Mamat (1)
- Ruffles (3)
- sewing notion (5)
- Sewing tip (4)
- Shinkawa (1)
- Singer (1)
- sling Bag (5)
- Special Coaster (1)
- Straight Sided Triangular Cosmetic Bag (1)
- Stroller Bag (1)
- Tau Fu Fa (2)
- Teacher's Day (7)
- Tier Skirt (2)
- tissue box cover (2)
- Trifle (1)
- Tutorials (1)
- Wallet (7)
- Water Bottled Sling Bag (4)
- Wish lists (1)
- zipper (3)
- zippered pouch (8)
Powered by Blogger.