February 15, 2014

PostHeaderIcon Allah Maha Kaya

Dulu-dulu.. masa saya masih di sekolah rendah... saya selalu doakan biarlah cepat saya naik sekolah menengah.. pasalnya.. saya selalu dapat respon dari ramai orang ( tak ramai la sangat) tapi bila jumpa orang yang jarang jumpa.. selalu dorang kata "eh.. ingat da sekolah menengah".. maybe pasal saya bertubuh besar dari rakan sebaya. .. or maybe saya nampak mature kot... tak tahu la kan..

Pastu bila da sekolah menegah, da kira selamat da la kan.. takde la orang nak komen apa2...

Kendian bila tengah tunggu result SPM saya pernah kerja sementara di sebuah kedai buku di Brickfield.. yang dulu namanya Antonion ( kalau tak silap).. masa tu ramai la jugak mengatakan saya ada gaya macam seorang cikgu.. which is xdelah sangat nak jadi.. kalau boleh memang takmo la.. tapi kalau diingat balik masa kena bagi 3 pilihan cita-cita kat cikgu kelas sekolah rendah.. rasanya memang adalah pilihan terakhir jadi "guru"...

Berbalik pada tajuk kali ni ... Allah Maha Kaya..

Selepas umur da masuk 4 series ni.. ditambah ngan angka 1 pulak selepas 4 series tu.. kerap pulak dapat respon.. 'laaa..ingat baru nak masuk 30an"... yang lagi best bila anak teruna saya nak g ambik periksa bertulis lesen memandu (adalah 2 kali saya masa saya temankan).. siap adik kat kaunetr sempat lagi interview anak saya bertanyakan umur saya.. yang best part tu... anak saya boleh cakap .."35!!" cehhhh.. perahsan la mokcik kan...
tapi takde la nak menebeng berbangga diri konon awet muda.. heheh sedar diri gak la... cuma kekdg terfikir sendiri.. teringat kisah lama.. yang muda nak jadi dewasa sesangat.. bila da berusia taknak pulak sedar diri.

pasal cita2 pula, semasa bekerja swasta dulu, memang la 'tak hingin" ( ceh bahasa bongkak da keluar da...nauzubillah....) xdelah.. rasa macam jauh je hati tu nak jadi cikgu kan.. pastu sejak berhenti kerja dan dok kat jb ni. mmg kerap la bila bertembung ngan makcik2 ke.. nenek2 ke.. kat pasaraya.. memang selalu lah dapat respon kata saya ni gaya cikgu.. so da tangkap lali la kira.. respon biasa saya ...
"takkk makcik.... saya suri rumah je..."

bila si anak dara da meningkat besar ni, da terfikir2 la nak masukkan tadika.. pastu adalah terdetik dan telah pun hint hint pada en suami ... nak jadi cikgu taska.. 
tapi en suami jawab..'abis kami kat rumah nak makan apa?' 
bukan la maksud rumah takde makanan.. cuma maksudnya sempat ke saya nak masak... uhuhuh so saya diamkan aje.. memang saje je.. bukan nak pun kan jadi cikgu.. lagipun saya da comfortable dgn rutin sedia ada ni ha...

tetapi... cihhhh.. ada suspen sikit

tanpa di duga.. cikgu taska (dulu pernah mengajar anak no4=abid) dan saya pun da mula rapat dengan dia... pada satu hari.. (to be exact on 10/2/2014) adalah menelepon saya... dia offer.. offer... atau boleh juga dikatakan meminta favor.. tolong jadi cikgu sementara di taska nya memandangkan cikgu dia baru saja bagi 24 hours notis .. tak mampu dorang nak handle 36 students... entah kenapa.. terus ceria saya dibuatnya. setelah saya meminta en suami 'ponder' tentang offer/favor tu.. maka dapatlah kebenaran mengajar...hheheheh

tu la.. kira "kata-kata" sememangnya doa.. kan

saya teruja pasal mana nak cari opportunity yg camni kan? terharu juga la cikgu tu beri kepercayaan pada saya...plus anak dara saya boleh juga berjinak2 mula masuk tadika ( plan pada mulanya nak masukkan pada tengah tahun nanti.. khuatir juga dia bosan ke sekolah kan)

so ...
inilah sekolahnya.. 
telefon dihitamkan sebab bukan nak iklan sekolah kan

dan 
inilah anak murid saya..
umur 6 tahun
jumlah 9 orang semuanya
alhamdulilah semua bijak2.. dan mendengar kata

yang ni pula group 4 tahun

aliesya masuk group ni la.. tu dia 

yang ni pula group 5 tahun
dan group paling ramai dan paling banyak cekadak

so far alhamdulilah my friend memula nak suruh ngajar budak 5 tahun, tapi last minit dia tukar fikiran
alhamdulilah
saya bukanlah jenis orang yang penyabar..
tapi so far alhamdulilah 2 hari mengajar bebudak ni da mula jatuh cinta dengan mereka

yg ni adalah craft yang kami buat last thursday
assignment dapat kul 8 pagi.. my friend lupa nak bgtahu..
uhuh temanya  "my friend"
aduhai mengagau nak cari idea
(pasal biasa surf internet ..dan cik google pulak susah nak access)
tapi alhamdulilah.. dapat gak idea bila bincang secara spontan dengan cikgu lama kat situ..
tara...

seronok bebudak ni..
simple pleasure

moga hari yang mendatang pun akan lebih bermanafaat..

bukan duit yang dicari tetapi ketenangan jiwa...
kan?





1 comments:

Mila@Rimbun said...

akhirnya jadi kenyataan yer... lama n ramai tuh yg mendoakan awak jadi cikgu.

rasanya cabaran cikgu tadika ni adalah kena sentiasa happy, ceria and accept them as they are kan... tokleh nak push2..
all the best for your new career

Post a Comment

Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.