February 23, 2014

PostHeaderIcon Berkelah di Tg Balau, Johor

Jumaat lepas, kami secara sepontan merancang nak melawat Arif di SAKTI dan nak ber'picnic'. berbekalkan sarapan yang sengaja masak banyak,
 iaitu bee hoon goreng.. versi pedas + sayur ..dan x pedas tanpa sayur.. 
diiringi dengan ayam goreng, nuggets dan lebihan kek birthday aliesya + bahulu. 
Kami singgah kat Tesco Extra Tebrau

 ((untuk pass my 1000pcs sarung kait ( actually plan nak pos.. tak tak berbaloi.. mahal sangat.. lepas discuss, pass aje pada adiknya yang baru aje berpindah ke JB).. ))

oo berbalik pada cerita utama.. kat dalam Tesco.. beli air gas.. air mineral dan jajan serba sedikit...

maka kami pun bertolak la ke sana.. ngam ngam sampai da boleh 'outing' ...dalam pukul 11.15am 
so terus kami menghala ke Tg Balau.. (kat pantai desaru kena bayar parking kat tepi pantainya.. )
 kat Tg Balau pun best kami bernasib baik dapat port kat Gazebo yang telah disediakan... 

tapi angin masa tu menderu2.. seriously menderu2.. kuat dan kencang
tapi pasal kami takde plan nak kemana.. so kami lepak je la..angin je pun.. bukan ribut..
maka dijadikan meja lipat kami sebagai penghadang makanan dari terbang...
 siap pesan lepas makan terus kemas..

ada la 'pelayan' kami yang seekor ni

lepas makan bagai baru je 12 tghari, 
so sempat la melelapkan mata kejap

dalam pukul 12.45.. en suami bawa anak2 besar g ke masjid untuk solat jumaat

yang tinggal boleh dok lepak lagi

tapi takde maknanya mereka ni melepak...
 memekak adalah..
cantik sangat pemandangan...

dan tak ramai sangat pengunjung, maybe pasal 'red flag' da naik.. + angin yang kencang
dengar khabarnya masa raya cina lepas.. ada yang mati lemas disini..
sepulangnya mereka dari masjid, abang sulung sanggup layan adik yang teruja nak main2 air di gigi air...
so mereka pun dapat lah melepas gian 
alhamdulilah.. syukur dan rasa bahagia sngat bila dapat berkumpul dan 
seronok berkesempatan merasa nikmat anak2 membesar di depan mata...
(yang ni kurang sorang.. si aqil kerna menghadiri Seminar UPSR
tajaan UEM Land.)

dalam pukul 4 kami bertolak pulang tapi sebelum pulang kena dulu singgah di pasaraya.. budak asrama nak tambah ;stok' makanan dan beli pesanan kawan2nya..
lagipun kami kena pulang untuk ambik Aqil dari sekolah pukul 6 petang


0 comments:

Post a Comment

Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.