Showing posts with label Pencil Box. Show all posts
Showing posts with label Pencil Box. Show all posts
October 29, 2013

PostHeaderIcon crochet rainbow purse


alkisah... anak sedara kata kawannya nak order mini purse rainbow...
dan dia nak rainbow
dan warna rainbow
dan nak kecik aje letak coins... nak kaler rainbow...

sape tak kenal rainbow kan... cantik..
tapi bukan saya buta warna... saya malas nak keluar beli benang.. heheh
so kalau "kalerful" pun cantik gak kan
tapi tak.... dia dengan lembutnya berkata.. kalau boleh nak kaler rainbow...
pasal dia pun macam tak decisive bila kata tolong kasi contoh warna "leeen bow" so that mak uda leh ikut je warna tu... dia tak jawab... so saya buatkan "lenbow" karipap ni... terus dia suka...

bukan saja dia suka.. mak udanya pun suka la.. pasal stok benang ada da kat rumah.. so tak yah la g ke kedai beli... iyelah.. kang terkejut pulak harga benang naik pasal harga gula da naik kan..
( aikk ada kena mengena ke gula ngan benang?? emmm kalau nak naik semua boleh dikena mengenakan..)


bila da siap.. kita wassap kasi dia.. dia pulak teruja n jealess.. diapun naik jugak...

so siap la dua


nasib dorang tak nak lining.. so senang dan cepat la jadiknya



psss... aritu awal bulan 9 ,ada yang tanya boleh tak buat sarung kait bekas telur tu 800 pcs.. tapi saya tolak kan.. pasal saya takut tak menang tangan... 
kendian minggu lepas, ada sorang lagi tanya.. dia nak 1000 - 1200pcs.. nak guna bulan 2 tahun depan..memula takut juga nak terima.. boleh patah tangan nak membuatnya.. tapi bila kenangkan.. congak punya congak.. ni nak cuti sekolah.. so saya mmg ada banyak ample time.. pasal kerja jadi "driver' mmg kurang la kan... so lepas minta kebenaran en hubby.. saya setuju.. ( walaupun sikit ketaq) la..
tapi si dia kata dia nak tanya keluarganya dulu... so ok la..
tapi senyap je till now.. emmm takpelah.. consider takde rezeki la tu..
saya tak marah dan sedih pun, rasa gembira adalah.. pasal da 3 org da tanya.. 
(satu saya da buatkan pasal dia nak 50 pcs je.. yang nak 800 pcs saya tolak pasal tak confident..
 yang 1k ni pulak pending approval family)
maksudnya.. ada jugak la yg "menghargai" kerja tangan saya..dan yang pasti ada gak la nak menjenguk blog ni... ingat saya sorang je dok syok sendiri.. hehehe
anyway tq tq tq.. sudi singgah untuk semua k..


October 9, 2013

PostHeaderIcon Opps.. camne leh terlepas ni


heheh bukan burung belaan.. bukan juga apa2 pun
cuma terlepas pandang hasil tangan sendiri 

terlupa nak update dalam blog..

open wide zipper order dari cikgu tadika anak dulu..
dia nak hitam dan besar..dan ada handle

so inilah hasil ber"handle" macam teapot
kali ni saya letak interfacing kasi peneguh sikit

pasal dia suka sangta tengok bag saya yang jadi 
bag crochet yang boleh di buang2 aje..
maksud buang.. bukan tak elok
tapi very d convenience n spacious



pasal ada yang suka.. saya buatkan 3 sizes


da pun dijual kat tadika
yang ni saya cuba buat crochet gabungan dengan kain belacu
nampak sweet jer kan??
( heheh perasan sendiri)
yang ni buat bukan utk dijual atau di order oleh sesape
tapi nak beri pada sales woman kereta saya aritu
orangnya sweet aje
walaupun kita faham dia tu kan menjual mesti la bermanis muka
tapi maybe da rezeki dia kan.. kita terbuka hati nak kasi jer kat dia buat kenangan


ni macam pendua yang atas tu la.. tapi kombinasi warna tak terserlah sikit
namun masih dapat di jual oleh teacher taska tu


emmm jap nak check ada lagi tak yang terlepas pandang ni???
ada... ada
kali ni hobo bag.. teacher tadika tu ada kata...
kalau buat 3 kaler kan cantik
mcm tudung pun sekarang da ada trend 3 tingkat 3 warna

so jadi la bag ni
siap lining dalam lagi

dan siap juga dipakai oleh teacher tu

suka pun ada bila kita tengok hasil tangan kita org pakai.. tu tandakan dihargai..kan??
alhamdulilah..

October 8, 2013

PostHeaderIcon Surat dari sekolah maka bermula projek saya...

macam dapat surat cinta.. seluruh dunia nak bagi tahu kan??
heheeh biasalah.. ni surat yang ke2 dapat dari sekolah tahun ni.. 
pandai guru besar men"dalikasi" kan tugasan.

Surat kali ni nak minta sumbangan untuk acara sukan tahunan sekolah tahun 2013!!
Tarikh hari sukan : 12 Oktober 2013

Bukan nak mengeluh, bukan juga nak mengelak dan bukan juga nak berlagak, 
bagus juga cikgu buat camni, kan?? 
bukan apa... kekdg ada gak ibubapa kata kenapa tak minta pada kami, kami boleh bantu. 
So secara halus dan berhemah dorang kasi surat 
( walaupun hanya yang terpilih..heheh) 
so ikut la.. kalau nak beri sumbangan boleh.. tak nak pun boleh.. no paksaaan...

Saya pulak... 
bila part surat dari sekolah ni... saya baca..
then saya suruh anak2 kasi pada abahnya.. 
biar saya tahu.. tapi abah nya yang buat keputusan..
So... setelah abahnya membaca...
(saya hanya diam aje satu sudut sambil meng'crochet') 
takmo mempengaruhi any keputusan dia kan.. 
ala duit dia suka hati dia la kan.. tetiba tup tup suami kata..

 " Hon, buatkan pencil case bebanyak.. kasi kat sekolah.. boleh cikgu kasi bebudak masa sukan."

oh M GEEE...
(ngada nyeee saje la tu nak ikut trend sekarang sebut OMG tu .. heheh)

apa saya jawab???

"ok"
"style apa nak??"
"berapa budget satu pencil case??"

masa ni saya suka.. pasalnya saya rasa macam dihargai terutama oleh suami sendiri
walaupun dia jarang nak comment hasil kerja saya, rupanya dia in a way approved jugak la kan
bukan tak pernah la.. dulu pun ada gak dia minta saya buatkan pencil case buat offis mate dia..
time tu tahun 2011

setelah berbincang.. akhirnya terhasillah pencil case ni
pencil case pyramid
ada gak yang panggil triangle

nak kasi lain dari biasa la kan
dan yang best partnya.. bila saya keluarkan sample pencil case ni tunjuk kat suami
terus saya teringat comment dia satu ketika dulu..

pastu dapat pulak idea buat pemegang dia ala-ala getah rambut
scrunchie kata omputih

bebudak gegirl mesti suka kan
sambil bergaya dengan membawa pencil case
pakai tudung pun boleh bergaya dengan scrunchie.. kan

yang ni one of my perebet.. "ko ko dot " tu...

untuk boy saya maintainkan pemegang biasa
abis la macho kalau pakai getah rambut

kasi tagging sikit

letak nama anak2.. pasal nama kami mana laku kat sekolah
yang bebudak kenal.. budak dua orang tu la

memula da siap la 2 dozen.. tetiba rasa mcm syok pulak
nak tambah la 
lagipun ada masa lagi

tu dia...

semua saya suka.. pasal colorful
so bila kita suka... harap la yang menerima nya pun suka kan

harap semua dapat menafaatkan sumbangan kami ini

menurut suami saya..
dia bukan tak nak kasi sumbangan berbentuk duit..
tapi dia tak mahu jadikan duit sebagai segalanya
contoh kalau kita kasi duit.. so that's it.. selesai semua.. surat minta sumbangan kita kasi duit..

tapi dengan sumbangan barangan
terutama barang handmade ni
kita kasi dengan penuh "caring" pastu masa yang di peruntukkan
dengan "thought" yang kita letak semasa penyediannya 
amat bernilai..

itulah yang kami harapkan.. bukan ucapan terima kasih
tapi ingatan dari semua pihak

alhamdulilah..projek kecil saya selesai...


opps.. belum lagi.. 
semalam semasa tengah jahit last batch..
 cikgu tadika (abid) datang singgah ke rumah... 
dia datang membawa hajat dan duit bag crochet yang dia tempah hari tu..
dan hajatnya.. ??
alhamdulilah.. another small project coming up
suka..
tapi terasa jugak la "tercungap-cungap" 
 alhamdulilah moga di permudahkan..
no tension tension OK..


September 12, 2013

PostHeaderIcon kemaruk mengait..























Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.