Showing posts with label raya 2012. Show all posts
Showing posts with label raya 2012. Show all posts
October 28, 2012

PostHeaderIcon AIDILADHA 2012

Memang bebtul pengorbanan kali nie punya raya.. pasal aku korbankan nafsu makanku pasal selera tak lalu.. lagipun terasa perut ku da menebal..
pastu sepanjang perjalanan lompat2.. apa tak lompatnya dari johor ke kl.. solat raya.. makan2.. ke pahang... then pulang ke kl... makan2 dan pulang ke jb

  walaupun bukan semua lompatan dalam sehari..namun tetap penat
tapi terubat rindu masakan umiku.. dan berjumpa sanak sedara...
ni anak dara tengah belajar "UKULELE"
 walaupun matanya da lentuk dan kuyu kuyu ikan puyu.. dia takmo tido..
 ada pulak yang melayan..

 asyik betul..
malam tu tido lewat.. tapi dalam kereta semua berdengkur... pilot dgn co pilot jer tak tido..
co pilot sibuk godek2 gadget dalam kereta idaman... akhirnya tercapai juga sampai ke kampung... alhamdulilah..
September 3, 2012

PostHeaderIcon 16 syawal 1433H = GROUP MARHABAN DATANG...

Macam tahun2 lepas gak.. group marhaban akan tertubuh tiap kali raya.. as usual.. dorang g rumah ke rumah baca selawat.. dan makan ringan2.. kalau nak bungkus2, pun boleh.. pastu makan busat kat rumah terakhir..

itulah info yang saya cungkil dari hubby n anak2.. pasal saya memang tak pernah dapat nak join pun..
bila takde si kecik, suami kata nak join g la.. kita lak segan tak kenal ramai orang.. lagipun suami tak pergi tak kan kita nak terhegeh2, kan??

bila ngandung da tak larat

bila ada anak kecik da tak kuat nak ngendong

bila da anak besar sikit.. si kecik ni pulak tidur awal ( hari biasa tak pulak dia nak tidur awal2)..

so saya takat siapkan bahagian kami dan hantar ke rumah sebelah.. oo kami pun memang selalunya join ngan rumah makcik sebelah pasal hubby tak selesa nak ajak orang datang rumah.. memandangkan anak2 nak sekolah esok harinya.. dan persiapan mengemas rumah lebih dari jangka masa dorang datang menjenguk.. so kami bergabung jer.. saya ikut jer.. (makcik sebelah ada ramai  anak2 da besar dan bekerja)..

kalau tahun lepas saya buatkan fancy cookies.. kali ni apa lagi???
red velvet cupcakes la... 
kan tengah kemaruk nie...

jemu pulak buat red velvet jer kan? so saya tambah kek coklat moist..
yang lubang2 tu pasal saya kena kerat bahagian yang mengelembung.. nak letak dalam bekas tu tak muat nanti.. heheh lagipun nak letak topping lagi..

actually salah percaturan.. ingatkan paper cupcakes ni kecik.. so boleh la buat topping.. tapi walaupun kecik tapi dia masih meninggi.. cupcakes satu lagi tu dia sama tinggi tapi lebar..
da la bila masuk dalam bekas plastik tu macam orang kedekut
kecik jer cupackes nye..
pastu toppping pun da takde shape.. pasal da kena kemik dengan penutupnya..
semuanynya saya buat dalam 50 bekas
saya ada gak siapkan sepinggan untuk di"ngap" oleh tetamu..
according to Abid (6 tahun) " kuih umi cepat habis"
emmm agaknya ramai.. kuihnya sikit..

anyway.. takpe la dorang leh ambik dalam bekas tu untuk di bawa pulang..

makcik sebelah masukkan dalam goody bag..
letak sekali dengan air kotak + karipap + sweets..
+ siap angpau lagi..
bestkan? jadi budak2..
raya = KAYA!!!!

hubby kata start dari lepas isyak.. sampai kul 12.. 
dapat cover 8-9 rumah
rumah terakhir makan nasi lemak
banyak makanan lebih, pasal ramai da balik awal..
anak2 nak sekolah, kan 
( anak2 kami memang kul 10 .. abahnya da halau balik)

so pagi tadi breakfast nasi lemak yang telah di tapau balik oleh en suami..






September 1, 2012

PostHeaderIcon SELAMAT HARI RAYA 1433H

Saya memang berhobi ambil gambar pagi raya.. tapi tahun ni punya pic pagi raya.. tak memberangsangkan..
so memandangkan malam tadi nak beraya ke rumah jiran belakang.. so push semua orang pakai baju raya siap dengan sampin dan songkok...


tapi sayang.. lighting tak cantik..
posing da ok..
errr xpe la..tepek jer kat sini buat kenangan..



August 31, 2012

PostHeaderIcon BUBBLE DAY...







August 30, 2012

PostHeaderIcon MERDEKA "HAMPER" RAYA

ala dari semalam si Aqil (10 tahun) kata kawannya masuk hospital.. jatuh longkang masa beraya.. bila cek tengok2.. ada pendarahan dalaman.. mengenangkan kami ni yang terdekat dengan hispital.. so kekawan dia ada la suruh  dia jadi wakil g melawat...

memula malas la pulak.. ujan2 nie.. tapi kenangkan.. kalaula anak kita yang masuk hospital.. kekawan tak datang lawat.. sedih jugak la kan.. so ok la.. tapi tak kan nak G tangan kosong jer.. kesian pulak.. so kami g Tesco.. beli barang sikit balik rumah sat... bungkus2..

taraaaaaaaaa....



ni la barang "kera-atif" saya..  ( mana taknya jadi kera.. masa bungkus kena tutup pintu.. menyorok2.. kalau tak si kecik tu semua dia nak...)


ada 6 items :
1. mamee perisa bbq ( rm3.29)
2. 100 plus ( rm3.19)
3. Cereal ( rm7.49)
4. Biskut lexus ( rm3.89)
5. Mini game stackable ( rm7.90)
6. Mini game lagi ( rm6.90)
Total RM35.95

harap la budak tu suka.. bukan apa.. sekurang2nya orang yang meneman dia dapat meng"kudap" sambil meneman orang sakit dan.. orang sakit leh main game..

tapi sayang.. seribu kali sayang.. sampai hospital.. lepas nurse tu godek2 data komputer.. orang sakit da balik rumah la...

aduh.. minta simpati dorang dapatkan no hanphone.. kami sms minta alamat.. at least nak kasi hamper tu jer.. so end up kami g hantar hamper kat rumah sambil beraya di hari Merdeka..

so jadilah hamper tu bertema Merdeka Hamper Raya..

p/s: iye lah kan.. tahun ni satu hamper pun tak dapat sempena raya.. selalunya 5 or 6 hampers.. tapi iyelah.. dpat pun bukan leh makan.. semua candy made in china.. so en suami suruh buang semua.. pastu hamper tu dia letak mangkuk or cawan kaca.. yang tak tahu nak buat apa...yang bestnya part time bukak tu jer.. satu dua leh la aim.. kalau dapat yang famous amos nye hamper paling best.. semua kasi sapu habis.. heheh
August 26, 2012

PostHeaderIcon 8 syawal 1433h

Dari 7 syawal lagi anak teruna no1 kata kawan2 nak datang raya.. tapi pasal abahnya kerja di tangguhkan ke hari esoknya.. almaklum la.. abahnya in-charge masak main dish.. so no cook no guest la..
lagipun rumah ni takde kuih raya..

saya try untuk kali pertama buat red velvet cupcakes
( ala beli tepung yang da siap.. cuma ikut syarat2 jer)
memang senang.. beli tepung premix tu  RM8.. so bahan lain telur dan cuka sikit..
pastu topping dari cream cheese + gula ising + butter..
dapat dalam 22 cups..
ni main dish.. fettucini ikan dory
memang faberet anak2..
di hidangkan dengan air zapple
dan potongan buah tembakai..

senang jer.. simple.. tak yah masak banyak2.. bukan larat pun nak makan.. lagipun tak ramai yang nak datang..

kami memang tak pernah buat open house. 
bukan tak mahu buat.. cuma takut tak terlarat.. 
nak masak lagi nak mengemas lagi nak melayan kerenah anak2 lagi..
so kami terima tetamu bila tetamu nak datang..
tapi kena bagi tahu awal2 la nak datang..
takut2 kami tiada di rumah.. atau makanannya takde..
heheh


bayangkan la.. raya ke2 kami beraya ke rumah mak sedara belah suami ( Mak Chu)di Pahang.. then terus pulang ke rumah mak saya di KL..

Raya ke3 pula abang saya mengajak ke rumah mak sedara belah saya pula (Chu) di Muar, then terus pulang ke Johor..

Dan rombongan abang yang dari shah alam tadi turut serta datang ke rumah.. bayangkan kan lah dengan beg baju sendiri yang belum bercuci dan rumah yang di tinggalkan 5 hari.. nasiblah masa tinggalkan rumah aritu rumah sempat di kemas dan di mop.. walaupun berdebu .. tapi taklah sehebat debunya jika di tinggalkan begitu saja..

beg penuh baju kotor kena di ketepikan.. kuih raya yang dibekalkan oleh mak pun tak sempat di letak dalam balang cantik2.. letak dan kumpulkan dalam satu sudut.. hehe nasiblah keluarga belah saya yang datang.. so tak lah rasa bersalah sangat..

dan kesnya.. freezer saya kan di kosongkan sebelum balik kampung.. so back up ayam dan ikan memang takde.. jadinya kena makan malam di luar.. tapi... banyak warung di tutup.. ended up kami makan di Johnny's ...

esoknya raya ke4 kami beraya di Johor Premium Outlet (JPO) , memandangkan kakak ipar berhajat sangat nak ke sana.. so saya escort kan saje... Lunch kami ke gelang patah.. ingatkan nak makan nasi campur.. tapi semuanya masih tutup.. akhirnya makan di KFC... sebelum pulang kami menjenguk ke Legoland.. tapi belum dibuka lagi.. singgah sebentar ke Mydin untuk beli barang dapur ala kadar..petangnya  menguli Karipap telur dan my boys dan geng orang lelaki sempat bersukan di luar.. riuh la sekejap kat luar tu.. jiran2 bangsa cina ramai juga la menjenguk keluar.. almaklum la selama ni tak lah seriuh begitu... dan akhirnya makan malam terpaksa berserah masak dengan apa yang ada.. iaitu nasi putih, ikan goreng , telur dadar dan sardin asam pedas.. walaupun simple tapi berselera semuanya... dan memandangkan abang saya takut terperangkap dalam traffic jam hala ke KL.. so  lepas solat jemaah Maghrib berkemas untuk pulang...

raya ke5 baru lah sempat mendobi 2 beg besar laundry yang terperap... alhamdulialh sempat kering... mood masak takde pasal bahan masak pun da kering.. so kami order Pizza sahaja..

raya ke 6 tak kemana.. en suami sempat bersihkan pokok2 yang merimbun depan rumah.. saya masakan rendang ayam, kuah lodeh dan nasi impit.. memandangkan hari jumaat, so activity terbatas till kul 12pm.

raya ke7 en suami da kerja.. so kami duk rumah malas nak keluar.. lagipun kereta digunakan oleh en suami.. fikir punya fikir.. buntu nak masak apa.. tanya anak2.. nak makan burger kata mereka.. so order McD..

petang en suami pergi membeli stok dapur.. makanya lepas ni tiada lagi "kesepian" dapur.. semua fast food kami da  makan selama beraya.. bukan main ya... ishhh.. duit raya anak2 pun belum di-bank-in lagi...
August 24, 2012

PostHeaderIcon 1 SYAWAL 1433H

kalau dulu.. bila 15 hari puasa.. dengar lagu raya.. pasti ada rasa sayu + gembira.. hati akan melonjak2 nak buat kuih raya.. da siap packing baju siap2 takut ada yang tertinggal..

tapi tahun ni da cuba segala macam nak naikkan mood.. takat dengar telinga kiri.. telinga kanan tak semestinya dengar pun... nak buat kuih raya apatah lagi.. packing kali ni pun last minit.. takat sumbat2 jer.. lagipun kereta besar kan.. so space unlimited...

nape ya?? even da 7 hari raya hari ni pun rasa masih tiada mood raya... maybe petanda da tua kot...
ishh lum lagi 40..( heheh 40 tu da tua ke??? )

ada mood ke takde mood ke.. raya tetap raya..
raya kali ni terasa teruja sedikit bila saat kami sampai je ke kampung.. selang setengah jam sampai keluarga dari Jitra.. then gap 10 min sampai pula family Shah Alam..
so unpredictable and un'sangka"able la dapat berkumpul 4 beradik belah my hubby 
usually ada yang tak balik on time..
 masak2, keluarga  abang long da siapkan.. 
so malam raya kami tak yah sibuk2 nak memasak..
so dapat la berjemaah bersama2 dan membaca surah yassin untuk di sedekahkan pada arwah mak mertua
alhamdulilah..
ni la juadah berbuka last day puasa dan first day raya yang mendapat sambutan hangat..
tak dapat jamu tetamu pun.. 



baju raya yang 100% buatan sendiri.. bangga sendiri..
perasan tak si Abid tu .. mata menjeling ke arah PSP la tu..

sopan jer bersimpuh pagi raya ...

ni bergambar beramai2 bersama sepupu2 mereka...

then bergambar family per family.. cuma terkilan sikit tak dapat bergambar beramai2 dan bersama pak mertua kerana pak mertua sibuk nak keluar cepat pasal ada kematian seseorang dalam kampung tu..
takpe la.. insyallah next time..

walaupun kali ni xde bawak kuih raya.. namun hati puas dapat hadiahkan kakak ipar dan adik ipar sorang satu apron buatan sendiri dan crochet pencil box pada anak sedara dua orang pompuan tu..

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
1433H
(Aug 2012)

Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.