August 26, 2012

PostHeaderIcon 8 syawal 1433h

Dari 7 syawal lagi anak teruna no1 kata kawan2 nak datang raya.. tapi pasal abahnya kerja di tangguhkan ke hari esoknya.. almaklum la.. abahnya in-charge masak main dish.. so no cook no guest la..
lagipun rumah ni takde kuih raya..

saya try untuk kali pertama buat red velvet cupcakes
( ala beli tepung yang da siap.. cuma ikut syarat2 jer)
memang senang.. beli tepung premix tu  RM8.. so bahan lain telur dan cuka sikit..
pastu topping dari cream cheese + gula ising + butter..
dapat dalam 22 cups..
ni main dish.. fettucini ikan dory
memang faberet anak2..
di hidangkan dengan air zapple
dan potongan buah tembakai..

senang jer.. simple.. tak yah masak banyak2.. bukan larat pun nak makan.. lagipun tak ramai yang nak datang..

kami memang tak pernah buat open house. 
bukan tak mahu buat.. cuma takut tak terlarat.. 
nak masak lagi nak mengemas lagi nak melayan kerenah anak2 lagi..
so kami terima tetamu bila tetamu nak datang..
tapi kena bagi tahu awal2 la nak datang..
takut2 kami tiada di rumah.. atau makanannya takde..
heheh


bayangkan la.. raya ke2 kami beraya ke rumah mak sedara belah suami ( Mak Chu)di Pahang.. then terus pulang ke rumah mak saya di KL..

Raya ke3 pula abang saya mengajak ke rumah mak sedara belah saya pula (Chu) di Muar, then terus pulang ke Johor..

Dan rombongan abang yang dari shah alam tadi turut serta datang ke rumah.. bayangkan kan lah dengan beg baju sendiri yang belum bercuci dan rumah yang di tinggalkan 5 hari.. nasiblah masa tinggalkan rumah aritu rumah sempat di kemas dan di mop.. walaupun berdebu .. tapi taklah sehebat debunya jika di tinggalkan begitu saja..

beg penuh baju kotor kena di ketepikan.. kuih raya yang dibekalkan oleh mak pun tak sempat di letak dalam balang cantik2.. letak dan kumpulkan dalam satu sudut.. hehe nasiblah keluarga belah saya yang datang.. so tak lah rasa bersalah sangat..

dan kesnya.. freezer saya kan di kosongkan sebelum balik kampung.. so back up ayam dan ikan memang takde.. jadinya kena makan malam di luar.. tapi... banyak warung di tutup.. ended up kami makan di Johnny's ...

esoknya raya ke4 kami beraya di Johor Premium Outlet (JPO) , memandangkan kakak ipar berhajat sangat nak ke sana.. so saya escort kan saje... Lunch kami ke gelang patah.. ingatkan nak makan nasi campur.. tapi semuanya masih tutup.. akhirnya makan di KFC... sebelum pulang kami menjenguk ke Legoland.. tapi belum dibuka lagi.. singgah sebentar ke Mydin untuk beli barang dapur ala kadar..petangnya  menguli Karipap telur dan my boys dan geng orang lelaki sempat bersukan di luar.. riuh la sekejap kat luar tu.. jiran2 bangsa cina ramai juga la menjenguk keluar.. almaklum la selama ni tak lah seriuh begitu... dan akhirnya makan malam terpaksa berserah masak dengan apa yang ada.. iaitu nasi putih, ikan goreng , telur dadar dan sardin asam pedas.. walaupun simple tapi berselera semuanya... dan memandangkan abang saya takut terperangkap dalam traffic jam hala ke KL.. so  lepas solat jemaah Maghrib berkemas untuk pulang...

raya ke5 baru lah sempat mendobi 2 beg besar laundry yang terperap... alhamdulialh sempat kering... mood masak takde pasal bahan masak pun da kering.. so kami order Pizza sahaja..

raya ke 6 tak kemana.. en suami sempat bersihkan pokok2 yang merimbun depan rumah.. saya masakan rendang ayam, kuah lodeh dan nasi impit.. memandangkan hari jumaat, so activity terbatas till kul 12pm.

raya ke7 en suami da kerja.. so kami duk rumah malas nak keluar.. lagipun kereta digunakan oleh en suami.. fikir punya fikir.. buntu nak masak apa.. tanya anak2.. nak makan burger kata mereka.. so order McD..

petang en suami pergi membeli stok dapur.. makanya lepas ni tiada lagi "kesepian" dapur.. semua fast food kami da  makan selama beraya.. bukan main ya... ishhh.. duit raya anak2 pun belum di-bank-in lagi...

0 comments:

Post a Comment

Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Blog Archive

Powered by Blogger.