Showing posts with label zippered pouch. Show all posts
Showing posts with label zippered pouch. Show all posts
October 29, 2013

PostHeaderIcon crochet rainbow purse


alkisah... anak sedara kata kawannya nak order mini purse rainbow...
dan dia nak rainbow
dan warna rainbow
dan nak kecik aje letak coins... nak kaler rainbow...

sape tak kenal rainbow kan... cantik..
tapi bukan saya buta warna... saya malas nak keluar beli benang.. heheh
so kalau "kalerful" pun cantik gak kan
tapi tak.... dia dengan lembutnya berkata.. kalau boleh nak kaler rainbow...
pasal dia pun macam tak decisive bila kata tolong kasi contoh warna "leeen bow" so that mak uda leh ikut je warna tu... dia tak jawab... so saya buatkan "lenbow" karipap ni... terus dia suka...

bukan saja dia suka.. mak udanya pun suka la.. pasal stok benang ada da kat rumah.. so tak yah la g ke kedai beli... iyelah.. kang terkejut pulak harga benang naik pasal harga gula da naik kan..
( aikk ada kena mengena ke gula ngan benang?? emmm kalau nak naik semua boleh dikena mengenakan..)


bila da siap.. kita wassap kasi dia.. dia pulak teruja n jealess.. diapun naik jugak...

so siap la dua


nasib dorang tak nak lining.. so senang dan cepat la jadiknya



psss... aritu awal bulan 9 ,ada yang tanya boleh tak buat sarung kait bekas telur tu 800 pcs.. tapi saya tolak kan.. pasal saya takut tak menang tangan... 
kendian minggu lepas, ada sorang lagi tanya.. dia nak 1000 - 1200pcs.. nak guna bulan 2 tahun depan..memula takut juga nak terima.. boleh patah tangan nak membuatnya.. tapi bila kenangkan.. congak punya congak.. ni nak cuti sekolah.. so saya mmg ada banyak ample time.. pasal kerja jadi "driver' mmg kurang la kan... so lepas minta kebenaran en hubby.. saya setuju.. ( walaupun sikit ketaq) la..
tapi si dia kata dia nak tanya keluarganya dulu... so ok la..
tapi senyap je till now.. emmm takpelah.. consider takde rezeki la tu..
saya tak marah dan sedih pun, rasa gembira adalah.. pasal da 3 org da tanya.. 
(satu saya da buatkan pasal dia nak 50 pcs je.. yang nak 800 pcs saya tolak pasal tak confident..
 yang 1k ni pulak pending approval family)
maksudnya.. ada jugak la yg "menghargai" kerja tangan saya..dan yang pasti ada gak la nak menjenguk blog ni... ingat saya sorang je dok syok sendiri.. hehehe
anyway tq tq tq.. sudi singgah untuk semua k..


September 2, 2013

PostHeaderIcon Buat apa.. buat apa sekarang??


Raya macam tak raya je tahun ni.. no mood... tu tandanya da tua ke??
tapi seronok pasaltahun ni bersemangat berpuasa enam ( dengan niat nak membayar hutang puasa ramadhan sekali) yang bestnya en suami pun meneman...

So sambil tu buat apa??

emmmm saya mengait.... kait Mini Bucket Tote ni..

kecik jer


siap lining

kendian tak seri tanpa bunga


pastu tetiba rasa macam nak buat mesanger bag pulak..
kalau tak silap yg ke 7th ni

kali ni try style recessed zipper

ada side pocket

konon senang nak letak kad library ke... or kad apa2 la

yang pasti bukan kad kredit la... naya aje nanti

muat semua set buku2 tu

actually ni trial aje.. niat hati nak buat yang proper sikit untuk anak2 buah bawak g kuliah


pastu rasa macam nak buat matching pencil box la pulak

as usual.. open wide zipper pouch ..( yang sangat popular tu)
nak tahu cara buat ceer google... melambak .. ramai da cuba

pastu melompat pulak rasa macam nak mengait balik

hp pouch.. sling punya..



konon2.. kalau malas nak bawak bag besar.. nak sling yang ni aje.. 
tapi tah la bila kan nak gunanya..

haaaa banyak kan??

melompat kejap sewing kejap crochet..
cam tu la mood swing saya sekarang ni
maaaaalaaaas memanjang..

nak bernlog ke asyik ke"laut" aje...



April 8, 2013

PostHeaderIcon Gathered Clutch

ni lagi satu.. 

tutorial dari Noodlehead yang tak dapat nak diketepikan untuk dicubakan..





sukanya.. kan??

PostHeaderIcon DIY Bow Clutch

sy memang peminat BOW..

tapi macam da habis " tempoh" usia la kot nak bergaya ngan bow bagai

tapi terjumpa dan tersuka dan tercuba pada tutorial kat sini





nampak gayanya .. boleh la di hadiahkan pada sedara mara masa cuti raya nanti..

February 4, 2013

PostHeaderIcon LUAS TERBUKA BEG BERZIP

open wide zippered bag..

buat untuk cikgu sekolah Aqil n Abid yang akan berpindah sekolah.. salah satu cikgu yang baik dengan saya..selalunya kalau nak short-cut.. maksudnya malas nak g ngadap n beratur kat sekolah tu.. umpama nak bayar yuran kendian.. atau nak check nak bayar ngan sape.. atau nak ambik result periksa kat sape.. saya selalu sms je cikgu nie... dan selalunya memamg membantu..

tapi biasalah.. kena bertukar bila seseorang cikgu tu da lama sangat kat sesebuah sekolah... tak jauh sangat sekolah baru tu... tapi still kalau da bertukar sekolah dan tiada apa2 kaitan.. so susah la nak berhubung...

so untuk buat kenangan untuk dia... saya buatkan beg ni.. sebagai cikgu mesti suka kan bag bebesar ni.. terutama kalau da sumbat semua segala macam pen dan "barang rampasan".... bila nak cari.. waaaaa boleh buka seluas mungkin...harap dia suka la... ( ooo yng biru tu size besar.. rasa besar sangat kot untuk dia.. so buat simpan untuk barang2 saya... saya bagi kat dia yang oren base tu...)

lagipun tiap kali jumpa cikgu ni selalu terserempak dia gunkan pencil box boxy yang saya bagi semasa teacher's day dulu...
April 18, 2012

PostHeaderIcon BURUK MATA..

da masuk seminggu melawan virus nie... tah apa la namanya...
ari isnin lepas sakit badan,sakit sendi n pening kepala...
ari selasa,sama je..tapi hingus hingusan... tapi syok pasaal hembus je ada hasil ( haha sorry kalu geli...)
pastu ari rabu cuti public kan...so bertahan...siap g makan Johnny's and beli kek ice cream for my 2nd boy's bday .. masa ni la mula belai Juki
ari khamis.. da mula xde  selera...massak cinncai aje...

ni sebahagian hasil belaian dengan Mr Juki..


ari jumaat..sama... no pencuci mulut (selalu friday ada masak pencuci mulut after solat jumaat...)  
ari sabtu.. batuk..masak makaroni bakar ...makan sampai malam.. ooo sempat lagi masak kek oren.. dan jahit alas meja ( before ni mmg tak berani nak pakaikan baju meja.. takut baby tarik2)... so ni kira "seperah" la... alas makan.. ala2 besau... hehehe mu husband's comment " like someone's blanket" hahahah betul jugak ek??!!

ahad..masak nasi lemak pagi,lunch kat kenduri aqiqah n dinner taapau...

akhirnya ari isnin. . temankan husband g bawak anak no2 g buat ic... pastu buat rombongan ke klinik.. 3 orang sekali jumpa doktor..( my 3rd son lelah teruk sampai kena ambik "nab")...pastu beli tapau lauk yang bernilai RM40.. (amboi mahal jugak ya lauk sekarang nie).. lauk apa ya?? emm asam pedas kepala ikan + ayam goreng + pecal kot .. tauhu,taugeh,timun..ada kacang tumbuk..makan dengan kuah kicap pekat..) ni selera my hubby.. org sihat..
bila perut kenyang... mata kuyu... ujan lak tu... bebudak g bantai main dalam bilik siap tutup pintu.. baby tido.. kita pun tido jugak...

ari selasa... bermula la BURUK MATA... maksudnya asyik nak tido jer... tapi setelah siap masak lunch, lipat kain... so boom...tak kisah kiri kanan... atas sofa pun jadik... maybe penangan antibiotik + ubat batuk + ubat selsema kot...

ari rabu... tak boleh jadi ni.. asyik tido jer.. last time camni masa pregnant 2 tahun lepas.. tapi kali ni x mungkin da pregnant.. apasal tak mungkin?? pasal masa operate ceasarian aritu da sign kasi potong itu tiub.. so kalau kali ni pregnant jugak. memang kuasa Allah..
lepaskan kemaruk tido dalam sejam.. gagah kan diri.. bangun... tak leh jadik .. tak productif langsung... nak mengait.. takde mood... so kita buat beg...

Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.