Showing posts with label SEWING/JAHIT. Show all posts
Showing posts with label SEWING/JAHIT. Show all posts
September 16, 2014

PostHeaderIcon bila tiba masa nya...


terasa sangat teruja sesangat...
 so saya berdesuuuuus ke Jakel...pada hari Sabtu 13 Sept ....lepas  telek2..
saya ambik lycra paling murah... rasa dalam RM6 semeter lepas diskaun 15%
atas nasihat kakak kat situ.. dia suggestkan ambik 4.5 meter pasal saya nak try buat jubah sedondon dengan si anak dara tu..
so saya pilih warna gelap... warna turqoise n warna hijau army

.. abislah segala nota lama saya geledah.
 malam tu jugak saya potong jubah princess cut pertama saya 
saya tak confident nak buat pola tang tangan tu.. 
nasib la masih simpan pola masa belajar dulu..
alhamdulilah juga badan saya tak manyak 'memberi'
so, mmg leh guna pakai lagi la pola tu..
maybe tang pinggang da out of bearing la kot.. hahaha

so saya tekad meng'alter' pola asal dalam simpanan tu..

pola lama yang saya ada ni ialah pola blouse dan satu lagi pola kebaya

haaaaa... saya hati manyak suka.. pasal pola tu da siap ada dart..

so saya terus aje extend line2 diamond tu terus ke bawah...
so saya ambik jubah yg saya beli paling saya suka kembang2 setamannya

dalam hati.. tetapkan 'iman' dan pujuk hati kata 
" kalau tak cuba memang tak tahu apa jadi... kalau tak jadi takpe lycra murah je ni... kalau jadi.. alhamdulilah..."

malam tu jubah cantum semua bahagian...
leher pun saya pakai redah je.. pasal nak cepat.. nak tengok sesangat sangat hasilnya..

pagi lepas breakfast.. saya siapkan kemasan tangan dan kaki jubah...

tara....

my first jubah princess cut saya!!

suka tang cutting tu.. rasanya tak lah sexy sangat kot..
pastu tang tangan yang paling saya suka.. saya boleh buat sesuka banyak mana gelembung yang saya suka
saya suka lengan tangan yang guna elastic getah biasa aje.. boleh singsing ke lengan
senang nak ambik wuduk.. nak buat keje rumah

tapi as usual.. failed tang kemasan leher...

uhuhuh

pastu si kecik ni da merengek.. dia nak jugak,,,

so no problemo... sap sap soi
kejap aje siap
pasal lycra ni tak kisah nak jahit tepi kan..

sama gak la tang leher kemasan da ok sikit la..
tapi terbesar la sikit

tak confident nak jahit zip kat belakang nun..

so.. tara.. nasib ada penyelamat
 dari meretas balik jahitan kemasan leher tu.. 
saya jahit renda bunga ros yang beli ingat nak jahit kat tudung

suka sangat dengan hasil pertama... 
saya buat yang kedua...
tapi lengan tu saya nak gelembung lagi la...

tang leher da ada improvement


kendian.. rasa mcm terasa mood jubah memuncak kencang.. hahahaha
saya susun jadual untuk keluar ke SSPN office yang dekat dengan Jakel Johor..
so saya leh settlekan dua benda dalam sekali dassss

so kali ni saya da confident beli lycra yang mahal sikit... dan bercorak

kali ni saya beli 3 meter jer.. pasal si kecik ni da tak nak da.. agaknya dia penat asyik nak menerai aje kan.. hahahah
so takpe.. kali ni saya beli dua helai lycra bercorak lepas diskaun 15%
yang hitam bunga kecik2 RM21 semeter
dan printed lagi satu tu RM23 semeter

jubah yang terakhir ni saya jahit masa hari cuti malaysia semalam
dari kul 9 siap kul 11 pagi..

lunch masak simple jer.. mee soup.. hahaha
tara... ambik ko..
siap 4 jubah saya 
dan 2 jubah si anak dara,,
yang hijau masih ada baki lagi dalam 1.5 meter lagi.. pasalnya warna tak menarik perhatian si kecik tu.. siap offer kasi kat abah dia lagi.. hahah
tapi dia kenan pada printed turqoise tu..
so .. saya buat sambungan .. dapatlah satu jubah dia

dan hari ni p try test bawak g tesco..

selesa amat..
takdelah nampak cam jubah sexy sangat ek??
bukan apa takut gak.. kita tengah kemaruk pakai jubah ni.. selesa.. tapi
nak la jugak berstyle.. ada cutting sikit.
takut2 terlebih pulak kan.. sexy mexy tak mo la
tu yang rajin2 suruh anak ambik pic tu..
kekdg kita tak perasan.. org pulak segan kot nak tegur kan
so sedar sendiri je la..



March 22, 2014

PostHeaderIcon Gian menjahit...

takde la gian sangat.. cuma kekadg tu .. rasa cam rindu kan... lagipun hati dan mata sakit setiap kali nampak ironing borad yang da mula koyak tu.. lama da tertunggak kerja nak ubah suai tu..

bukanlah rabak sangat.. cuma asyik tersadung aje bila mengosok..
so apa lagi.. kita google la..
kebetulan pulak jumpa tutorial yang sebijik sebijon ironning board cam buatan IKEA ni..
so operasi bermula la..

malas nak cari cotton yang bermutu .. saya guna je kain lebih buat baju raya anakdara tahun lepas..
harap bertahan la yee...
jika ada yang rasa macam nak cuba.. leh la gi link blog U-Handbag ni

ni pulak try buat drawstring bag tapi round bottom
almaklum.. saya tak pernah lulus nak jahit kain yang bentuk bulat dan cantum ke kain bentuk panjang..
selalunya terlebih kain.. atau terkurang kain masa jahit lilit bulatan tu
kira ni experiment nak guna formula yang saya jumpa..kat
(aaaalll hilang pulak nama blog tu...nanti saya cari da jumpa say apaste kat sini k..)

first time pun guna eyelet .. tapi tekecik la pulak.. sampai tali tu mcm tersemput2 nak go thru

actually bag ni takde pun maksud tersirat nak buat untuk bekal ni..
kebetulan pulak muat..
dan tak la jugak disalahkan en hasben jika dia  tak sanggup nak guna bag tu..
heheh kebetulan pulak guna kain bunge-bungeeeee..
takpe... bekal tu bukan sentiasa pun en husben guna.. 
kita stand by kan aje..

tengah kita syok 2 menjahit.. en husben kita masak semalam.. nak try resipi masak nasi arab...
buat dua versi.. ayam dan kambing

dan the boys 4 beradik tu biasalah asyik merengek nak main game.. tapi takdibenarkan pasal kena basuh kasut dulu.. siapkan homework dulu.. kemas bilik dulu

yang si anak dara pulak sibuk nak kan kertas.. katanya nak buat carpet..
malas nak gaduh.. kasi aje..
dan dia mula la mewarna

ooo agaknya dia nampak abang dia buat anyaman tikar..
so maybe inilah pandangan mata dia...
carpet = tikar


bila da penat agaknya dia warnakan portion tu besar..
carpet ni actually nak buat apa ya???

ooo buat tempat duduk toys nye

mcm nak mesyuarat je


siap ada ketua sorang duduk kat depan..



sambil pegang tu.. sambil buat bunyi orang bercakap
cakapnya bunyi omputih
biji butir.. emmmm hanya dia je yang faham

tak kisah la anak oiii
asal suka..






PostHeaderIcon Baby elephant in the house

selepas saya mencuba membuat gajah sicomel ni dulu ( link ke cerita kisah lalu)
ada kawan lama yang berkenan dengan si gajah comel ni..
dorang tengok kat fb saya..




kebetulan pulak la dorang ni baru lepas bersalin.. nak order..
so saya siapkan la..
4 terus.. walaupun yang mengorder hanya 2 je..

saje nak kasi banyak pilihan sikit.


February 14, 2014

PostHeaderIcon Gajah lembut / elephant softie / Elephant softoys

hehehe kelakar pulak gelar gajah lembut
comel pulak kan??
actually ni first attempt nak buat softie bentuk elephant ni..
biasalah dapat tutorial dari cik google kita..

cuma tak kenan tang belalai.. da mcm iras2 tanduk badak sumbu pulak

so kita buat la version lain

dengan bantuan en hubby kita.. kita improvised tang belalai

kendian cuba jugak la pattern lain yang ada dalam pilihan cik google

actually nak buat hadiah untuk cucu jiran sebalah yang menyambut harijadi setahun malam tadi..
so fikir2.. rasa mcm sesuai je nak bagi ni
kita bagi yang 2nd n 3rd..
yang first .. biasalah buat pujaan hatiku kat rumah ni

da siap bungkus.. masuk dalam paperbag kebetulan jumpa kat Mr DIY RM2.50

kita selitkan sekali sepasang baju persalinan


ok la kan... alhamdulilah.. 
kalau ada masa nanti kita nak buat yang besar sikit..
dan juga sama.. en suami gak tolong besarkan pattern..
so sebelum kita potong keping by keping .. kita snap pic dulu..
emm comel pulak la cik molek si gajah ni kan..



October 22, 2013

PostHeaderIcon batu seremban lagi... ni buat tambahan

ni saje saje buat buat pengisi masa lapang

heheh takde la lapang sangat...
tapi benda ni.. saje buat lebih2...
mana tahu ada yang nak order nanti da ada stok
lagi pun kan nak cuti sekolah ni
dan benda nya pun tak basi kalau di simpan lelama

niat hati pun kalau sesak2 boleh juga la di buat buah tangan pada sesapa kan

p/s: oooo iyelah batu seremban ni ada juga seorang cikgu beli buat anaknya nak ke Korea this weekend.. buat sourvenir utk org korea... 
amboi tak sangka batu seremban ni da melangkau ke Korea...
emmm even ke United State pun tau.. 
pasal aritu kasi pada kawan lama yang dok kat sana... buat pengubat rindu kat Malaysia..

Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.