Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts
August 28, 2012

PostHeaderIcon mari PUSING RAYA

bukan ajak g beraya.. tapi saya ni tengah kemain beraya sakan tengok movie melayu.. heheheh macam la kat perantauan, kan...

arini lepas perabiskan episod SyurgaMu Ramadan.. yang begitu menyayat hati.. bercucuran airmata.. walaupun sambil ngangis2 tu.. sambil la mengangkut baju kat ampaian ke luar ke dalam.. ke luar ke dalam.. almaklum la cuaca tak tentu.. pastu 3 hari baju jemuran tak kering2...

tak lupa jua berhenti seketika untuk memasak lunch, k..

emm tu yang bestnya tengok movie dalam youtube. leh stop2 sesuka hati.. yang tak best kalau line xde je la...

pas lunch.. xmo da tengok heavy movie.. so dengar citer kawan kat facebook citer PUSING RAYA best..

Sinopsis
Pusing Raya Mengisahkan gelagat dua keluarga yang mahu menyambut Hari Raya. Pak Kassim dan Pak Ateh kedua-duanya tebal dengan jiwa kekampungan dan sentimental. Kedua-duanya aktif dalam bermasyarakatan dan turut memegang jawatan penting di dalam kampung. Anak kesayangan Pak Kassim, Mariana, baru sahaja menamatkan pengajian dengan ijazah kelas pertama di universiti tempatan manakala Fendi, anak Pak Ateh, merupakan lulusan luar negeri. Namun jika dibandingkan gaji antara Mariana dan Fendi selepas setahun bekerja, gaji Mariana lebih tinggi. Ia membuatkan Pak Ateh berasa tidak puas hati apabila Pak Kassim sering saja membandingkan antara kedua-dua mereka. Che Sena dan Wan Maryam berhasrat mahu menyatukan Fendi dan Mariana, ini juga mungkin dapat memulihkan hubungan Pak Kassim dengan Pak Ateh. Apakah yang berlaku seterusnya?


memang kelakar.. bila tengok Dato Jalaludin Hassan dan Dato Rahim Razali berlakon lain dari biasa yang kita tengok.. dan perangai dorang yang selalunya kaum pompuan yang buat perangai gitu.. kali ni dorang pulak.. heheh
kelako la.. very lite drama.. 

August 27, 2012

PostHeaderIcon KEMARUK..

semenjak ramadhan.. saya start tengok movie melayu.. dan sekarang syawal.. saya da kemaruk..
balik dari kampung boleh online... takde toleh kiri kanan google cerita..

pada mulanya saya terconggok kat depan tv3 tu .. tengok TERBAIK RAYA.. tengah layan cerita SABAR tak SABAR.. heheh remy ishak jadi bangla... memang kelas la... kalau lah mamat tu tak fames.. memang sah sah orang ingat dia bangla... tapi yang tak bestnya.. lagi 1/2 jam show nak habis.. black out pulak... uhuhuh frust frust frust...

end up esok harinya.. hari Sabtu ( ala yang order McD tu la..heheh) saya google You tube

sesape tak tengok lagi leh click kat sini SABAR TAK SABAR


pastu malam tu tak leh lelap tidur.. tengok lak PENGAWAL HATIKU..



esoknya.. g tengok Samarinda pulak... dengar ceritanya hebat .. siri berepisod.. 7 Ramadhan...
oklah... cerita ala-ala tanggang moden..

masa melayan dan menunggu kedatangan kawan anak2 semalam.. saya tengok cerita LEPAS RAYA BALAS.. kelakar.. sampai tersenyum senyum sendiri.. heheh

ni tengah tengok SyurgaMuRamadhan.. rasanya lagi best dari 7Ramadhan la...

lagi best tengok kat youtube ni.. no iklan.. dan boleh ulang tayang dan stop and pause bila perlu...

sila jawab.. kemaruk ket tak?? heheheh jangan marah yaaaa....


August 9, 2012

PostHeaderIcon CATATAN RAMADHAN : DAY 20 .. ada tetamu

Arini my friend actually my neighbor la datang rumah.. nak pinjam guna mesin jahit.. memula dia nak suruh saya tolong jahitkan.. tapi ampun.. x berani.. so dia datang rumah sendiri jahit..

Sementara dia jahit, x nak dia hilang konsentrasi.. saya layan cerita CIKGU TIMAH TUKAR SEKOLAH.. cerita Scha Al-Yahya dengan Remy Ishak.. dua dua saya suka.. tapi cerita tak semantap PA CINTA la...

Sambil tu saya perabihkan ( ish da habis ke?/) ripple pattern crochet tu..

MENU IFTAR
1. bIHUN GORENG ( kali ni saya masak)
2. Nugget
3. Puding Roti bercheeeeeeeeeeese
4. Air sirap limau
5. Air milo panas
6. Kurma

macam biasa.. bila masak ada gambarnya..
saya guna roti TESCO.. RM1 jer
kalau gardenia tu berganda harganya

setelah di rendam dan ditabur-taburan
saya ikut resipi kat blog sini.. tapi saya tambah cinnamon powder dan choc chip..


selepas dibakar memang kembang... bau pun wangi
tapi bila sejuk dia melepek balik..
anyway rasanya ok la
tak manis sangat
cuma roti lebih dan cheese kurang
next time ingat ya...
maybe instead susu segar.. kalau guna susu cair sedap jugak
atau buat kuah kustard.. yum yumm..


Menu lain lupa nak snap pic.. almaklum masak sorang2.. bila kaki da lenguh... pastu si kecik asyik ke hulu ke hilir ke dapur ( maybe pasal tarikan bau puding roti dan nugget) so kena percepatkan pergerakan berada di dapur..



Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.