May 13, 2011

PostHeaderIcon Special Giveaway....(MOTHER'S DAY)

SELAMAT HARI IBU

Rasa nak try la join giveaway kat NizaCraft.com.. mana tahu leh dapat..card wallet yang flower2 biru tu ke.. or yang warna bunga coklat tu ke... ehhh kalau dapat yang tarffic jam tu pun, alhamdulilah... tapi kena citer "how special your mother to you... Or how special you are as a mother....

so.....

aku pun karang la....



"Aku tidak dibiasakan dengan adat menyambut hari ibu. Namun sejak akhir-akhir ini sambutan sebegini secara mahu atau tidak telah mencuit hati aku bukan kerana kelakar sangat.. tapi rasa rindu. Aku berterima kasih kepada Allah atas pemberian Umi dan Mak mertuaku. Kedua-duanya amat istimewa dengan cara mereka tersendiri. Diantaranya sifat pembersih mak mertuaku dan sifat pemurah umi ku.

Mak mertuaku adalah seorang yang amat pembersih dan teliti orangnya. Semasa beliau sihat, terlalu susah untuk mencari secalit debu didalam rumahnya. Barangan rumah,dapur dan keliling rumah semuanya teratur dan tersusun. Jahitan dan hasil kerja tangannya semuanya kemas dan sempurna. Namun beliau telah meninggal dunia pada 14 Disember 2010.

Umi ku pula adalah seorang yang amat murah hati dan rajin memasak. Setiap tetamu yang datang ke rumah pasti pulang dengan perut yang kenyang. Diatas meja makan tidak lekang dengan makanan yang panas dan enak. Beliau berada di Mekah, (semasa sambutan hari ibu ) ,sedang menjalankan ibadat umrah.
Moga kedua-duanya dilindungi dan dirahmati Allah.  Aku berdoa moga sifat istimewa mereka ada sedikit sebanyak tumpah kepada aku.

Aku bersyukur, berbangga dan berasa teramat istimewa kerana berpeluang untuk menjadi umi kepada 5 orang anak (4 putera dan 1 puteri). Keistimewaan diriku sebagai umi hanyalah dapat dinilai orang anak-anak ku sendiri. 

Hari Ibu pada diri aku ialah hari-hari dimana rasa dihargai dan dihormati oleh anak-anak dan suami. Tak perlu wang ringgit atau hadiah bagai. Cukup dengan balasan kasih sayang dari mereka untuk diri aku yang masih belajar untuk menjadi seorang umi dan isteri yang bertanggungjawab, penyayang dan solehah. "



RESULT : SEE HERE OR HERE

1 comments:

nizacraft said...

You're one of the winner....:)

Post a Comment

Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Blog Archive

Powered by Blogger.