July 22, 2013

PostHeaderIcon 13 Ramadhan 1434 = Kuih raya 2013 (Nombor 2)

haaa dalam sehari buat dua jenis sekali...

pasal apa? pasal oven da panas... berjimat la sikit kan..

actually arini si aqil semput.. pagi tadi ke klinik untuk dapatkan semburan nebulizernya.. biasalah kalau da inhaler x leh jalan + malam tak leh tidur ke gak la pekena nebulizer.. bayaran rm22

dan dinasihatkan berbuka puasa... takut nanti mengigil lepas dapat sedutan 'dadah" tu..
so suka la dia..kena pulak hari yag uminya nak buat kuih raya..

ok.. arini umi nak buat kuih shortbread cookies..
cutter tray tu da lama da beli.. 6 tahun lepas.. bila nak cuba... dibukalah cutternya
untuk dibasuh pastu tak tahu nak pasang balik.. kihkihkih
tapi kupendam sebuah duka..
nasib la terjumpa blog kat sini ajar
makanya dapatlah mencuba membakar cookies yang diidamkan selama ini..

tak sangka senang banggat... maybe pasal da baca dua tiga empat kali kot cara2 dan resipinya

almaklum.. selalu kan tak menjadi cookies nya

ni sebelum dibakar

ni selepas dibakar
memang baunya menambat jiwa tul...

saya kena tambah adunan jadi 2 adunan.. maybe pasal tray saya 14" x 14"..
risau gak tebal.. so saya bakar lama sikit.. patutnya dalam 10 min.. tapi saya tambah lagi 3 min
sambil dipusing2kan kedudukan tray tu la setiap 5 min

coklat pun sama.. tak cukup 500g.. so tambah lagi dalam 200g

coklat putih cukup 125g jer.. pasal tak guna banyak .. takat nak buat lorek2 je

alamak.. tak sangka weeeiii menjadi..

close up sikit

issssh masa ni punyalah ketat nak masukkan balik cutter tu pasal "base' bawah da mengeras dan sejuk kan
so saya guna lesung batu ketuk2 manja...manjaaaaaa ok

ok la nak oiii peace yoo
nasib mood umi baik arini

nak nampak sopan sikit.. umi lapik dalam paper cupcake

dapat la banyak ni.. memang muai la.. 
kalau ikut tray tu dapat la 11 x 11 = 121 pcs
tu pun guna 2 adunan..

rasa??? sedap....alhamdulilah
orang semput leh makan .. (opsss rasa) dalam 4 ketul



anak dara ni makan seketul jer... jaga badan..


p/s:
actually buat kuih ni half hearted jugak la pasal serba sedikit terganggu emosi....

sedih sangat bila terbaca ttg budak 3 tahun yg mati lemas dalam kereta tu.. kalau boleh nak saje sy hilangkan ingatan tentang kisah itu.. .. saya tak salahkan ibunya 100%.. sedangkan saya yang kekdg memask pun boleh lupa untuk menutup api dapur.."absent minded" pasti ada dlm manusia.. tak mungkin seorang ibu tergamak meninggalkan anaknya dengan sengaja... mungkin anaknya tertidur dalam kereta ber"aircond".. membuatkan ibunya terlupa kehadiran anaknya.. tak terbayang betapa pilunya hati ibunya.. moga suami dan keluarga nya tak menyalahkannya dan menghukumnya habisan.. kesiannya.. kalau lah boleh di "undo" pasti dilakukan.. moga menjadi pengajaran pada semua. 

#‪#‎mood‬ sedih kerana saya juga ada seorg anak sebaya anaknya itu.. dan tak terbayang "penyeksaan" yg dialaminya... dan tak terbayang jika berlaku pada saya.. moga dijauhkan...dan moga tak akan berlaku lagi sesuatu kes seperti ini dalam dunia ni...





2 comments:

Mila@Rimbun said...

tau dari posting kawan2 kat FB jugaklah. Dan ramai jugak yang emo, dok kutuk2 si ibu.
Ibu mana yang nak membunuh anaknya sendiri kan, cubalah kita letak kan diri kita ini sebagai hamba Allah, dan tak perlu mendabik dada mengatakan kita tak pernah buat kesilapan dan kekhilafan. Takut kang dok kutuk orang, Allah bagi kat kita plak... moga di jauhkan Allah...

Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5) said...

betul Mila... takut kena pada kita jer... semua tu kuasa Allah.. kan?? ada hikmahnya.. untuk jadi pengajaran dan peringatan pada semua.. jangan lalai dan cuai... kesian pada si ibu kerana dapat pengajaran melibatkan nyawa anaknya...
alfatihah buat si mati dan moga ibu nya tabah menghadapi dugaan mendatang...
amin.. moga dijauhkan ya Mila kan.....

Post a Comment

Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.