Showing posts with label Sarung Telur. Show all posts
Showing posts with label Sarung Telur. Show all posts
January 20, 2014
1000 pcs sarung telur kait..
4:46 PM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
alhamdulilah... siap juga...
1000 pcs crochet sarung telur
mana sangka.. mampu membuatnya seorang
sikit2.. lelama siap juga kan
dibawah hanyalah untuk nota pada diri sendiri..
pada 26/10/2013 ada seorang yang berminat .. saya tak confident, tapi berani gak la nak berkira2 dan congak2.. dan saya ingin mencuba..
(memandangkan da beberapa orang sebelum tu da berminat nak order tapi saya yang tak confident)
tapi sayangnya bila saya ber'confident' org tu pulak menyepikan diri..
tapi saya proceed je buat suka2..
Kendian, saya jadikan sebagai kerja sambilan sambil melayan menonton tv..
cuma berhenti 2 minggu semasa bercuti di Melaka tempohari.
Pada 21/12/2013, ada yang bertanya lagi.. pada ketika itu saya da ada 500 pcs.
pada 23/12/2013, menerima bayaran deposit untuk menandakan persetujuan
maka pada 19/1/2014... genaplah 1000 pcs
(actually lebih dari 1k pasal saya lebihkan satu atau dua pcs dalam beberapa 50pcs pack tu)
alhamdulilah.. syukur..
and now.. down with flu + sakit gigi.. uhuhuh
takpe.. kasi rehat jap minda...
December 28, 2013
sarung bunga telur 1000pcs
7:27 PM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
sepanjang cuti sekolah saya mengait
alhamdulilah.. kali ni ada yang sudi meng'order' 1000pcs untuk majlis bulan Mac 2014
syukur da siap 500pcs di saat dia confirm kan ordernya
da siap bayar deposit da..
di saat blog di update ni.. da tambah lagi 150pcs...
yeah yeah.. syukur.. moga dipermudahkan segala urusan..
moga kesihatan tak terganggu.. dan saya mampu menyelesaikan amanah ini..
November 27, 2013
hampir sebulan tak ber"siaran"
5:16 PM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
hehehe tah kenapa.. mood melayang2 nak update blog..
maybe pasal...
1. nak cuti sekolah .. mmg serabut kepala.. memacam nak settle.. nak kena g sekolah ambik result anak2... nak g sekolah asrama... nak hantar kereta g servis dan tukar windscreen... dan ditambah pulak tyre kereta saya kena paku.. hehehehehe panjang gak la pakunya.. siap en suami letak pink sepit baju untuk ingatkan saya ada paku.. dia nak saya belajar hantar kereta ke bengkel..(dekat je pun) ..
2. bila mula cuti sekolah... segala routine harian mmg "lari".. no more cleaning segala mcm sebelum kul 8am.. dan mengadap pc after that.
3. saya ada buat listing untuk "CUTI SEKOLAH PROJEK" untuk anak2 yang bercuti.. projek kecil-kecilan aje... sebelum dorang mengadap gadgets n games seharian, mereka kena buat projek ni dulu... diantaranya
- kemas bilik ( vacum, susun buku, susun baju, tukar cadar),
- balut buku teks,
- kira dan cuba semua baju sekolah yang boleh di recycle untuk ke tahun depan
- kemas almari kasut ( yang lama or koyak ) antara di buang atau di "turun" kan kepada adik2
- kumpulkan semua bag2 sekolah... sama gak.. kumpul.. yang lama n koyak buang / direcycle
- mengecat living hall ( ni sesaje je... sedangkan en suami mmg very fussy .. maybe da tak larat.. kali ni dia 'lepas'kan anak2 buat..
projek ni selalunya dalam 2 jam (paling lama) sehari.. so kalau dorang bangun awal... awal la siapnya. Dan sebelum projek dimulakan, semuanya telah bangun dari tidur dan meja makan siap dikemas ( siap letak bunga atas meja ) lepas breakfast... baru la adil...
4. anak sulung mula SPM.. so hati tu mmg berdebar2 la hai... mak mana la tak berdebar... terutama kalau nampak effort yang di letakkan.. uhuhuh takpe2... sebagai ibu.. kita doakan yang terbaik ya..
Saya ni takde lah ilmu agama tinggi sangat... kira alhamdulilah adalah asas agama jugak la... so kita amalkan apa yang tahu, kita tambahlah ilmu tu sikit2.. almaklum kita dok rumah.. kita gunakan teknology yang ada.. so saya banyakkan tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus dalam youtube. tapi pasal da biasa tangan ni tak leh dok diam2.. kalau tak buat apa.. mula la mencari makanan nak disumbatkan dalam mulut. Untuk mengelak "perkara yang tak diingini" ( hehehe takut terover weight) sambil menonton tu.. saya mengait Sarung Telur. ..saje2... mengisi masa yang terluang... memandangkan banyak sangat kiraan 1, 2, 3, 4 dalam masa meng'crochet' tu... so saya jadikan habit instead of kira 1.2.3.4... saya jadikan zikir.. subhanallah, walhamdulilah, walaillahhaillallah, allahuakhbar.... memang terasa tenang jiwa bila banyakkan zikir ni..
hehehe ni la hasilnya..
satu bungkus tu ada 50pcs...
alhamdulilah..
sebenarnya hati ni tengah gundah gulana bila memikirkan anak SPM..
campur pulak "pening" kepala dengan anak2 yang bercuti dalam rumah ni..
sambil tu .. malas pun ada..
malas mental nak memikirkan projek atau cubaan baru menjahit atau mengait
malas juga nak memikirkan projek lain selain menolong and memantau anak2 buat projek yang telah di"listing"kan
tapi alhamdulilah.. dalam malas2 tu.. ada juga.. "hasil" diatas.... kan..
(sambil zikir tu.. saya tak lupa berdoa ... moga tenang hati anak saya menjawab kertas soalan dengan betul dan tepat.. periksa akhir persekolahan tu .. bukan sebarangan.. harap dapat la result yang bagus.. moga dapat la dia menlanjutkan pelajarannya ke menara gading... bukan senang sekarang ni.. competition among pelajar mmg senget.. ramai yang pandai2.. peluang tu amatlah ketat.. moga dia dimurahkan rezeki yang halal.. amin )
ooo iyelah... nak juga share cerita saya semasa perjalanan pulang ambil anak saya dari asrama tempohari..
( ni saya copy paste dari fb persoanl saya pada November 15, 2013)
Alhamdulilah...syukur...
Lewat petang tadi,on d way balik ambik anak pulang dari asrama, sampi di tol booth,jarak kereta jauh utk flash touch n go, so sy buka pintu-flash-tutup pintu immediately, few sec lps dr tol, baru teringat handbag tadi diselitkan sebelah pintu driver (konon takut kena kes pecah ragut bag) dan selalunya bag tu disangkut tali ke bahu tp kali ni tidak (konon fikir,smpi rumah baru buka pintu). Nasib hp mmg letak sebelah sy,call suami to inform then terus buat u-turn,niat hati nak trace balik lorong tu n minta bantuan pekerja tol. mmg tiada la handbag tu kat situ. Tak sempat pekerja tol ambik tindakan apa2, dpt call dr en suami suruh balik.ada seorg lelaki india da jumpa bag tu dan da call en suami. Kebetulan, kunci rumah ada dlm bag tu, dan kat kunci tu siap letak nama suami n ofis address n hp no dia (nasib juga bukan address rumah). So org tu terus dpt contact.alhamdulilah semua barang masih ada n intact. Tak sangka masih ada org berhati mulia dlm negara kita.syukur sesgt.. Selamat. X perlu buat segala mcm report seperti 9 yrs ago masa handbag kena ragut..Allahuakhbar!! Alhamdulilah..
memang sangat bersyukur... sepanjang masa "u turn" tu.. mulut dan hati saya sememangnya meminta tolong pada Allah untuk permudahkan urusan carian bag saya tu... duit tak la banyak sangat.. yang saya fikirkan.. kad pengenalan, driving lesen, kredit card, atm card, segala macam kad ahli.. semua tu kena dibuat report dan di buat semula... pening jugak la memikirkan urusan segala macam...
Yang bagusnya anak2 dalam kereta semuanya diam membisu.. tak buat perangai pun. syukur.
Lucunya selepas peristiwa itu, anak dara saya setiap kali jumpa tol booth, dia pasti akan tolong pegangkan handle handbag saya... dia takut ter"golek" lagi.. sampai saya kena ingatkan.. ok semuanya da selamat untuk dilepaskan... kesian dia...
p/s: da siap belikan anak2 punya kasut sekolah + kasut sukan + sandal... ada 7 pasang semuanya... dan berjumlah hampir rm300.... ( amboi.. lum lagi baju sekolah, bag dan stationeries....botak2... heheheh bukan mengeluh... alhamdulilah.... walaupun tah mana lah nak dapat duit nak beli semua tu... tapi insyallah... rezeki dari Allah... moga ada lah jalannya nanti kan... amin...)
July 8, 2013
"Hasil" sebelum menjelang Ramadhan
2:29 AM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
heheheh
siap jugak la tempahan dari customer manis nak jadik bini orang tak lama lagi nie...
siap jugak la tempahan dari customer manis nak jadik bini orang tak lama lagi nie...
mmg suka sgt tengok kombinasi kaler nie
haaa da siap packing
da macam kuih raya la pulak
kendian.. siapkan si"zaiton" lagi...
heheheh
sebelah je zaiton nya pun
sebelah lagi jalur2 rainbow
ada divider
tak sangka si jalur rainbow ni ramai minat
yang ni tempahan dari kawan lelaki anak
dia nak letak kad / ic dan duit
daaaann dia ni lelaki
mmg tak sangka budak lelaki pun suka.. kan??
ni banyak masa pasal pagi tadi masak awal..
ada orang nak pasang water filter kat depan rumah nun
suami kata dia kesian kan saya
pasal selalu dapat gatal2..
ada alahan kulit..
actually bukan saya jer.. anak2 pun da mula nampak allergy
da g klinik , makan ubat.. ubat sapu lagi
so rasanya maybe air la kot...
so hopefully da ada filter ni..
moga kesihatan keluarga kami makin sihat
dapat puasa penuh.. solat 5 waktu penuh
solat terawih penuh dan pastinya moga
bertemu Syawal dengan gumbira ria..
July 3, 2013
Bekas Telur Orang Nak Kaweeeen...
3:04 AM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
sukanya
ada yang nak buat tempahan
tapi saya sendiri da jadi rambang mata
so saya buatkan sample dan email padanya
border purple tu saje je buat sample n idea
pastu tali guna riben jer
pastu saje gatal tangan nak letak kaler bunga lain..
cantik jugak kan??
daaan saya buat tali ngan benang.. tapi riben buat bow jer
kalau nak tepek bunga pun boleh juga...
pastu si dia kata.. xmo kaler purple
( opkos la kan.. sample je)
so saya gantikan kaler purple tadi dengan warna contrast
( as per dia punya suggestion )
dan terfikir la pulak nak buat warna lain kat ropol...
oiiish cantik la pulak..
dia suka... saya pun suka...
soooo esok da kena g kedai... beli benang..
lepas ni kasi kayuh se'slow" mungkin
as per katanya.. nak kawin awal tahun depan...
tapi... nak jugak siapkan .. se lekas mungkin
takpe dik oiii lagi cepat siap.. lagi senang hati akk..
hati awak pun senang.. siapkan preparation kawin awal.. ngheee
June 12, 2013
Crochet Egg basket ... sarung telur kait
5:01 PM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
ni lagi satu batch sarung telur
berbunga2..
ni la activity saya sementara menunggu anak keluar sekolah... dari menguap dan menengok keliling sambil hati "berkata-kata" maka elok la saya mengait..
sekurang2nya sehari 5 pcs pun da berbaloi
asal hati suka... kan??
June 6, 2013
Cuti sekolah May 2013
5:38 PM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
Cuti sekolah 2 weeks... memula ingat lamanya cuti.. tapi sedar2 tup tup da nak abis da...:(
tapi suka sangat pasal kali ni cuti sekolah sangat produktif... cuma yang tak pro and aktif tang masak la... asyik mengelak je memasak...
1st week cuti kami banyak berjalan... memula ke LOTUS DESARU
kali ni kira ok la... boleh pergi ke sana lagi.. banyak aktiviti .. bebudak mmg suka.. kawasannya luas... kena banyak berjalan.. terasa juga la tapak kaki ke hulu kehilir.. kekdg jer ambik buggy tu..
Then kami ke Zoo Johor...
tak sangka banyak betul perubahannya.. kira da teratur ... cuma frust cik zirafah n cik gajah takde... g Pahang.. training.. ( ni kes seminar la ni...heheheh)
Then kami pula balik kampung... cuma kali ni my mom xde mengikut big bro ke Bali.. my sis and my lil bro pun xde... ke Krabi...
tapi suka sangat pasal kali ni cuti sekolah sangat produktif... cuma yang tak pro and aktif tang masak la... asyik mengelak je memasak...
1st week cuti kami banyak berjalan... memula ke LOTUS DESARU
kali ni kira ok la... boleh pergi ke sana lagi.. banyak aktiviti .. bebudak mmg suka.. kawasannya luas... kena banyak berjalan.. terasa juga la tapak kaki ke hulu kehilir.. kekdg jer ambik buggy tu..
Then kami ke Zoo Johor...
tak sangka banyak betul perubahannya.. kira da teratur ... cuma frust cik zirafah n cik gajah takde... g Pahang.. training.. ( ni kes seminar la ni...heheheh)
Then kami pula balik kampung... cuma kali ni my mom xde mengikut big bro ke Bali.. my sis and my lil bro pun xde... ke Krabi...
kami ??/kami balik jer ke Pahang... bukan seminar cuma training survival nak bakar Otak-Otak JB..
minggu seterusnya just dok rumah perabiskan memasing punya homework
sempat juga ke TGVCinema.. yang sesuai dengan semua peringkat.. so kami pilih citer EPIC
actually to kill time sementara tunggu proses buka akaun SSPN mereka semua...
dan sementara tu juga.. otak uminya ligat.. memikirkan amanah dan kepercayaan kawan lama untuk menjahit baju raya anak2nya... waduh... serba salah.. tapi dengan niat ingat belajar dan untuk menambah keyakinan diri.. maka ku gagahkan diri juga untuk menerima "tempahan" dengan harga upah rate "amatur" hanya sekadar untuk melepaskan lelah je...
dia kasi baju contoh..
anaknya ada 4... 3 lelaki n satu perempuan..
dan kebetulan muat pula 2 pasang ni dengan anak2 saya ni ha
so terangkat la sikit "lelah" memikirkan muat ke ni..
ok ke ni.. suka hati pasal ada "model bergerak" kat rumah...
dan tak ketinggaln juga sambil2 tu saya mengait sarung
telur kait nie... sikit sikit la babe...
dan semalam alhamdulialh sempat kami semua berpuasa sekeluarga sempena Israq Mikraj
arini pula nak ke Tesco membeli belah buat sorang yang akan berangkat ke Asrama nya..
makanya 2 minggu kali ni memang terasa cepat masa berlalu...
opps.. ada 3 hari lagi nie...:D
Subscribe to:
Posts (Atom)
Why 2nd blog?
Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*
Friends
Labels
- COOKING/FOOD (61)
- CROCHET/KAIT (137)
- MISCELLANEOUS (164)
- SEWING/JAHIT (203)
Labels by Items
- Air Soya (2)
- Apam dot dot (1)
- Apron (4)
- Basket pincushions (1)
- Batu Seremban (9)
- Bib (2)
- Birthday (10)
- Books (1)
- Boxy bag (4)
- Cargo Pants (5)
- Checklist (4)
- Cinnamon Roll (1)
- Circle Zip Pouch (1)
- Corset (1)
- Cream Cheese Puff Pastry (1)
- Diaper Cake (4)
- Dining Chairs cover (1)
- Do your Own label (2)
- Egg Tarts (1)
- Embroidery (4)
- Emotion (3)
- Fabric Basket (3)
- Fabric Box (5)
- Fabric Liner (6)
- Fabric folder (1)
- Fancy Cookies (4)
- Flair Custom Chair (3)
- Gifts (19)
- Giveaway entry (10)
- Giveaway gift (10)
- Grocery Tote Bag (7)
- Headband (2)
- Holiday (14)
- Ikan Sungai Salai (1)
- Juki (4)
- Kuih Sago (1)
- Legoland (2)
- Long Skirt (10)
- Messanger Bag (8)
- Muffins (1)
- Multipurpose bag (9)
- Murtabak (1)
- Onesie dress (1)
- Oreo Lollipop (4)
- Paper Flower (2)
- Peasant Blouse (7)
- Pencil Box (32)
- Pillowcase (1)
- Pincushions (6)
- Pop cakes (3)
- Pouch Bag (26)
- Pyjamas (1)
- Ramadhan 2012 (25)
- Refashion t-shirt (7)
- Ribbons (3)
- Roti Mamat (1)
- Ruffles (3)
- Sewing tip (4)
- Shinkawa (1)
- Singer (1)
- Special Coaster (1)
- Straight Sided Triangular Cosmetic Bag (1)
- Stroller Bag (1)
- Tau Fu Fa (2)
- Teacher's Day (7)
- Tier Skirt (2)
- Trifle (1)
- Tutorials (1)
- Wallet (7)
- Water Bottled Sling Bag (4)
- Wish lists (1)
- alas meja (1)
- art (2)
- baju anak dara (10)
- baju kurung (11)
- baju melayu (25)
- booties (11)
- bow (3)
- cake (6)
- casing/bag (10)
- cendol (1)
- clear toy storage bag (2)
- coasters (4)
- dishtowel (1)
- fabric Flower (8)
- fabric book cover (1)
- felt (1)
- flower (14)
- granny square (20)
- hat (3)
- info (2)
- kopiah (2)
- leaf (1)
- movie (3)
- others (12)
- pai tee (2)
- patchworks (5)
- pockets (1)
- pyramid coin purse (3)
- raya 2011 (10)
- raya 2012 (7)
- ripple pattern (3)
- rossete fabric (1)
- sewing notion (5)
- sling Bag (5)
- tissue box cover (2)
- zipper (3)
- zippered pouch (8)
Powered by Blogger.





















