Showing posts with label kuih raya. Show all posts
Showing posts with label kuih raya. Show all posts
July 23, 2013

PostHeaderIcon 14 Ramadhan 1434 = kuih raya no 3


isssh siap ada no kuih dia.. hahahah 3 cukup la...
arini teruja sangat nak try tepung sedia maklum ni
tapi peralatan kena lengkap...
heheh kebetulan betul.. hand mixer saya tang besi putar tu leh tercabut... abis putar ke Giant.. Mydin.. Tesco.. lelama bila je la hand mixer yang baru. memandangkan nanti nak buat kek jugak kan

yang ni saya beli murah jer.. brand Tesco RM69.90
lepas bayar.. test..
mas test tu biasalah mokcik ni suka menceceh.. tanya nape tak jual spare part besi tu..
rupanya.. dorang kata mmg dorang tak jual.. kalau nak kena beli kat hardware atau electrical store..
maaaaai aii ..da bayar tu.. kalau lum.. saya berdesup da ke kedai tu.. uhuhuh

takpelah.. takde rezeki.. tapi at least dpt satu pengajaran/pelajarn...

ok la buat kuih je la..

adunan tu di tambah 125grm butter/mentega + 1 biji telur

katanya leh dapat 100 pcs..
so sy da sedaya upaya .. hanya dapat 90 pcs..
hehe pasalnya nak muatkan 30pcs satu tray

ni da siap bakar lepas 25min

yang terabur tu bukan apa... tray tu takmo keluar dari oven.. stuck..
so saya tarik jer baking paper tu ke tray lain.. heheh tapi bagus gak menampakkan 
ketidak-lekat-kan pada tray

sedap....
kenyang la me"rasa" almaklum la hari ke6 tak berpuasa hari ni.. uhuhuhuh

sambil tunggu cookies masak.. anak dara kaler elephant...
siap complaint.. elephant is so strong... 
saya rasa dia maksudkan gajah tu besar.. banyak nak kena kaler..

siap

ok la kan budak 3 tahun da leh kaler ikut contoh gambar sebelah dan kaler dia tak keluar pun dari landasan..
kalau la saya dulu... agaknya masa usia dia nak pegang pencil pun tak pandai..

budak sekarang cepat tul belajar.. maybe pasal environment + peralatan yg cukup...

July 22, 2013

PostHeaderIcon 13 Ramadhan 1434 = Kuih raya 2013 (Nombor 2)

haaa dalam sehari buat dua jenis sekali...

pasal apa? pasal oven da panas... berjimat la sikit kan..

actually arini si aqil semput.. pagi tadi ke klinik untuk dapatkan semburan nebulizernya.. biasalah kalau da inhaler x leh jalan + malam tak leh tidur ke gak la pekena nebulizer.. bayaran rm22

dan dinasihatkan berbuka puasa... takut nanti mengigil lepas dapat sedutan 'dadah" tu..
so suka la dia..kena pulak hari yag uminya nak buat kuih raya..

ok.. arini umi nak buat kuih shortbread cookies..
cutter tray tu da lama da beli.. 6 tahun lepas.. bila nak cuba... dibukalah cutternya
untuk dibasuh pastu tak tahu nak pasang balik.. kihkihkih
tapi kupendam sebuah duka..
nasib la terjumpa blog kat sini ajar
makanya dapatlah mencuba membakar cookies yang diidamkan selama ini..

tak sangka senang banggat... maybe pasal da baca dua tiga empat kali kot cara2 dan resipinya

almaklum.. selalu kan tak menjadi cookies nya

ni sebelum dibakar

ni selepas dibakar
memang baunya menambat jiwa tul...

saya kena tambah adunan jadi 2 adunan.. maybe pasal tray saya 14" x 14"..
risau gak tebal.. so saya bakar lama sikit.. patutnya dalam 10 min.. tapi saya tambah lagi 3 min
sambil dipusing2kan kedudukan tray tu la setiap 5 min

coklat pun sama.. tak cukup 500g.. so tambah lagi dalam 200g

coklat putih cukup 125g jer.. pasal tak guna banyak .. takat nak buat lorek2 je

alamak.. tak sangka weeeiii menjadi..

close up sikit

issssh masa ni punyalah ketat nak masukkan balik cutter tu pasal "base' bawah da mengeras dan sejuk kan
so saya guna lesung batu ketuk2 manja...manjaaaaaa ok

ok la nak oiii peace yoo
nasib mood umi baik arini

nak nampak sopan sikit.. umi lapik dalam paper cupcake

dapat la banyak ni.. memang muai la.. 
kalau ikut tray tu dapat la 11 x 11 = 121 pcs
tu pun guna 2 adunan..

rasa??? sedap....alhamdulilah
orang semput leh makan .. (opsss rasa) dalam 4 ketul



anak dara ni makan seketul jer... jaga badan..


p/s:
actually buat kuih ni half hearted jugak la pasal serba sedikit terganggu emosi....

sedih sangat bila terbaca ttg budak 3 tahun yg mati lemas dalam kereta tu.. kalau boleh nak saje sy hilangkan ingatan tentang kisah itu.. .. saya tak salahkan ibunya 100%.. sedangkan saya yang kekdg memask pun boleh lupa untuk menutup api dapur.."absent minded" pasti ada dlm manusia.. tak mungkin seorang ibu tergamak meninggalkan anaknya dengan sengaja... mungkin anaknya tertidur dalam kereta ber"aircond".. membuatkan ibunya terlupa kehadiran anaknya.. tak terbayang betapa pilunya hati ibunya.. moga suami dan keluarga nya tak menyalahkannya dan menghukumnya habisan.. kesiannya.. kalau lah boleh di "undo" pasti dilakukan.. moga menjadi pengajaran pada semua. 

#‪#‎mood‬ sedih kerana saya juga ada seorg anak sebaya anaknya itu.. dan tak terbayang "penyeksaan" yg dialaminya... dan tak terbayang jika berlaku pada saya.. moga dijauhkan...dan moga tak akan berlaku lagi sesuatu kes seperti ini dalam dunia ni...





July 21, 2013

PostHeaderIcon 13 Ramadhan 1434 = Kuih raya 2013 (Nombor 1)

hehehe iye iye oo je kan?? lum separuh bulan puasa da buat kuih raya.. bukan apa.. saya selalu tak menjadi buat kuih/biskut raya.. tak tahu la kenapa.. tapi tahun ni mmg last minit la niat nak membuat kuih raya.. actually dari kecik mak saya kata dalam adik beradik, saya sorang mmg suka sangat nak buat kuih raya.. berkobar2..
alhamdulilah sampai da ke 4 series ni pun masih ada rasa nikmat nak smbut hari raya.. ada org semangat ke laut.. kan?? ok.. actually saya tengah "cuti" berpuasa.. nak masuk 5 hari da.. so mmg nak rebut opportunity buat kuih raya dan terus dapat rasa ni.. so tu yang semengeh mengeh nak buat jugak kuih raya awal2.. ok
tak da la kuih raya grand.. setakat kuih sempoi yg pernah saya postkan dan link kan resipi yang saya dapat..
ari jumaat lepas da beli da bahan2nya...mak aiiii mahal giler.. patut la org jual mahal kuih tu.. meh tengok costingnya

tepungnya jer RM30 for 600grm

almond flakes RM14 / 300grm

Kuaci RM7.50/300grm


Bijan Hitam RM7/300grm

ni la bahannya.. sorry da sukat baru tingat nak snap pic.. heheh tu yg bergetah tu.. ni bahagian yang lebih

yang ni pulak kertas kek.. sekeping RM1.50 kena guna kertas ni.. pasal mmg tak lekat
kalau guna baking paper biasa... melekat teruk

bahan yang saya guna setelah digaul mesra
tepung = 200grm = RM10
Almond = 150grm = RM7 
( patutnya 200grm tapi pasal nak buat dua kali saya bahagi dua jer portion nya)
Kuaci = 100grm = RM2.50
Bijan = 70grm =RM1.60
Total = RM 21.10
Lum campur kertas kek tu.. tapi kertas tu boleh dipakai semula.. 

setelah dibakar selama 10 min


hehehe abaikan la gambar ni.. banyak sgt kot bijan saya..atau tak well distribute
tak menarik sgt nampaknya

dan perlu di potong semasa masih panas.. jika tidak kena patah2 aje la jawabnya..

banyak jugak la dapatnya... kalau nak lagi nipis boleh kot
tapi fisrt trial ni ikut resipi 

dapat sebalang
rasa mmg sedap..

rasa macam bepang melayu.. cuma bepang tu keras.. dan tebal.. berkacang
yang ni beralmond.. dan nipis

senang sangat.. dan mmg tak puas kalau nak makan satu...
apa nama kuih ni??

ianya diberi nama 


Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.