January 27, 2014
Simple pleasure..
4:14 PM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
opss.. ni bukan birthday girl nya...
dia hanyalah model untuk goodie yang akan diberikan
bahan2 untuk buat goodie bag kali ini ialah
1. printed card
( nnt kalau tak letak.. rasa macm "bogel" tertanya2 pulak kalau goodie bag ni tersesat ke mana2 kan)
2. air pop soda
(kebetulan ada promosi pulak air ni.. plan nak letak brand tesco aje..
kami suka air ni pasal dia
kurang bergas
kurang manis
dan tanpa pewarna)
ni la drinks anak2 kalau kami dlm perjalanan balik kg..
3.nugget coklat
4.raisin
( idea en suami kita.. kasi budak2 makanan berkhasiat )
5. lollipop
( hehehe rasa guilty pulak kan.. da elok da nak berkhasiat.. tettiba ada lollipop..
actually ni la buat penyerinye..)
6. bahan membungkus
harga setakat January 2014
( tak tahu la kan.. kot naik kek turun harga kendian hari)
cara2nya..
memula kita lekatkan "penyeri" kita pada "tiang seri"
rasa agak kukuh.. ulang sampai abis
aturkan dia berselang seli
cantik kan.. warna warni
pastu kita masukkan "seri seri" kita dalam pembungkus seri yang lain2
sebelum terlupa.. selitkan lah barang2 yang lain ( kad, coklat n raisin).. sebelum di gamkan atasnya
jangan la banyak sangat belit gamnya.. kesian kat bebudak nak makan..
siap meleleh air liur sebelum pembungkus dapat dibuka nanti..
tara... da siap..
ni la sebalik tabirnya
kejap aje buatnya.. kos pun tak banyak.. dalam satu tu bawah RM3
( yang abang kat belakang tu tak leh campur ya.. tengok je boleh.. pasal homework tak siap lagi..)
disebalik goodie/jajannya
"simple pleasure" kan
kalau nak difikirkan balik.. saya tak layan sangat nak beri jajan sempena birthday ni..esp kat sekolah ( tadika ok lagi). pasal fikir rumit jugak cikgu nak mengatur dalam kelas tu.. pastu student ramai kan.. kesian pada anak2 yang kelas lain... dan tak mo la pulak ber'lumba2' menaja birthday anak ni kan..
tapi kali ni saya berniat nak sedekah aje dan takmo da fikir panjang .. bukan nak menunjuk pun.. lagipun anak saya ni dapat merasa keseronokan sikit masa menyambut birthday nya.. pasal kami mmg takde la nak buat parti bagai..
dia suka.. pasal dia kata.. lain dari kekawannya punya jajan birthday
( emmm actually barangnya sama aje.. dr pemerhatian saya.. cuma lainnya air pop tu.. pastu cara susuan lain sikit.. selalu org letak dlm plastik atau dalam paper bag kan...)
dan akhirnya pada 20hb,, kami makan kek ..
( pic date sehari awal.. pasal celebrate awal.. 20hb abang no2 balik asrama da..)
here is the BIRTHDAY BOY!!!
Moga rajin belajar, solat n azan ya anak ku sorang nie...
Tazkirah di office en suami (Jan 2014)
3:49 PM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
En suami da kena kerja dalam office.. so kena la ikut adat di office
di office mereka ada ustaz akan datang beri tazkirah every Thursday ( last day of weekdays)
dan diakhir majlis ada makan2..
mereka ambil turn utk bawa masakan masing2..
kali ni turn en suamiku
biasalah.. dia ni mmg suka memasak
dia terus tingat FETTUCINI DORY
kegemaran anak2
bahan2 potong siap2 malam..
pagi lepas masak breakfast.. terus mula masak
ni semua akan di angkut ke office
( satu tray yg serderhana sizenya tu untuk lunch kami di rumah)
Fettucini yag telah di curahkan sos + cheese + ikan dory nye
kacang kuda.. untuk kudapan
yang ni mmg masak sendiri.. tak sangka sonang aje rupanya nak memasaknya
ni pula.. kek 'tunjuk' dari Tesco.... Banana Cake
wheat bread yg telah disapukan butter + garlic..
ala2 garlic bread.. tapi kami tak toastkan pasal takut keras
dressing for salad
salad yang telah dicuci bersih.. n pack siap2.. sampai ofis.. susun aje dalam pinggan
uhuhuh rindunya suasana ofis bila ada makan2 macam nie.. emm... takpelah
consider zaman saya da lepas.. at least ada juga pernah merasa dulu2 kan
so.. tah bila lagi turn en suami memasak tak tahu la..
tapi nampak tul dia suka masak2 kasi kekawan merasa masakannya
mcm kami dulu2 di perantauan..
dialah yang selalu willing nak masak.. sampai dapat gelaran "daddy" pada junior kami..
( nasib masa tu lum seriously couple ngan dia.. so saya tk dpt la title "mommy".. titile tu kami gelarkan pada seorang lagi sahabat lelaki yang sangat manja ala2 pompuan gitu)
January 20, 2014
1000 pcs sarung telur kait..
4:46 PM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
alhamdulilah... siap juga...
1000 pcs crochet sarung telur
mana sangka.. mampu membuatnya seorang
sikit2.. lelama siap juga kan
dibawah hanyalah untuk nota pada diri sendiri..
pada 26/10/2013 ada seorang yang berminat .. saya tak confident, tapi berani gak la nak berkira2 dan congak2.. dan saya ingin mencuba..
(memandangkan da beberapa orang sebelum tu da berminat nak order tapi saya yang tak confident)
tapi sayangnya bila saya ber'confident' org tu pulak menyepikan diri..
tapi saya proceed je buat suka2..
Kendian, saya jadikan sebagai kerja sambilan sambil melayan menonton tv..
cuma berhenti 2 minggu semasa bercuti di Melaka tempohari.
Pada 21/12/2013, ada yang bertanya lagi.. pada ketika itu saya da ada 500 pcs.
pada 23/12/2013, menerima bayaran deposit untuk menandakan persetujuan
maka pada 19/1/2014... genaplah 1000 pcs
(actually lebih dari 1k pasal saya lebihkan satu atau dua pcs dalam beberapa 50pcs pack tu)
alhamdulilah.. syukur..
and now.. down with flu + sakit gigi.. uhuhuh
takpe.. kasi rehat jap minda...
January 16, 2014
Sport Bra ...comfy Bra... genie bra..
3:23 AM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
mesti semua ada ternampak iklan kat facebook ttg bra ni kan...
saya selalu gak.. tapi tak ambik pot
tapi tah kenapa satu pagi pingin nak tahu harganya...
so saya pun "pm" la si pulan ni kat fb
esoknya dapatlah respon..
katanya 3 pcs RM90 siap pos..
emm termenung gak la..
pasal saya ni mmg selalu beli bra yang ada brand la jugak.. pasal dari pengalaman
biar mahal sikit.. asal berbaloi
dan saya pernah gak la beli yang murah.. tapi semestinya la "what do u expect" kan kalau murah.
Ciri -ciri bra yang saya selalu cari ialah..
1. tali band ke bahu kena lebar.. so saya tak rasa terterik
2. band ke bahagian belakang, saya juga suka yang lebar, so takde rasa terkelepet
3. saya tak suka ada wire kat bah bawah
4. and no inner pad.. pasal tak nak menonjol sangat
5. selalunya full cup
6. keselesaan lagi penting.. sexy tak mo
7. harga menepati budget
rasanya comfy bra ni cam menepati citarasa..
tapi saya tak pasti pasal quality.. almaklum online.. tak dapat pegang n mencuba
so as usual.. saya cuba 'goooogle'
jumpa satu blog kata dia selesa sangt pakai bra ni.. tapi namanya dia kata "genie bra"
dan harganya pun separuh dari yang saya katakan kat atas..
tapi bila masuk linknya... uhuhuh tak ada.. broken link..
so saya pun cari la sendiri.. "Genie Bra" ni..
dan saya jumpa kat MOREDEAL MALAYSIA
dan harganya setelah 61% diskaun siap pos.. adalah RM49 for 3 pcs
terus beli..
da dapat.. terus pakai
memang best...
pasal menepati citrasa yang dikatakan di atas plus
1. mmg material yang lembut jer.. bagai rasa dimanjakan
2. dia ada inner pad yang memberi support pada breast n tak menonjolkan puting.. n tak tebal sangat
3. tak ketat macam sport bra
4. sangat tak nampk kebonjolan di bahagian belakang... umpama pakai t shirt biasa je
punya suka sampai rasa nak tambah lagi 3 pcs
so pepagi lagi saya ingat nak la ke website yang sama..
tapi saya jumpa pulak yang ni
yang ni kat tempat lain pulak
harganya RM41.20 + shipping RM6 = RM47.20
amboi makin lama makin murah pulak tu kan..
memula nak aje proceed beli.. pasal nak jugak try.. maybe material sama kot
lagipun takat nak bawak tidur aje kan
tapi pasal nak menolong en hubby masak fettucini nak bawak ke majlis tazkirah kat office
so plan nak proceed tekan "check out" ditangguhkan
TAPI RUPANYANYA ada hikmahnya
bila saya try search lagi...
saya jumpa yang lagi MURAH...
saya jumpa lagi satu website namanya
(namanya pun memang menyerupai mood saya time tu.. heheheh)
lagi murah... untuk 3 pcs = RM29.90 + shipping rm6
= RM35.90
dan akhirnya saya proceed jugak... tekan check out
dan tak mo da rasa tamak nak cari yang lain2...
maybe yang murah ni bukan genuine / tulen kan..
tapi tak kisah la.. asal selesa
lagipun kalau beli original.. budget pulak sengsara,,,
heheheh
nampoak sangatlah saya ni suka meng'shopping " online kan
tapi betul.. tak tipu .. mememang bessssssttt... rasa selesa n ringan.. mcm tak pakai apa2 ...
Labels:
MISCELLANEOUS
|
0
comments
January 15, 2014
Pengalamanku setiap hari
10:27 PM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
Inilah pengalaman n pemandanganku setiap hari mulai tahun 2014 ni
sebelum ni en hubby yg ambik tugas ni..
memandangkan dia kena bertugas dlm pejabat.. n bukan lagi kat site
so kita ambik la tugasan ini
tengoklah deretan keretanya
pandangan macm sama.. tapi jadikan tiang "kanak-kanak melintas" jadi panduannya
da makin dekat
makin dekat
da mula nampak kelibat anak2ku
da ada 2 orang da
ok masuk
barulah bebetul depan sekolah
dan bermulalah buka bekal
dan penukaran baju dan bag untuk ke sekolah petang ( sek agama)
bayangkan lah kalau cuaca hujan... uhuhuh
dicampur pula disebelah saya tu ada budak kecik berumur 4 tahun yang kekdg tidur.. kekdg merengek panas..kekedg meragam... uhuhuh
tapi dalam itu juga..
projek mengait sarung telur saya habis selesai
ni dalam proses 50 yg terakhir untuk mengenapkan 1000 pcs..
hehehe not bad kan??
alhamdulilah..
Labels:
MISCELLANEOUS
|
0
comments
January 3, 2014
1st Day of school 2014
5:26 PM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
Tahun ni mmg mcm tak bersemangat nak bersekolah..
bukan anak2nya.. mak nya..
apa tak nye.. memcm nak kena settle
tahun ni bermula Jumaat n sabtu bercuti di Johor
surat yang di terima dari sekolah asrama pada awal cuti Dec2013..
katanya mula sekolah pada 2hb Jan 2014
nasiblah anak ber fb.. terus call ofis sekolah.. baru la confirm masuk daftar tingkatan 2 pada 31 Dis 2013
kali ni dorm arif di tingkat atas sekali ( tingkat 3)
so ini pemandangan di "puncak" tingkat..
sambil tarik nafas semput.. sambil snap pic
macm musim luruh la pulak kan
sila tolong angkut barang k.. umi da 'pencen' angkat barang berat2 ni
di pemandangan dorm
ada dinding mcm dalam filem p ramlee
ni pula pemandangan dari tingkap dorm arif..
saje je ambik pic ni.. kalau nanti kami datang, boleh la dia jenguk ke luar dulu
bumbung biru adalah dewan makan
bangunan depan tu ialah asrama pompuan
( ooo by the way ni Sek Men Sains KotaTinggi, Johor. dikenali sbg SAKTI)
Persiapan masuk ke sekolah kali ni...
1. beli kasut untuk 3 beradik ni.. 2 pasang sorang campur stokin dalam RM300+++
2. baju sekolah.. uniform tahun lepas masih boleh dipakai lagi so save disitu
(plan ..kalau teruk sgt nanti boleh la beli tengah tahun.. tapi alhamdulilah.. tukang sendiri..semua boleh di recycle. Cuma beli baju dalaman.. like spender n singlet)
3. Buku tulis Tahun 6 n Tahun 2 = RM80++
4. Buku sekolah agama Tahun 2 = RM20 ( pasal cuma ada 3 buku je.. lagi 4 buku lum ada stok)
5. Buku sekolah agama Tahun 6 = free ( pasal swap ngan jiran.. dia ambik Tahun 5 saya ambik Tahun 6)
6. yuran sekolah asrama SAKTI = RM1179
( Buku =RM134 + PIBG=RM280 + Makan (rm3/hari =RM750 + Majalah=RM15)
7. bag sekolah ( untuk sekolah kebangsaan) setiap sorang dalam RM150++ ( bag sekolah petang guna tahun lepas punya bag)
8. Peralatan stationeries pun beli selonggok dari Mydin.. cuma top up apa yang perlu aje.. so far takde kot beli apa2.. takat beli pen untuk budak sekolah menengah dan note pad + buku rujukan.. tak sampai RM50
Total.. roughly dalam RM2000
Alhamdulilah.. anak2 pun takde la nak memaksa beli semua baru. Bebudak ni kalau kita terangkan sebab munasabab.. insyallah dorang memahami..
Bukan la takde duit nak belikan yang baru, cuma sekarang semua benda da naik, mana yang boleh berjimat, kita jimatkan.. saya cuma risaukan masa akan datang. Takut2 harga makin naik .. gaji suami remain the same... tak ke naya
( btw, da masuk 3 tahun, gaji tak naik2...)
takpe.. rezeki tu cukup je.. cuma lebih takde la..
Tahun ni ada 1 orang sekolah menengah, 2 orang sekolah rendah.
tinggal yang sulung tunggu SPM.. sibuk nak berkerja..
( kami suruh dia try kerja sebulan, then sign up memana kursus kemahiran.. untuk menambah ilmu)
yang bongsu pulak sibuk nak ke school gak.. so plan nak masukkan tgh tahun ni..
takut2 bila awal sangat ke sekolah, nanti boring pulak...
lagipun tahun ni baru nak masuk 4 tahun umurnya..
Labels:
MISCELLANEOUS
|
0
comments
December 28, 2013
sarung bunga telur 1000pcs
7:27 PM | Posted by
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5)
sepanjang cuti sekolah saya mengait
alhamdulilah.. kali ni ada yang sudi meng'order' 1000pcs untuk majlis bulan Mac 2014
syukur da siap 500pcs di saat dia confirm kan ordernya
da siap bayar deposit da..
di saat blog di update ni.. da tambah lagi 150pcs...
yeah yeah.. syukur.. moga dipermudahkan segala urusan..
moga kesihatan tak terganggu.. dan saya mampu menyelesaikan amanah ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Why 2nd blog?
Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*
Friends
Labels
- COOKING/FOOD (61)
- CROCHET/KAIT (137)
- MISCELLANEOUS (164)
- SEWING/JAHIT (203)
Labels by Items
- Air Soya (2)
- Apam dot dot (1)
- Apron (4)
- Basket pincushions (1)
- Batu Seremban (9)
- Bib (2)
- Birthday (10)
- Books (1)
- Boxy bag (4)
- Cargo Pants (5)
- Checklist (4)
- Cinnamon Roll (1)
- Circle Zip Pouch (1)
- Corset (1)
- Cream Cheese Puff Pastry (1)
- Diaper Cake (4)
- Dining Chairs cover (1)
- Do your Own label (2)
- Egg Tarts (1)
- Embroidery (4)
- Emotion (3)
- Fabric Basket (3)
- Fabric Box (5)
- Fabric Liner (6)
- Fabric folder (1)
- Fancy Cookies (4)
- Flair Custom Chair (3)
- Gifts (19)
- Giveaway entry (10)
- Giveaway gift (10)
- Grocery Tote Bag (7)
- Headband (2)
- Holiday (14)
- Ikan Sungai Salai (1)
- Juki (4)
- Kuih Sago (1)
- Legoland (2)
- Long Skirt (10)
- Messanger Bag (8)
- Muffins (1)
- Multipurpose bag (9)
- Murtabak (1)
- Onesie dress (1)
- Oreo Lollipop (4)
- Paper Flower (2)
- Peasant Blouse (7)
- Pencil Box (32)
- Pillowcase (1)
- Pincushions (6)
- Pop cakes (3)
- Pouch Bag (26)
- Pyjamas (1)
- Ramadhan 2012 (25)
- Refashion t-shirt (7)
- Ribbons (3)
- Roti Mamat (1)
- Ruffles (3)
- Sewing tip (4)
- Shinkawa (1)
- Singer (1)
- Special Coaster (1)
- Straight Sided Triangular Cosmetic Bag (1)
- Stroller Bag (1)
- Tau Fu Fa (2)
- Teacher's Day (7)
- Tier Skirt (2)
- Trifle (1)
- Tutorials (1)
- Wallet (7)
- Water Bottled Sling Bag (4)
- Wish lists (1)
- alas meja (1)
- art (2)
- baju anak dara (10)
- baju kurung (11)
- baju melayu (25)
- booties (11)
- bow (3)
- cake (6)
- casing/bag (10)
- cendol (1)
- clear toy storage bag (2)
- coasters (4)
- dishtowel (1)
- fabric Flower (8)
- fabric book cover (1)
- felt (1)
- flower (14)
- granny square (20)
- hat (3)
- info (2)
- kopiah (2)
- leaf (1)
- movie (3)
- others (12)
- pai tee (2)
- patchworks (5)
- pockets (1)
- pyramid coin purse (3)
- raya 2011 (10)
- raya 2012 (7)
- ripple pattern (3)
- rossete fabric (1)
- sewing notion (5)
- sling Bag (5)
- tissue box cover (2)
- zipper (3)
- zippered pouch (8)
Powered by Blogger.
























