December 19, 2012

PostHeaderIcon Dilema..SMKA vs SBP vs MRSM

Semalam.. 18 Dec 2012, memang tiada niat lain nak keluar rumah.. selain mahu ke pejabat pos untuk poskan crochet bookmark customer dan nak ngintai book store sekolah da buka ke belum... tapi sebelum menuju ke sana singgah sebentar ke rumah jiran setaman untuk passing buku sekolah agama ( kami pakat tukar2 buku teks dapat jimat sikit) dan nak bagi belacan yang beli kat n9 aritu...

Tapi masa dirumahnya, baru perasan hp tertinggal la pulak... beri salam punya salam... dalam 5 min menunggu.. lelama anak nya buka pintu.. dia kata kejap ibu nak tukar "uniform".. so mmg da tahu tradisi kami.. kalau berjumpa memang borak paling kejap setgh jam... heheh sebelum terjebak... elok pas jer kat anak dia tu...

so pergi la saya dgn anak dara ke pejabat pos dan ke sekolah.. yang pasti book store bukak esok... ok balik dulu la... semua da settle...

Balik rumah, duduk jap tengok n window shopping plus blogwalking.. dapat sms dari husband mengatakan pejabat sekolah Arif minta datang ke sekolah ambik surat tawaran arif ke SEKOLAH MENENGAH AGAMA JOHOR JAYA (SMKA)... alhamdulilah... tarikh daftar 1 hb Jan 2013.

Ish.. nape la tak cakap awal2.. leh ambik terus jer tadi... ishh.. kalau bg tahu awal pun, hp kan tinggal kat rumah.... hehehe.Then hubby kata ok lah dia singgah b4 balik lunch nanti..

Tak lama lepas tu, kawan arif pulak sms, mengatakan "Tahniah!!!"
 dapat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) . Hanya 2 orang jer dari sekolah tu yang dapat offer SBP.... terus minta websitenya dan..



TAHNIAH. ANDA DITAWARKAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH BERASRAMA PENUH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013
Angka Giliran:
Nama Calon:ARIF 
Sekolah Asal:JBA1111 - SK TAMAN NUSA PERINTIS
Nama SBP:SM SAINS KOTA TINGGI
Alamat SBP:BANDAR PENAWAR
Poskod:81930
Bandar:KOTA TINGGI JOHOR
No. Tel. Sekolah:07-8222475
Tarikh Daftar : 07 Januari 2013 (ISNIN) 


memang la kami yang menghantar permohonan online ni.. pada ketika itu, kami diberitahu untuk membuat permohonan pada sebelum sekian sekian tarikh, dan tanpa berfikir panjang ..bincang punya bincang dgn en hubby maka akhirnya memilih sekolah sains kota tinggi (SAKTI), tambahan pula Arif memang pernah join lawatan ke sekolah ini, dia sangat teruja. Tapi according to arif sekolah ni susah nak dapat, kena aktif dalam ko kurikulum. Sedangkan Arif memang tak aktif sangat,
( bukan salah arif, dia pernah di offer untuk menjadi ketua pengawas, tapi abahnya tak membenarkan kerana yang sudah2 arif banyak dipergunakan oleh gurunya untuk buat itu ini, bukan nak salahkan cikgunya.. dah memang arif berkebolehan.. kalau saya jadi cikgu pun saya akan suruh mana yang murid boleh diharap)

ok.. should be Alhamdulilah la dapat... not so much of active ke tidak, huh??

Tapi... masaalah nya sekarang... kami suami isteri.. even arif pun sudah jatuh cinta pada MRSM GEMENCHEH... uhuhuh ... dan seperti yang di ceritakan oleh orang sekeliling kami ( ni pun dengar lepas pergi interview Mrsm aritu la nie).. mengatakan jika nama telah di ambil atau murid telah di offer ke SBP, maka MARA tidak akan mengeluarkan surat tawaran lagi .. walaupun murid itu layak...

Waaaaaa.. rasa penyesalan pula mengisi borang SBP itu, bila difikirkan kembali, Arif tak berkeyakinan untuk dapat 5A, maka itu pun salah satu sebab kami tak ambik pusing pasal MRSM dan juga pada masa itu, kami tak tahu menahu tentang MRSM Ulul Albab... sekarang... how??

Kalau di tolak SBP ni, MRSM belum tentu dapat lagi, kan... jangan la jadi lebai malang.. ended up dok la sekolah SMKA... uhuhuh

So, apa kami buat?? Apa keputusan kami??

Semasa minta pendapat kekawan di fb, saya diberitahu ada kawan lama ada bekerja di HQ Mara, alhamdulilah dapat mengubungi si dia.. tapi dia bukan lah dalam department tersebut.. tapi dia kenal dgn pegawai tersebut... dan memang sah lah.. nama Arif akan di tarik dari senarai mrsm...

Makanya, ini keputusan kami : 
kami akan tolak offer SBP tu ( tawakal la kan).. dan dapatkan info antara Arif layak atau tak ke MRSM Gemencheh, jika layak maka kami kena buat rayuan atau pertolongan atau segala segi ikhtiar.

Tapi jika tidak layak ke MRSM Gemencheh, maka kami still akan buat rayuan ke MRSM biasa
 ( memandangkan dengar khabar  mini ululalbab akan di adakan seluruh MRSM)

Jika tidak ... maka Arif akan bersekolah ke SMKA.

semua decison adalah berasaskan = en suami mahukan Arif menghafal Al-Quran + belajar bahasa Arab + akademi biasa.

SMKA = Sekolah agama biasa yang berasrama ( + point ada hafazan n dekat rumah. -ve point poor facilities)
SBP = Sekolah berasrama penuh ( + point masih dekat rumah -ve point no hafazan n facilities so-so)
MRSM = Sekolah asrama ( + point ada hafazan n facilities ok, -ve point jauh dari rumah) 

Moga keputusan kami adalah betul demi masa depan Arif.

## sayangnya SBP tiada offer silibus seperti ini, kan?##.

Bukan tak ber"terima kasih" atas apa pemberianNya. Namun, jika ada pilihan dan masih boleh membuat pilihan,akan kami usahakan yang terbaik dan termampu.SEMUA IBUBAPA MAHUKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK MEREKA.

PERHATIAN: ini adalah blog peribadi saya, saya coretkan untuk tatapan saya kemudian hari, bukan untuk bermegah dan bukan untuk menghiris hati sesiapa.

BETUL KE ARIF KE SMKA???? KLIK SINI .. CERITA SETERUSNYA.. HAHAHAH

7 comments:

Anonymous said...

Maaf Puan, Link keputusan ke SBP tu adalah link sebenar, kalau saya klik YA dan tekan Hantar, ada kemungkinan ianya akan aktif...???

Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5) said...

oo really?? tq.. sy pun x pasti... tapi saya da delete part yang blink2 tu.. hehehe tq ya...

keturunan sunan gunung jati said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5) said...

Alhamdulilah... terima kasih kerani sudi singgah n meninggalkan komen di sini.
Saya amatlah bersyukur dengan pemberianNya... namun, selagi ada daya saya usahakan, jika tidak saya terima seadanya.. jangan kata tiada usaha hanya bertadah tangan sahaja.

ibu angah said...

As salam..sy nak tanya pendapat..saya sekarang berada dlm dilema..anak saya yang form 1 dah masuk ke smkakl. Smka ni kalo ikut rangking mmg antara yg terbaik seluruh malaysia. Anak saya terpilih utk program ulu albab. Selepas 3 minggu anak saya dapat tawaran ke sbp- sm sains yang tak kurang jugak hebatnya..sebenarnya kami mmg nak dia ambil aliran agama..jadi kalo kat smkakl tu mmg sesuai sgt..masalahnya prigram ulul albab tu mmg sgt padat menyebabkan anak saya macam tak sanggup & nak terima jer offer ke sbp.. tapi dia sendiri pun dalam dilema..sekejap nak ke sm sains, kejap nak stay di smka..

Mama Mia said...

Assalammualaikum... tumpang lalu n nak bertanya....

Mama Mia said...

betulke kalo nama dah tersenarai ke SBP..xleh dah nak masuk MRSM walau layak...ermm

Post a Comment

Search Blog

Loading...

Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.