November 29, 2012

PostHeaderIcon terlajak kereta boleh di undur...

tapi kalau terlajak potong seluar????

errrrkkk...

begini alkisahnya...

memandangkan kami da jarang2 balik kampung err balik kl.. so kami decided nak kosongkan almari baju kami di rumah mak kami tu.. moga tak de la tetamu yang gunakan bilik tu.. selak2 nampak ler baju 2 kami kan...

so serombongan lah baju dan seluar di hoyong balik dari kl ke jb masa cuti raya haji aritu...

dan se"bag" tu la my hubby "sort out" semua baju yang boleh di buat kain lap... seluar yang dia leh pakai buat kerja... dan seluar yang panjang hendak dipendek kan jadi 3/4 pants...

soooooo... dia siap ikat memasing... dan dia letakkan sekeping nota "to transform to 3/4 pants" pada longgokan yang dimaksudkan..

memandangkan lepas raya aji saya kemaruk meng"crochet" bookmarks.. saya lengahkan sikit proses potong-jahit potong jahit...

tapi sejak kebelakangan ini... saya dah terpaksa me"sorting out" baju2 sekolah anak2.. yang mana boleh di "rotate" pakai dari abang kepada adik.. dan keluarkan baju sekolah lama yang boleh di cuci pakai.. maka termaktublah mood menjahit datang..

saya pun cuci- potong-jahit... nak dijadikan cerita.. saya dah keluarkan semua longgokan baju2 dan seluar2 itu dari bag satu persatu... bila jumpa satu ikatan seluar.. saya perhatikan bahagian pinggang semua da tak sesuai buat ke kerja... so dalam otak da kata "reject"... dan saya ke longgokan kedua seluar.. kali ni terlerailah nota "transform..." tadi... terus saya anggap nota ini adalah untuk longgokan seluar yng ke2... tanpa fikir panjang.. satu potong ....satu pasang.... dua pasang ( dalam hati terdetik.. cantik seluar ni kenapa laki aku nak jadikan seluar 3/4 pulak.... ooo maybe pasal ada kocek cargo ni agaknya....) .. masuk ke3 pasang.. saya da cuak.. apasal pulak seluar ni takde cargo pockets pun dia nak suruh potong... emmmm bila masuk ke4 adalah seluar jeans ( aiiikk????) seluar ke5 adalah seluar pants hitam formal... ( lagi sekali aikkk???) terus toleh ke longgokan pertama tadi...

ALAMAK!!!!!!

salah bundle la..... uhuhuhuh  camne nak buat...????

da potong ... nak buat apa lagi.. kita teruskan aje la menjahit...

sampai je hubby masuk rumah... sebelum cerita... minta maaf sesangat2... dia pun kata " rasa dah memang berkata2 dalam hati bila sy sms dia confirmkan ukuran nak potong tadi... tapi dia kata takpelah dah letak note...

bila pandang jer seluar2 tu mmg rasa kesal sesgt...

bila nak tidur cuba nak lupakan.. betapa betapa betapa careless nya daku...

tapi at the same time terfikir... takpe lah boleh pakai lagi... lagipun seluar tu da lama kat rumah mak... dah hampir dilupakan pun...

bila nak tidurkan si princess ni.. en hubby masuk bilik... dia tak sebut apa2.. tapi saya tak habis habis says SORRRRRYY... tapi selang beberapa minit... saya boleh gelak besar... gelak gelak sampai meleleh air mata.. suami pun da tersenyum kambing...

bukan apa..punyalah confident saya boleh  potong  sampai 3 pasang!!!... suami pun kata dia pun pelik kenapa masa dia takde saya buat semua tu...sedangkan punyalah seksa dan lembab nye kalau bab nak menyentengkan seluar dia.. pasal suami saya ni jenis orang yang pandai jahit seluar sendiri.. even kekdg jahitan tangan dia lebih halus dari jahitan tangan saya...

saya gelak lagi... sampailah suami kata.. " ooo ingat gelak boleh sambung balik ke seluar yang awak da potong tadi??? " uuuuhhhhhheheheheh dia tahu lah jawapannya...

2 comments:

Mila@Rimbun said...

hihi.. banyak kepandaian suami awak yer, masak pandai, jahit pun pandai.
kekadang mmglah buat silap, tp thats make us laugh of ourselves kan

Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5) said...

betul milla... mmg bila kenangkan buat laughing stock aje...

suami saya ni agaknya masa mak mertua ngandungkan dia idamkan anak perempuan kot... pasal serba serbi dia pandai.. lagi satu maybe jugak bila adik beradik ramai lelaki so adalah yang terpaksa buat kerja pompuan nie..

Post a Comment

Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.