November 18, 2012

PostHeaderIcon DUP DAP DUP DAP... RESULT UPSR 2012

Alhamdulilah... lepas di tangguhkan 2 minggu keputusan UPSR 2012 akhirnya diumumkan hari ini... dan hari ini juga putera kedua ku ini menduduki peperiksaan sekolah darjah khas ( sekolah agama)... so result di tangguhkan sampai mereka selesai kertas periksa tadi.

Dan yang men"suspen" kan keadaan bila cikgunya memanggil dua orang yang terakhir untuk ambil result .. adalah anak ku dan seorang lagi.. dan kedua2nya adalah top students...yang lagi melembahkan jiwaku bila seorang student lagi tu iaitu perempuan.. mmg terkenal dengan kehebatanya.. semenjak dia bertukar ke sekolah itu, dia lah yang selalu seiring dan selalunya dia dapat menandingi anak aku tu.. aduh.. rasa luruh jantung.. bila cikgu announce cuma ada seorang saja lagi dapat 5A dan seorang dapat 4A...

tak tahu nak letak mana muka.
( pasal masa ni kedua2 parents ada disisi anak masing2)...
airmata da mula nak mengalir...
( tah kenapa mmg dari dulu mmg soft hearted.. even tengok anak buat performance di concert sekolah tadika, menari .. airmata mesti nak menangis..kerana terharu melihat my baby da membesar..even kalau ambulance selisih masa driving pun boleh meleleh airmata kerana terfikir jika kita di situasi itu..)

En hubby ngelat.. dia banyak sangat "Butterflies in his stomach".. so dia takmo turut serta... tentera askar yang lain ditinggalkan di rumah kerana tak mahu menganggu suasana.. yang menemani tadi hanyalah anak daraku yang da mula "cranky" pasal da tunggu lama sangat...

nak ke tak nak ke.. aku kena tempuh jua... akhirnya di umumkan...
 ( masa ni cikgu mula menyakat anakku  ini dengan segala AKA... AKA.. )
 alhamdulilah dia dapat 5A!!.
.( persoalan siapa mendapat 4A antara mereka berdua.. hanyalah gimic suspen sahaja...) 
syukur.. moga terus berjaya dan berjaya anak ku...


0 comments:

Post a Comment

Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.