Showing posts with label UPSR. Show all posts
Showing posts with label UPSR. Show all posts
January 8, 2013

PostHeaderIcon KEPUTUSAN kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 Tahun 2013


Semalam petang, terbaca status facebook kawan sy, mengatakan anaknya da dapat tawaran ke MRSM Ulul Albab Gemencheh melalui sms... terus dia masuk ke link dan cetak surat tawaran...Tahniah dan alhamdulilah di ucapkan...

Frankly speaking.. berpinar jugak la membaca status tu.. hehehe bukan apa... bila darah menderu deru... ke jantung ( berdebar2).. kekurangan darah dan oksigen ke otak.. menyebabkan gelap sikit la...

Pada waktu itu, sememamgnya saya tak dapat pun sms mengkhabarkan berita yang sama kerana tahu realiti nya "BILA da terima SBP, MARA tidak akan menawarkan MRSM" namun di sudut hati masih berdoa dan berharap.. manalah tahu rezeki Arif..

Then saya ke blog yang selalu tanya khabar tentang MRSM, disana saya mendapat link yang terus dapat check  status permohonan..
iaitu : http://cms.tmsasia.com/ola/checkStatusF1.jsp


Semakan Status Permohonan Tingkatan 1 Pengambilan 2013

Sila isikan No. Angka Giliran UPSR anda.
Angka Giliran Pemohon:
(Contoh: KE1234567)



tapi malangnya.. 


Status Pemohon

Permohonan anda tidak berjaya.Sila Klik di sini untuk menghantar rayuan..

 

tapi ada link untuk buat rayuan..



Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains Mara

Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains Mara
Tingkatan 1
Tahun Kemasukan 2013
NamaARIF 
Angka Giliran
Angka Giliran Pemohon
Nota Rayuan
 

dari pembacaan saya selepas itu, rupanya ada juga yang layak tapi tiada ruangan / option "klik" untuk rayuan.
So markah interview Arif masih di tahap layak cuma SBP telah menghalangnya,ke?
Kemudian, saya terus ke blog Mrsm ululalbab.. disana rupanya tuan punya blog boleh menolong sekiranya sesiapa ingin tahu tentang markah interview anak mereka... hanya untuk mendapatkan bayangan layak atau tidak...

Dan ada seorang commentor mengatakan dia mendapat 75/100  hafazan dan dia tidak dapat tawaran, adakah dia boleh membuat rayuan?
Menurut tuan punya blog, kebanyakan yang layak rata-rata mendapat 90/100 hafazan. 

Kemudian, saya email ke tuan blog untuk meminta bantuan untuk tahu keputusan Arif, sekurang2nya kami tahu pencapaian Arif, jangan kerana SBP, Arif tak dapat Mrsm... tapi lepas hantar... dan pulang balik ke blog tu... "post" tu da hilang.... hehehe agaknya ramai sangat yang masuk sampai tak terlayan da kot...even saya syak tuan blog da simpan ( save) that post dalam "draft" mode... 

The question is ...
kenapa la nak berahsia sangat benda2 yang betul dan baik.At least kita dapat hint,ujian hafazan la segala2nya untuk masuk Ulul Albab, lain2 tu utk tapis masuk MRSM biasa.

so kami nilai sendiri la...
( Emmm kalau flash back cerita masa interview dulu...rasanya arif kata dia dapat hafal 6/8 baris..tu da 75% klau tolak salah.. sana sini.. teruk kira dalam ( 60-70%) kot,,so same kes la ngan commentor tu..)

Well, at least kami tahu la Arif bukan semata2 kena rejek psl SBP tp sebab ramai calon lain yang jauh lebih berhak dan layak dari dia dari segi hafazan. mmg kami akui kebenaran itu, sebab ustaz mengajar quran di rumah ialah abahnya yang ber"cap" / bertopi bukannya berkopiah dan berserban...

dan persiapan ke interview di sini)

P/S: SEMUA IBUBAPA NAK YANG TERBAIK UNTUK ANAK MEREKA. SEBAGAI IBUBAPA KITA BUAT SEDAYA MAMPU KITA, KEMUDIAN KITA SERAH PADANYA...


December 19, 2012

PostHeaderIcon Dilema..SMKA vs SBP vs MRSM

Semalam.. 18 Dec 2012, memang tiada niat lain nak keluar rumah.. selain mahu ke pejabat pos untuk poskan crochet bookmark customer dan nak ngintai book store sekolah da buka ke belum... tapi sebelum menuju ke sana singgah sebentar ke rumah jiran setaman untuk passing buku sekolah agama ( kami pakat tukar2 buku teks dapat jimat sikit) dan nak bagi belacan yang beli kat n9 aritu...

Tapi masa dirumahnya, baru perasan hp tertinggal la pulak... beri salam punya salam... dalam 5 min menunggu.. lelama anak nya buka pintu.. dia kata kejap ibu nak tukar "uniform".. so mmg da tahu tradisi kami.. kalau berjumpa memang borak paling kejap setgh jam... heheh sebelum terjebak... elok pas jer kat anak dia tu...

so pergi la saya dgn anak dara ke pejabat pos dan ke sekolah.. yang pasti book store bukak esok... ok balik dulu la... semua da settle...

Balik rumah, duduk jap tengok n window shopping plus blogwalking.. dapat sms dari husband mengatakan pejabat sekolah Arif minta datang ke sekolah ambik surat tawaran arif ke SEKOLAH MENENGAH AGAMA JOHOR JAYA (SMKA)... alhamdulilah... tarikh daftar 1 hb Jan 2013.

Ish.. nape la tak cakap awal2.. leh ambik terus jer tadi... ishh.. kalau bg tahu awal pun, hp kan tinggal kat rumah.... hehehe.Then hubby kata ok lah dia singgah b4 balik lunch nanti..

Tak lama lepas tu, kawan arif pulak sms, mengatakan "Tahniah!!!"
 dapat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) . Hanya 2 orang jer dari sekolah tu yang dapat offer SBP.... terus minta websitenya dan..



TAHNIAH. ANDA DITAWARKAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH BERASRAMA PENUH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013
Angka Giliran:
Nama Calon:ARIF 
Sekolah Asal:JBA1111 - SK TAMAN NUSA PERINTIS
Nama SBP:SM SAINS KOTA TINGGI
Alamat SBP:BANDAR PENAWAR
Poskod:81930
Bandar:KOTA TINGGI JOHOR
No. Tel. Sekolah:07-8222475
Tarikh Daftar : 07 Januari 2013 (ISNIN) 


memang la kami yang menghantar permohonan online ni.. pada ketika itu, kami diberitahu untuk membuat permohonan pada sebelum sekian sekian tarikh, dan tanpa berfikir panjang ..bincang punya bincang dgn en hubby maka akhirnya memilih sekolah sains kota tinggi (SAKTI), tambahan pula Arif memang pernah join lawatan ke sekolah ini, dia sangat teruja. Tapi according to arif sekolah ni susah nak dapat, kena aktif dalam ko kurikulum. Sedangkan Arif memang tak aktif sangat,
( bukan salah arif, dia pernah di offer untuk menjadi ketua pengawas, tapi abahnya tak membenarkan kerana yang sudah2 arif banyak dipergunakan oleh gurunya untuk buat itu ini, bukan nak salahkan cikgunya.. dah memang arif berkebolehan.. kalau saya jadi cikgu pun saya akan suruh mana yang murid boleh diharap)

ok.. should be Alhamdulilah la dapat... not so much of active ke tidak, huh??

Tapi... masaalah nya sekarang... kami suami isteri.. even arif pun sudah jatuh cinta pada MRSM GEMENCHEH... uhuhuh ... dan seperti yang di ceritakan oleh orang sekeliling kami ( ni pun dengar lepas pergi interview Mrsm aritu la nie).. mengatakan jika nama telah di ambil atau murid telah di offer ke SBP, maka MARA tidak akan mengeluarkan surat tawaran lagi .. walaupun murid itu layak...

Waaaaaa.. rasa penyesalan pula mengisi borang SBP itu, bila difikirkan kembali, Arif tak berkeyakinan untuk dapat 5A, maka itu pun salah satu sebab kami tak ambik pusing pasal MRSM dan juga pada masa itu, kami tak tahu menahu tentang MRSM Ulul Albab... sekarang... how??

Kalau di tolak SBP ni, MRSM belum tentu dapat lagi, kan... jangan la jadi lebai malang.. ended up dok la sekolah SMKA... uhuhuh

So, apa kami buat?? Apa keputusan kami??

Semasa minta pendapat kekawan di fb, saya diberitahu ada kawan lama ada bekerja di HQ Mara, alhamdulilah dapat mengubungi si dia.. tapi dia bukan lah dalam department tersebut.. tapi dia kenal dgn pegawai tersebut... dan memang sah lah.. nama Arif akan di tarik dari senarai mrsm...

Makanya, ini keputusan kami : 
kami akan tolak offer SBP tu ( tawakal la kan).. dan dapatkan info antara Arif layak atau tak ke MRSM Gemencheh, jika layak maka kami kena buat rayuan atau pertolongan atau segala segi ikhtiar.

Tapi jika tidak layak ke MRSM Gemencheh, maka kami still akan buat rayuan ke MRSM biasa
 ( memandangkan dengar khabar  mini ululalbab akan di adakan seluruh MRSM)

Jika tidak ... maka Arif akan bersekolah ke SMKA.

semua decison adalah berasaskan = en suami mahukan Arif menghafal Al-Quran + belajar bahasa Arab + akademi biasa.

SMKA = Sekolah agama biasa yang berasrama ( + point ada hafazan n dekat rumah. -ve point poor facilities)
SBP = Sekolah berasrama penuh ( + point masih dekat rumah -ve point no hafazan n facilities so-so)
MRSM = Sekolah asrama ( + point ada hafazan n facilities ok, -ve point jauh dari rumah) 

Moga keputusan kami adalah betul demi masa depan Arif.

## sayangnya SBP tiada offer silibus seperti ini, kan?##.

Bukan tak ber"terima kasih" atas apa pemberianNya. Namun, jika ada pilihan dan masih boleh membuat pilihan,akan kami usahakan yang terbaik dan termampu.SEMUA IBUBAPA MAHUKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK MEREKA.

PERHATIAN: ini adalah blog peribadi saya, saya coretkan untuk tatapan saya kemudian hari, bukan untuk bermegah dan bukan untuk menghiris hati sesiapa.

BETUL KE ARIF KE SMKA???? KLIK SINI .. CERITA SETERUSNYA.. HAHAHAH
December 14, 2012

PostHeaderIcon Pada Hari temuduga MRSM ULUL ALBAB GEMENCHEH

selepas perbincangan keluarga dilakukan... 
yang bermula 
mahu bercuti ke AFamosa Resort ?
(kerana jarak ke MRSM Gemencheh hanya dlm 30 min)
 tapi bimbangkan keselamatan anak2 yang lain pula...
akhirnya 
kami bersetuju pulang ke rumah mak saya di Kuala Lumpur.. dan keesokan harinya baru lah ke MRSM. Senang hati melepaskan anak2 yang lain dalam jagaan nenek mereka... makan di jaga, tempat yang selamat dan mereka pun gembira dan selesa...

so kami plan bertolak lepas solat subuh.. dong dang dong dang bertolak dari kl bebtul masuk highway dalam kul 7.45am... dalam hati tak berhenti berdoa moga sempat sampai sebelum pukul 10pagi...

sampai Tol Simpang Ampat/Tampin dalam pukul 9 pagi... kami tak kisah sangat nak berhenti makan pasal alhamdulilah, mak saya sempat memasak nasi goreng untuk sarapan semasa kami bersiap2 tadi..

Kedudukan MRSM tu memang jauh kedalam... memang kena lalui kampung dan jalan yang sunyi... lepas sahaja bandar Gemencheh, ingat da dekat... tapi jauh lagi... adalah dalam 10 min kedalam lagi...
Hala tuju ke sana boleh di google... ikut saya arah tujunya.. insyallah sampai... kalau nak ikut signboard.. memang kecik aje.Yang saya perasan kat traffic light kat town gemencheh  pastu lepas Kg Sg Dua baru lah jumpa satu dua lagi signboard MRSM...



Sampai aje kesana, sudah ramai dan banyak kereta yang berparking. Tapi no queue... bila terus ke kaunter pendaftaran, penerangan yang terang.. cuma kami keliru kenapa masa di surat pada 10 pagi bermula tapi nampak pada gayanya macam pukul 8 dah ada yang sampai. Bayangkan kami sampai tepat pada masanya 9.45 pagi.. tapi mendapat no giliran 158... so arif adalah salah seorang murid yang berada dalam batch terakhir untuk seisi pagi .( Seisi pagi angka giliran dari no 1 hingga 180 ). maksudnya pendaftaran tidak mengira masa di surat tawaran tetapi ikut siapa cepat dia dapat angka giliran).. huhh??

So kami pun menunggu lah.. patutnya ada taklimat di surau.. tapi memandangkan anak dara sorang ni tengah mengkudap2 nugget yang dibeli kat koperasi tadi, maka tak manis pulak bawa makanan ke dalam surau, kan? maka kami decided duduk kat luar tu... ramai sangat .. so kami dok la tepi parit kecil..nasib la bersih..nasib juga lah taklimat ni dapat didengar dr segala pelusuk sekolah pasal guna mic. kendian, ada tempat duduk kat kafetaria sebelah surau. So kami duduk sana sambil menikmati teh tarik kami.. 



Dari taklimat yang kami dengar, so far ada 1440 calon yang akan menghadiri temuduga selama 4 hari tu.. banyak juga persaingannya.. yang hanya untuk memenuhi tempat 180 murid ( 90 lelaki dan 90 perempuan).
Sambil mendengar, suami siap sempat belegar2 di perkarangan sekolah sambil mengambil gambar). MRSM ni baru ditubuhkan 4 tahun lalu.. so mereka belum ada lagi student SPM... juga diberitahu tentang rutin harian yang akan dilalui jika calon terpilih. Dengar memang padat masa, namun saya suka kerana dari padat dengan aktitivi tengok tv aje kat rumah, eloklah padat dengan aktiviti ilmiah... even saya dulu pun pernah lalui kehidupan di MRSM selama 2 tahun... not bad lah... 5 kali sehari makan... perhhhhgg.. ok la tu.. even siap ada seisi "nap" kejap selepas lunch dan solat zohor... 

Bila da tegak matahari ( dalam pukul 11.50 ) kami rasa gelisah. Ramai da mula menuju ke kafe untuk makan lunch.. tempat duduk da mula kena kerumun.. nak makan rasa tak sedap pulak hati , mengenangkan Arif dok dalam tu tak makan apa2 semenjak keluar rumah tadi. So kami angkat punggung dan berjalan2.. 
(masa ini pun,taklimat belum habis lagi )

kemudian kami menuju ke tempat pendaftaran tadi, masa ni memang kami tak tahu lagi kedudukan Arif dimana.. adakah dia masih di tempat temuduga? atau masih menunggu dimana? atau sudah berada di dewan besar untuk soalan bertulis? even no giliran pun kami tak tahu...



Saya minta suami tengokkan anak dara, saya pergi menyiasat... menyiasat la sangat.. hehehe

Sesampai di dewan, saya mengeleng .. tapi dalam hati..  bukan apa... ada ibubapa yang masih tak dapat menghormati proses temuduga.. mereka sanggup melepasi kawasan larangan untuk ibubapa... kesian calon2 temuduga.. pasti debar2 dalam kelaparan tengok ibubapa dok berdiri keliling mereka..




lepas satu batch dilepaskan, masih Arif takde kelibat.. batch kedua pun sama... mana lah Arif ni??

So semasa batch ke3 keluar, saya curi2 ambil gambar dalam dewan.. ambil kesempatan snap pic bila pintu dibuka untuk laluan murid keluar... saya snap, saya tengok balik pic tu.zoom.. zoom.. dua tiga kali snap, saya dapat spot Arif... hahahah bijak tak bijak tak?? hehehe





Tapi Arif dalam batch terakhir.. yang berakhir pada pukul 1.30pm... kesian dia.. mesti perut lapaq...

Kendian saya pulang ke tempat suami saya duduk layan anak tadi, terjumpa pulak kawan lama... beborak jap... tak lama lepas tu nampak kelibat Arif, minta suami tengok kan..

Dalam kereta, turn kami pulak interview Arif..
best partnya.. part hafazan.. 
rupanya satu mukasurat yang saya ingat ada 8 ayat..
rupanya hanya 8 baris..
so arif dapat hafal 6 baris.. 
( so far dia tanya kekawan dlm batch dia ramai dapat hafal 6 baris)
soalan interview yang kami tanya2 pada Arif.. adalah satu dua yang sama
ada juga soalan impromtu ditanya dalam bahasa inggeris
(nasib la jugak suami mmg selalu sarankan berbahasa inggeris dalam kereta suami)
arif juga disuruh suarakan azan
( haaa.. kan berguna jugalah suruh dia azan tiap kali kami berjemaah)

alhamdulilah.. arif pun kata soalan bertulisnya "not bad".. ada yang susah, ada yang tricky..
biasalah... tapi semua soalan berjawab... salah betul kendian cerita..

kalau terpilih alhamdulilah.. kalau tak, ada rezeki tempat lain....

moga2 Arif berjaya, ya...

Amin..

p/s :dalam perjalanan balik, kami singgah beli belacan, dodol dan lepok durian buat buah tangan..



PostHeaderIcon Bertuahnya Arif!!

Seronoknya Arif... rezeki dia memang murah... semenjak dapat result cemerlang UPSR...

Arif da dapat..

1. RM100 dari sekolah ( actually dari bapa seorang murid)
2. RM10 dari cikgu bimbingannya
3. Notebook Toshiba dari abahnya.. bernilai RM960


4. PS Vista dari mak sedaranya (Umi Aida) bernilai RM1399

5. RM150 dari pakciknya (Ami Ngah)
6. RM300 dari atok koyan

amboi amboi.syukur alhamdulilah.. saya ibunya yang tumpang gembira... inikan pula adik beradik lain... boleh tumpang bermain... tapi bukan semua cash dia boleh ambik... hampir separuh kami masukkan dalam bank akaunnya...PS Vista dan notebook pun,masa cuti sekolah panjang jer boleh main games... hari sekolah kena simpan..

saya post kan pemberian semua ni bukan niat nak menunjuk2... just nak buat simpanan dalam "peti besi" blog ni.. mana lah tahu kot satu hari si Arif ter"lupa" betapa semua ahli keluarga menyokong dan sentiasa memberi semangat untuk terus belajar dan cemerlang. Dan tumpang bangga dan gembira dengan kejayaannya. Arif juga secara tak langsung telah menetapkan "benchmark" untuk adik-adiknya dan pada dirinya sendiri. UPSR baru satu tapak... banyak lagi yang perlu ditempuhi...anyway...

Good Job Arif.....

moga terus maju dan terus berjaya...dunia dan akhirat... amin..



December 12, 2012

PostHeaderIcon Persiapan temuduga MRSM Tingkatan 1 2013

Alhamdulilah... anak saya (ARIF) layak untuk menghadiri temuduga di MRSM ULULALBAB Gemencheh Negeri Sembilan pada 10hb Dec 2012.. menurut surat temuduga bermula pada 10pagi.. dan dinasihati datang 15 minit awal...

Bila khabarkan pada Arif kami memilih MRSM GEMENCHEH untuknya...ada interview dan ada hafazan... dia memberi feedback yang tidak memberangsangkan... takut la tu... so saya dan suami cuba memjuk dia dengan sebab2 kenapa MRSM dan kenapa pilih ULUL albab... hahah sesiapa yang first time dengar pasti tingat cerita ahmad albab, kan... kalau ada sesape nak tahu lebih lanjut tentang beza MRSM Ulul Albab dengan MRSM biasa.. sila klik sini

Dan kebetulan pula 24hb Nov 2012, Arif dipanggil untuk temuduga di Sekolah Men Keb Agama Taman Johor Jaya.. untuk mendapatkan pengalaman di temuduga, kami syorkan mencuba... at least kalau tak dapat ke MRSM, SMKA boleh la...insyallah..
inilah bangunan sekolah yang tak lekang dari pandangan mata saya sepanjang Arif dalam bangunan itu, rasanya kalau ada 100 murid turun naik tangga tu, setiap sorang saya akan pandang.. memandangkan panas, maka kami menunggu dalam kereta sahaja...

suami menunggu di luar kereta, kami didalam kereta .. makan2 dalam suasana ber"air cond"...
tapi..
 mata tetap kat building tu...
bila nampak Arif keluar tersenyum... dalam hati rasa bersyukur dan alhamdulilah..
sekurang2nya "beban" perasaan pada kami berkurangan..
keputusan belum tahu lagi..
tapi arif kata insyallah dia rasa confident.

TAPI...

MRSRM interview ada hafazan.. kat SMKA tak ada... 

so apa kami buat untuk tolong Arif? kami putuskan untuk reshcedule time table dia untuk menghafal surah at least 3 kali sehari... pagi (lepas subuh), petang ( lepas asar) dan Malam (lepas maghrib)

tapi Arif masih tak confident..kami offer abangnya untuk challenge dia menghafal... sesiapa dapat hafal lebih ayat dari Arif, ada habuannya..
so alhamdulilah.. ada improvement..
cuma kalau ikutkan tips yang dibaca kena menghafal 8 ayat / satu mukasurat dan diberi masa 25 minit.
Arif hanya mampu menghafal ayat paling banyak hanya 4 ayat sahaja... 
aduh.. meruntun jiwa...
tapi no pressure.. just kecewa sikit jer..
tapi kalau dia tak mampu, tak kan nak paksa kan..
even Arif pun da macam malas sangat .. 
kami biarkan saja.. cuma concentrate bagi soalan temuduga yang kami rasa untuk meningkatkan semangat
dan supaya Arif tak kekok menjawab soalan... 
pada mulanya almost semua soalan kami dia akan jawan "Tak Tahu"
alamak... "hidup " ke kalau g interview semua soalan dapat jawapan camtu?
so kami bagi lagi banyak info tentang sekolah (beza SMKA dan MRSM Ulul albab)
dan kenapa memilih sekolah itu (bukan nak jadi Ustaz)
dan kenapa kena melalui temuduga (do dan donts pun)

namun execrcise hafazan masih juga dilakukan..

pada saat2 akhir ( sehari sebelum ) ke mrsm
saya terjumpa tip berbentuk video ini,
saya suruh Arif tengok keadaan semasa temuduga 


{VIDEO} TIP DAN PANDUAN MENGHADIRI TEMUDUGA ULUL ALBAB 2013: .

Alhamdulilah.. bila dia da tengok suasana nya nampak ada improvement pada confident level dia..
Bersedia atau tidak, kami tawakal sahaja.. sekurang2nya kami semua mencuba dan memberi peluang yang ada... so here we go...

( to be continue.....)


November 18, 2012

PostHeaderIcon DUP DAP DUP DAP... RESULT UPSR 2012

Alhamdulilah... lepas di tangguhkan 2 minggu keputusan UPSR 2012 akhirnya diumumkan hari ini... dan hari ini juga putera kedua ku ini menduduki peperiksaan sekolah darjah khas ( sekolah agama)... so result di tangguhkan sampai mereka selesai kertas periksa tadi.

Dan yang men"suspen" kan keadaan bila cikgunya memanggil dua orang yang terakhir untuk ambil result .. adalah anak ku dan seorang lagi.. dan kedua2nya adalah top students...yang lagi melembahkan jiwaku bila seorang student lagi tu iaitu perempuan.. mmg terkenal dengan kehebatanya.. semenjak dia bertukar ke sekolah itu, dia lah yang selalu seiring dan selalunya dia dapat menandingi anak aku tu.. aduh.. rasa luruh jantung.. bila cikgu announce cuma ada seorang saja lagi dapat 5A dan seorang dapat 4A...

tak tahu nak letak mana muka.
( pasal masa ni kedua2 parents ada disisi anak masing2)...
airmata da mula nak mengalir...
( tah kenapa mmg dari dulu mmg soft hearted.. even tengok anak buat performance di concert sekolah tadika, menari .. airmata mesti nak menangis..kerana terharu melihat my baby da membesar..even kalau ambulance selisih masa driving pun boleh meleleh airmata kerana terfikir jika kita di situasi itu..)

En hubby ngelat.. dia banyak sangat "Butterflies in his stomach".. so dia takmo turut serta... tentera askar yang lain ditinggalkan di rumah kerana tak mahu menganggu suasana.. yang menemani tadi hanyalah anak daraku yang da mula "cranky" pasal da tunggu lama sangat...

nak ke tak nak ke.. aku kena tempuh jua... akhirnya di umumkan...
 ( masa ni cikgu mula menyakat anakku  ini dengan segala AKA... AKA.. )
 alhamdulilah dia dapat 5A!!.
.( persoalan siapa mendapat 4A antara mereka berdua.. hanyalah gimic suspen sahaja...) 
syukur.. moga terus berjaya dan berjaya anak ku...


Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.