December 23, 2012

PostHeaderIcon KES TAK PUASHATI (Part 1) - Kami "diROMPAK"

Tanggal 20hb Dec 2012, rata2 mengatakan tentang Manyan teori as da nak kiamat da dunia nie, as kita sebagai muslim, tak kan nak percaya.. kiamat adalah kerja Allah.

memandangkan anak2 da stay kat KL (rumah nenek mereka) selama 10 hari..
(kira habis la duit makcik pakcik dorang kena belanja 4 beradik tu)
maka saya dan suami decided nak g ambik dorang balik ke JB.
rasa gatal nak try ambik offer Groupon

[Up to 55% Off] 24-hour Car Rental with Personal Accident Insurance & More. Choose 5-seater Car / 7-seater MPV from RM99. Valid at 8 Pick-up Points in Peninsular MalaysiaCross country travels are made easy with the aid of navigators, GPS devices, and fast food chains. Today’s Groupon serves convenience with a 24-hour car rental package from Hawk Rent-A-Car, valid at eight pick-up points in Peninsular Malaysia. Choose from: Group C vehicles for RM...

Kami memilih Nisaan Serena 24 hours for RM179 ( no hidden cost) ..nampak cantik.. tapi adalah calar balar sikit... Actually ni first time menyewa kereta dari syarikat ( bukan persendirian) so dia letakkan syarat kena bagi credit card untuk sebarang saman, calar atau any thing la.. so kita pun kasi la.. memikirkan so far alhamdulilah travel mana2 pun takde la nak mencalarkan memana kereta, inikan pula nak accident, kan.. (minta dijauhkan la).

ni anak dara yang sedang menikmati Coki Coki sambil menonton
 TinkerBell yang disebut sebagai "kerbau" ( itulah bunyinya)

tak disangka2....

cuba teka??

selain awan yang tebal ...?
nampak tak??

hasil serpihan batu dari lori yang selisih tadi, memula kecik jer, pastu dia spread dalam 4 inchi retaknya.

Takpelah suami kata, malang tak berbau.
Kita bayar la.. adalah tu dalam RM200 kalau tak pun paling tinggi RM500
satu windscreen tak sampai RM1000 pun inikan pula tak menjejaskan pemandangan dan pemanduan.

So kami pun lalala... cuma penat la sikit pasal kena travel within 24hours, pergi balik KL - JB.
kami kira RN179 ( sewa kereta) + tol + gas = RM400

fuhh banyak jugak , kan?? tapi nak merasa, lagipun keselamatan dan keselesaan keutamaan kami

Hubby hantar balik ke drop point, khabarkan tentang retak, dia kata 
"ok, nanti kami nilaikan kami akan call balik"
Sesampai ke rumah, suami kena ke pejabat kerana ada mesyuarrat.
Masih nampak lagi kelibat kereta suami ( kira tak sampai 1/2 jam lepas hantar kereta)
 masa dapat call dari mereka.
mereka kata "Kami dah panggil penilai, dan akak dikenakan RM1500"
WHAT!!!!!???
percaya tak??
tak tahu nak kata apa dah..
cuma mengucap aje lah.. pastu tanya boleh dapat diskaun??
nak tak nak kena la bayar , pasal credit card dia da ambik
bila call balik suami, lagi sekali kena jerit 
"WHAT???!!"
so lepas discuss, kami suruh dia reserve balik transaction tu, kalau tak kami akan ke Tribunal.
call balik mereka, da pasti la dorang tak nak reverse, transaction da successful
so call bank, bank nasihat tunggu 24 hours isi Dispute Form + Polis Report.
(masa ni hanya tuhan je la tahu, da la penat, + pening kepala) 
sebelum proceed dan sambil  tunggu suami balik rumah, saya try call balik dan try slow talk,
cuba dapatkan diskaun dan cuma rasional sikit

dari kerani dipas nya saya ke 
MANUSIA LELAKI MELAYU 
yang tak nak menurunkan nada tinggi suaranya.. 
umpama saya sendiri yang telah meretak kan wind screen tu.
Saya cuma menerangkan keadaan saya yang di saat akhir tahun ini memerlukan duit yang banyak untuk persedian sekolah,
 yang saya dengar hanyalah keluhan yang boring nak dengar kisah "sedih" saya itu..

Saya kata kan memang saya faham situasi dia yang hanya menjalankan amanah kerja.
kami tahu kami salah, kami memang bersedia nak bayar... Cuma saya kata ,yang saya tak faham 
" Kenapa dikenakan RM1500!!" 
dia mula bercakap speakingnya mengatakan 
"sepatutnya kami boleh caj akak RM1800 , without question ask!!"
dan caj itu telah diselidik oleh orang tertentu yang mengatakan retak itu dari akarnya. plus kos dok dalam bengkel dan kerugian mereka 
saya cuma mengajak dia bercakap cara baik dengan intonasi yang baik.
namun kejap aje, pastu dia naik balik suaranya.
 memandangkan saya bukanlah arif sangat nak bertengkar tentang cost repairing apa lagi tentang windscreen, saya katakan saya akan suruh suami call balik.
dan saya ada memberitahu kami akan buat polis report dan akan ke Tribunal.
Dia kata "pergi la kak, kami ada semua form yang akak da sign"
amboi BONGKAK dan ANGKUH nya manusia ni..
so, saya selidik balik form ditangan saya,
 dan hanya ada pada saya ialah form yang telah siap dicetak dan bukannya form yang saya sign sikit sana sikit sini.
dan satu lagi form yang bertulis kesan scracth sana sini yang ada sign saya
dan adalah perkataan 
"NON Waivable Damage Excess RM1800"
( mana ye nak cari actual detail tentang ini????)
bila suami balik, kami silih berganti membaca Fine Print 
yang memang rata-rata hala ke mereka.
Tiada peluang langsung untuk kami fight balik.
Dengan cara terpaksa, kami terpaksa terima hakikat yang kami telah 
dipaksa bayar dengan kata lain telah di ROMPAK
Yang rasa terkilan sangat, cara layanan yang diberikan. 
Umpama berurusan dengan ROBOT  yang tiada belas kasihan dan berhati perut.
Ucapan "sory" amat susah nak dengar dari pihak mereka, inikan pula " TQ" kerana telah ambil duit kami cara paksa. Apalah salahnya dengar sesaat dua "rintihan" dan nyatakan rasa kesal atas apa yang berlaku.??

Emosi dan mental kami memang amat terganggu, 
Bayangkan saya menaip ni pun kul 3pagi.
cuma yang kami mampu katakan,
jika benar caj yang dikenakan tidak menganiaya kami,kami redha, 
tapi jika kami teraniaya, kami akan tuntut dan deal dengan mereka di akhirat kelak.

Alhamdulilah, kami suami isteri masih berakal dan waras, kami tak bergaduh dan salah kan sesama sendiri dalam hal  ini, duit bukan segalanya. saya rasional kan reason mengatakan RM1500 memang banyak tapi kita cuba lupakan, bayar sikit2. 
Maybe Allah nak duga kita. Suami pula rasa bersalah kerana missed solat Jumaat hari tu ( kebetulan memang sampai JB pukul 1pm) untuk menghormati masa itu, kami delay kan penghantaran yang sepatutnya pukul 2pm (nasib ada grace period 1 jam).

Cuma, tiap kali lepas solat  dan bangun dari tidur saya berdoa, 
saya doakan moga ROBOT yang deal dengan saya itu TAK DAPAT TIDUR LENA 
setiap malam kerana teringatkan kes kami 
sehingga saya sendiri dapat melupakan kes ni 
( heheh jahatkan saya??) 
biarlah tuhan tarik sikit jer nikmat dunia dia, biar dia sedar tinggi rendah dunia.. 
yang dia dok meng"bongkak"kan diri sesama manusia dan sesama agama.

Patut la namanya "HAWK" = Pemangsa!!
Agaknya ramai la mangsa mereka bila tingat kat calar balar kereta tu yang tak dibaiki pun.

Maka inilah kos rental car yang temahal yang pernah saya alami
Nissan Serena rented for 24 hours = RM2000!!!

PEROMPAK!!!!

##Takkan ku halalkan walau sesen untuk bahagian yang tak sepatutnya!!!

PART 2

2 comments:

Mila@Rimbun said...

Moga Allah permudahkan.... insyallah.

Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5) said...

tq milla..

Post a Comment

Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.