Showing posts with label kes tak puashati. Show all posts
Showing posts with label kes tak puashati. Show all posts
February 7, 2013

PostHeaderIcon KES TAK PUAS HATI (PART 3)




dalam minggu ni dapat surat dari
1. Standard Chartered... pasal lepas fax dispute form kepada meraka pada Disember lepas.. terus dia buat reversal transaction.. kata mereka, mereka akan siasat.... kemudian mereka kasi surat bawah ni mengatakan hasil siasatan mereka

mereka attached sekali invoice dari Hawk ke Groupon untuk claim bahagian 
 RM mereka yang saya da bayar ke groupon RM179... tapi kalau zoom kat surat tu Rm1500 dikatakan accident claim...emmm kisah break down apa yang accident or apa yang dah di repair masih blur...

nasib la standard chartered kasi chance lagi untuk kami explain adakah kami puashati dengan penjelasan Hawk tu... of course la kami jawap tak puashati dan reason kami...

selang bebebrapa hari ( dlm minggu yang sama ) dapat pulak surat dari 


2. Tribunal..
yang saya isi online... ingat takde tindakan apa2 pasal diam aje dari pihak Tribunal...

sama jugak Tribunal minta Hawk kasi penjelasan... cuma silapnya Tribunal.. dia kata kami nak refund...
sedangkan kami bukan nak refund.. kami nak tahu detail kos yang kami memang kena bayar..
kami tahu lah kami memang kena bayar.. (da kalau kereta kita yang kena mestilah kita nak gantirugi..kan)..
cuma kami nak tahu kenapa sampai RM1500.. mahal sangat ke nak baiki retak  4 inchi kat windscreen tu??
kalau betul semahal itu, berilah resit ke? quotation ke? mengatakan breakdown yang mengatakan memang kena bayar RM1500 tu...


emmm kita tengok la apa yang jadi nanti...
tapi alhamdulilah.. takat ni Rm1500 tu memang belum di masukkan dalam kredit card.. kalau tak sesaja je bayar interest ...


December 27, 2012

PostHeaderIcon KES TAK PUASHATI ( PART 2) Polis Report (26 Dec 2012)

PART 1 - APA DA JADI??

Berkat "sharing" dengan kekawan kat facebook tentang ke tidak puas hatian saya tentang "perompak"... maka saya bersemangat dan berkeyakinan untuk "fight my rights!!".tetiba rasa berkobar-kobar lak...
kalah menang kendian cerita... janji saya puashati dan boleh tidur lena tiap malam.
 Setelah berhempas pulas mengarang... juga dapat bantuan dari pihak suami untuk meng"edit" karangan saya, dari style karangan , menjadi skrip drama pun ada, lalu bertukar menjadi point form (supaya pembaca tak boring membaca) akhirnya...

1) Pada 26 Dec 2012,kami telah pun membuat Polis Report di balai yang berdekatan.... masuk balai kul 4.09pm.. keluar dalam kul 5.45pm... mak aii baru lah merasa betapa payah bebenor la nak buat report ni... kita sesama bahasa dengan polis pun mengambil masa yang lama.. bayangkan kalau rakyat bangsa cina yang tak fasih berbahasa nak buat laporan.. memang la disediakan penterjemah... tapi agaknya berjam2 la dari pengadu ke pentafsir dan ke pegawai polis yang bertugas.

nasib la kami da "draft" dan "printed out" segala macam dokumen yang diperlukan, so walaupun da malap jer mata dan hati nak terangkan kat polis tu, tapi bila dia mula tanya soalan situ sini, saya terus 'refer to" karangan saya.. hehehe umpama dapat soalan bocor la... bayangkan saya punya karangan asal ada 3 muka surat... polis report satu mukasurat jer, teror la kan?? tapi saya punya siap dari awal pembelian kuopon..hinggalah kejadian berlaku... akhirnya dua2 pihak puas hati... tapi takleh balik lagi... kena tunggu dorang refer dulu kes ni ke balai yang akan ambil tindakan. Tak lama la tunggu... dalam 10 min, adalah inspektor dari kawasan kejadian ( heheh kat JB selatan daaa) dia tanya kenapa, bagaimana dan tahukah... maka... dia kata " ok, puan boleh proceed ke Tribunal"... so saya pun "ooo da boleh balik da nie??" umpama kena masuk lokap la pulak, kan? heheh bila saya inform balik ke pegawai kat kaunter tadi, dia terus advise ambik terus Salinan Report Polis yang telah disahkan pasal selalunya Tribunal memang nak kan salinan sah.. ok.. so bayarlah RM2...takpelah... mana tahu berkat RM2 leh jimat RM1000, kan kan kan???

Esoknya da siap2 da file nak g Tribunal... b4 g update status dulu kat facebook, ada kawan kata buat online jer... emmlagi bagus, kan?? boleh jimat masa...

Batal ke Tribunal, kita ke Plaza Angsana.... beli persiapan sekolah..... ( nanti kita story d mory k )

balik dari shopping, saya mengadap laptop... saya terjumpa blog ini yang penuh berinformasi...


siap dipisahkan Pertubuhan Kerajaan ,Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Agensi-agensi Lain..

2) So saya da hantar permohonan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) secara online

Then try masuk ke  Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) tapi dia terkelip kelip... pastu buat laptop saya "hang".

3) Kendian saya email salinan aduan saya pada Groupon.my petang (27hb Dec 2012).

Pasal terjaga dari tidur kul 12am (28hb dec 2012) saya buka laptop saya, da dapat email dari groupon.my 
-------------------------------------------------------------
Aaron Teh (Groupon Malaysia)
Dec 27 10:42 pm (MYT)
Hi girlynicknack,
I am sincerely sorry this deal turned out to be such a bad experience for you. Rest assured I have escalated this matter to all involved parties to make sure it is addressed accordingly. We thank you for your honest feedback as this helps us to improve ourselves and also your experience while preventing this from happening again in the future.
Should you need any further assistance, please do let us know!
Kind regards,
Aaron Teh
support@groupon.my
Have a question? Find out more at our FAQ page at http://contact.groupon.my
My working hours are from 3pm – 12pm, Mondays to Fridays. I will be happy to help you once I return on Monday.For any urgent matters that require immediate attention, please contact our support center at 03-7949 0888 and provide this ticket number! My colleagues will be happy to assist you.
--------------------------------------------------------------------------

and not sure la pulak whether email ni datang personally dari si penama atau computer generated from that company. But at least email ni da went through something...


PART 3 - SURAT TINDAKAN SUSULAN DARI PIHAK TRIBUNAL DAN BANK


December 23, 2012

PostHeaderIcon KES TAK PUASHATI (Part 1) - Kami "diROMPAK"

Tanggal 20hb Dec 2012, rata2 mengatakan tentang Manyan teori as da nak kiamat da dunia nie, as kita sebagai muslim, tak kan nak percaya.. kiamat adalah kerja Allah.

memandangkan anak2 da stay kat KL (rumah nenek mereka) selama 10 hari..
(kira habis la duit makcik pakcik dorang kena belanja 4 beradik tu)
maka saya dan suami decided nak g ambik dorang balik ke JB.
rasa gatal nak try ambik offer Groupon

[Up to 55% Off] 24-hour Car Rental with Personal Accident Insurance & More. Choose 5-seater Car / 7-seater MPV from RM99. Valid at 8 Pick-up Points in Peninsular MalaysiaCross country travels are made easy with the aid of navigators, GPS devices, and fast food chains. Today’s Groupon serves convenience with a 24-hour car rental package from Hawk Rent-A-Car, valid at eight pick-up points in Peninsular Malaysia. Choose from: Group C vehicles for RM...

Kami memilih Nisaan Serena 24 hours for RM179 ( no hidden cost) ..nampak cantik.. tapi adalah calar balar sikit... Actually ni first time menyewa kereta dari syarikat ( bukan persendirian) so dia letakkan syarat kena bagi credit card untuk sebarang saman, calar atau any thing la.. so kita pun kasi la.. memikirkan so far alhamdulilah travel mana2 pun takde la nak mencalarkan memana kereta, inikan pula nak accident, kan.. (minta dijauhkan la).

ni anak dara yang sedang menikmati Coki Coki sambil menonton
 TinkerBell yang disebut sebagai "kerbau" ( itulah bunyinya)

tak disangka2....

cuba teka??

selain awan yang tebal ...?
nampak tak??

hasil serpihan batu dari lori yang selisih tadi, memula kecik jer, pastu dia spread dalam 4 inchi retaknya.

Takpelah suami kata, malang tak berbau.
Kita bayar la.. adalah tu dalam RM200 kalau tak pun paling tinggi RM500
satu windscreen tak sampai RM1000 pun inikan pula tak menjejaskan pemandangan dan pemanduan.

So kami pun lalala... cuma penat la sikit pasal kena travel within 24hours, pergi balik KL - JB.
kami kira RN179 ( sewa kereta) + tol + gas = RM400

fuhh banyak jugak , kan?? tapi nak merasa, lagipun keselamatan dan keselesaan keutamaan kami

Hubby hantar balik ke drop point, khabarkan tentang retak, dia kata 
"ok, nanti kami nilaikan kami akan call balik"
Sesampai ke rumah, suami kena ke pejabat kerana ada mesyuarrat.
Masih nampak lagi kelibat kereta suami ( kira tak sampai 1/2 jam lepas hantar kereta)
 masa dapat call dari mereka.
mereka kata "Kami dah panggil penilai, dan akak dikenakan RM1500"
WHAT!!!!!???
percaya tak??
tak tahu nak kata apa dah..
cuma mengucap aje lah.. pastu tanya boleh dapat diskaun??
nak tak nak kena la bayar , pasal credit card dia da ambik
bila call balik suami, lagi sekali kena jerit 
"WHAT???!!"
so lepas discuss, kami suruh dia reserve balik transaction tu, kalau tak kami akan ke Tribunal.
call balik mereka, da pasti la dorang tak nak reverse, transaction da successful
so call bank, bank nasihat tunggu 24 hours isi Dispute Form + Polis Report.
(masa ni hanya tuhan je la tahu, da la penat, + pening kepala) 
sebelum proceed dan sambil  tunggu suami balik rumah, saya try call balik dan try slow talk,
cuba dapatkan diskaun dan cuma rasional sikit

dari kerani dipas nya saya ke 
MANUSIA LELAKI MELAYU 
yang tak nak menurunkan nada tinggi suaranya.. 
umpama saya sendiri yang telah meretak kan wind screen tu.
Saya cuma menerangkan keadaan saya yang di saat akhir tahun ini memerlukan duit yang banyak untuk persedian sekolah,
 yang saya dengar hanyalah keluhan yang boring nak dengar kisah "sedih" saya itu..

Saya kata kan memang saya faham situasi dia yang hanya menjalankan amanah kerja.
kami tahu kami salah, kami memang bersedia nak bayar... Cuma saya kata ,yang saya tak faham 
" Kenapa dikenakan RM1500!!" 
dia mula bercakap speakingnya mengatakan 
"sepatutnya kami boleh caj akak RM1800 , without question ask!!"
dan caj itu telah diselidik oleh orang tertentu yang mengatakan retak itu dari akarnya. plus kos dok dalam bengkel dan kerugian mereka 
saya cuma mengajak dia bercakap cara baik dengan intonasi yang baik.
namun kejap aje, pastu dia naik balik suaranya.
 memandangkan saya bukanlah arif sangat nak bertengkar tentang cost repairing apa lagi tentang windscreen, saya katakan saya akan suruh suami call balik.
dan saya ada memberitahu kami akan buat polis report dan akan ke Tribunal.
Dia kata "pergi la kak, kami ada semua form yang akak da sign"
amboi BONGKAK dan ANGKUH nya manusia ni..
so, saya selidik balik form ditangan saya,
 dan hanya ada pada saya ialah form yang telah siap dicetak dan bukannya form yang saya sign sikit sana sikit sini.
dan satu lagi form yang bertulis kesan scracth sana sini yang ada sign saya
dan adalah perkataan 
"NON Waivable Damage Excess RM1800"
( mana ye nak cari actual detail tentang ini????)
bila suami balik, kami silih berganti membaca Fine Print 
yang memang rata-rata hala ke mereka.
Tiada peluang langsung untuk kami fight balik.
Dengan cara terpaksa, kami terpaksa terima hakikat yang kami telah 
dipaksa bayar dengan kata lain telah di ROMPAK
Yang rasa terkilan sangat, cara layanan yang diberikan. 
Umpama berurusan dengan ROBOT  yang tiada belas kasihan dan berhati perut.
Ucapan "sory" amat susah nak dengar dari pihak mereka, inikan pula " TQ" kerana telah ambil duit kami cara paksa. Apalah salahnya dengar sesaat dua "rintihan" dan nyatakan rasa kesal atas apa yang berlaku.??

Emosi dan mental kami memang amat terganggu, 
Bayangkan saya menaip ni pun kul 3pagi.
cuma yang kami mampu katakan,
jika benar caj yang dikenakan tidak menganiaya kami,kami redha, 
tapi jika kami teraniaya, kami akan tuntut dan deal dengan mereka di akhirat kelak.

Alhamdulilah, kami suami isteri masih berakal dan waras, kami tak bergaduh dan salah kan sesama sendiri dalam hal  ini, duit bukan segalanya. saya rasional kan reason mengatakan RM1500 memang banyak tapi kita cuba lupakan, bayar sikit2. 
Maybe Allah nak duga kita. Suami pula rasa bersalah kerana missed solat Jumaat hari tu ( kebetulan memang sampai JB pukul 1pm) untuk menghormati masa itu, kami delay kan penghantaran yang sepatutnya pukul 2pm (nasib ada grace period 1 jam).

Cuma, tiap kali lepas solat  dan bangun dari tidur saya berdoa, 
saya doakan moga ROBOT yang deal dengan saya itu TAK DAPAT TIDUR LENA 
setiap malam kerana teringatkan kes kami 
sehingga saya sendiri dapat melupakan kes ni 
( heheh jahatkan saya??) 
biarlah tuhan tarik sikit jer nikmat dunia dia, biar dia sedar tinggi rendah dunia.. 
yang dia dok meng"bongkak"kan diri sesama manusia dan sesama agama.

Patut la namanya "HAWK" = Pemangsa!!
Agaknya ramai la mangsa mereka bila tingat kat calar balar kereta tu yang tak dibaiki pun.

Maka inilah kos rental car yang temahal yang pernah saya alami
Nissan Serena rented for 24 hours = RM2000!!!

PEROMPAK!!!!

##Takkan ku halalkan walau sesen untuk bahagian yang tak sepatutnya!!!

PART 2

Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.