July 28, 2012

PostHeaderIcon CATATAN RAMADHAN : DAY 8 = Productive day

hari ni tak yah sibuk2 masak berbuka, pasal kami di jemput  iftar di M Suite Johor Bahru...

So selepas buat routine kerja seharian .. start dengan...
1. alter seluar mr suami.. yang panjang nak di pendek kan..

2. dari dua t shirt yang dibeli online ( putih RM8 dan hitam rm3) menjadi satu cardigan..

3. sambil tu rendam 250grm kacang soya yang dapat menghasilkan: 


TAU FU FAH
Dengan 250 grm kacang soya ( RM3)  yang di rendam 4-5jam.. diblender dengan air 
dan menghasilkan 2 liter air soya..
didihkan dengan simpulan daun pandan..
kacau sentiasa.. sampai mendidih atau sampai membuak.. 
tutup api
dalam  1 cawan air suam + 1/2 sk sekko + 1 1/2 sb tepung jagung.. kacau..
tangan kanan pegang periuk..
tangan kiri pegang cawan air suam tadi
tuang dalam periuk nasi ( atau sebarang bekas yang tahan panas)
curah serentak dan ikut style teh tarik ( ala tarik 2 jer la)
tutup dengan kain dan tutup periuk tadi dgn penutupnya
biar diam kat tempat dia dalam 1/2 - 1 jam
ceduk dalam bekas macam orang jual2 tu..
dapat la 8 bekas
saya guna air gula sirap jer... sedap jugak..

soya yang lebih ,saya sambung perah.. untuk 
AIR SOYA
prosesnya saya rasa cepat..bila 
lepas blender pertama.. saya guna penapis yang ni
hasil perahan.. saya tapis lagi 
guna penapi kain ni
final hasil perahan saya terus curah dalam periuk ni 

atau jika rajin sehingga air perahan da tiada keluar air putih
sama jugak.. masak dengan simpulan daun pandan
sehingga mendidih.. 
jika tak mendidih masa minum ada rasa kelat2..
jika tak dikacau akan ada kerak.. 
jika tak guna periuk stainless steel akan senang hangus..

da didih..sejukkan dan  simpan.. 
bila nak minum, baru saya campurkan air gula..
 lum campur kos penat + bil elektrik + bil air.. tapi tak ternilai kos kasih sayang..

4. Kemudian saya bermandi peluh bersenam meng'iron" baju sekolah anak2 dan baju kerja suami
bayangkan kalau sorang pakai baju sekolah pagi dan petang 2 pasang sorang
2pasang x 3 orang x 5 hari 
belum campur baju kerja suami
dan baju budak tadika..

nasib la x puasa...
( p/s 3rd day missed puasa)

0 comments:

Post a Comment

Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.