July 27, 2012

PostHeaderIcon CATATAN RAMADHAN : DAY 7 = ROTI MAMAT ( xmo la nama JOHN...)

Menu BerBuka Puasa Hari ke7
1. Kueh Teow Sup ( Hubby masak)
2. Ayam goreng Kicap ( Hubby masak)
3. Pai Tee
4. Roti Mamat ( ditukar nama dari Roti John..ikut suka hati saya la, kan..)
5. Soda Bandung
6. Teh Jarang
7. Kurma ( terakhir... sayang tul .. pasal satu kotak sesaje je kena buang dek incident cicak mati syahid)

So far, da beberapa hari ni my hubby nampaknya enjoying himself masak main course untuk kami berbuka.. dia suka.. saya lagi suka..

Sebelum dia sampai rumah, saya siapkan Roti "Mamat" saya dulu


Resipi asal.. emmm tah la.. saya baca sana sini resipi.... pastu dapat brief idea pastu try ikut sendiri.. basically sama la semua bahan.. cuma kita generous la compare kalau beli, kan..
Ini cara saya:
tumis bawang putih + bawang besar dadu + minced chicken + perasa (jika mahu) + garam --> sampai chicken masak..
dalam bekas lain: 
pecah telur + daun kucai potong kecik2 + stok ayam + bahan atas tadi... kocock la sesuka hati..
Pastu lengserkan butter dgn sikit minyak... ceduk dalam 2 senduk kecik.. pastu tekap roti "mamat" tu.. bila da rasa masak.. angkat la.. ( ni agak2 telur masak - tak kisah  chicken .. pasal da masak tadi, kan)
suka.. senang bangat... selama ni asyik beli aje..

Pai Tee pulak intinya... sama jer

Tumis bawang putih + b besar + udang kering tumbuk ( pada awalnya nak masuk minced chicken tapi pasal mamat da letak chicken) + lada sulah sikit + garam + artificial crabmeat ( ni anak2 suka ) --> kacau2.. agak da masak tutup api..
Sebelum tu,  sagat sengkuang, timun dan carrot siap2.. lemur terus dalam periuk tadi.. balik2 agak da layu sikit.. angkat

pastu ada yang kata letak kacang tumbuk sedap.. so teringat ada kacang dan ikan bilis nasi lemak aritu banyak lagi tinggal dalam peti ais tu... so saya tumbuk kacang + ikan bilis goreng sikit..


memula plan nak senduk kan pai tee ni dalam kulit dia siap2 
. tapi takut lemau buat awal2.. so saya serve asing2.. sape nak boleh buat sendiri.. 
makan dengan sos cili thai..

ini sebenarnya first time anak2 try, kami da biasa makan tiap kali pergi Chicken Rice Shop, tapi semenjak pindah ke JB..CRS tak tahu katne.. so lama da x rasa..
bila anak2 ngap masuk mulut.. semua suka.. emmm x sangka yang x suka sayur pun suka!!


p/s: 2nd day missed puasa..uhuhuh 

0 comments:

Post a Comment

Why 2nd blog?

Established in April 2011 (after a year from existence of my 1st blog). For my personal filing and ease of reference. Also as a place to preserve and a way for my self expression for all my previous learning processes, experiences and the time spent.
*Wish that you all would kindly excuse me for my poor command of English for I'm only an occasional English user.
*I appreciate it very much, if you be kind enough to leave me a note or two to mark your visit.*
*Thank you.*

Friends

Labels

Labels by Items

Powered by Blogger.